omniture

Nium Memperluas Pembayaran Masa Nyata ke Malaysia dan Mengumumkan Keupayaan Lesen Tempatan yang Lebih Luas

Nium
2022-05-19 23:56 149

Nium memproses lebih 75% transaksi di seluruh dunia dalam masa nyata kepada 100 buah negara yang terkemuka di pasaran

Lesen yang diperluas di Malaysia membolehkan Nium menyertakan institusi kewangan berlesen dan Penyedia Perkhidmatan Pembayaran (PSP) lain untuk pembayaran sambil menawarkan had transaksi keluar yang lebih tinggi

SINGAPURA, 19 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Nium, platform global untuk pergerakan wang yang moden, hari ini mengumumkan ketersediaan pembayaran masa nyata ke Malaysia yang mengukuhkan lagi keupayaan pembayaran masa nyata syarikat ini di seluruh dunia. Dengan penambahan Malaysia, Nium kini memproses lebih 75% transaksi di seluruh dunia dalam masa nyata dan meningkatkan jumlah pasaran pembayaran masa nyata yang dimilikinya kepada 100 buah negara yang terkemuka di pasaran.

Menurut GlobalData, Malaysia mencatatkan 1.1 bilion transaksi pembayaran masa nyata pada tahun 2021 yang menyumbang kepada penjimatan kos untuk perniagaan dan pengguna yang dianggarkan berjumlah USD434 juta. Laporan ini juga meramalkan transaksi masa nyata di Malaysia akan meningkat kepada 3.6 bilion pada tahun 2026.

"Lebih banyak negara beralih kepada Nium untuk membawa sistem warisan mereka ke sistem zaman moden," ujar Pratik Gandhi, Ketua Pegawai Operasi dan Pengasas Bersama Nium. "Kami membolehkan wang bergerak ke seluruh dunia - secara serta-merta, mudah dan selamat - sambil membantu perniagaan meletakkan syarikat mereka untuk mendapatkan lebih banyak peluang dalam masa depan digital."

Dengan pembayaran masa nyata di Malaysia dan pasaran baru muncul yang lain di seluruh dunia yang dijangka akan melonjak pada tahun-tahun akan datang, Nium berada pada kedudukan yang unik untuk membantu perniagaan global mendorong pembayaran yang lebih pantas, menguruskan kecairan dengan lebih baik, memuaskan pelanggan mereka dan seterusnya mengembangkan perniagaan mereka dengan lebih pantas di seluruh dunia.

Nium Memperoleh Keupayaan Lesen yang Lebih Luas di Malaysia

Nium juga telah mengumumkan bahawa ia telah memperoleh lesen yang diperluas di Malaysia. Nium kini dapat menyertakan syarikat berlesen dari pelbagai saiz ke platformnya - termasuk Institusi Kewangan dan PSP - dengan had keluar yang lebih tinggi iaitu hingga MYR6,000,000 sehari dan keupayaan untuk mengawal harga pengguna akhir. Lesen "Hab Kiriman Wang Antarabangsa" (IRH) dikeluarkan oleh bank pusat Malaysia iaitu Bank Negara Malaysia (BNM) dan ia menyediakan Nium dengan keupayaan dalam pasaran termasuk Pembayaran di lebih 190 negara, dengan lebih 100 buah negara dalam masa nyata serta teknologi dan pematuhan penjimatan kos untuk perniagaan serta penyelesaian dalam mata wang tempatan (MYR).

Tentang Nium 

Nium ialah platform global untuk pergerakan wang yang moden. Ia menyediakan bank, penyedia pembayaran dan perniagaan dari pelbagai saiz dengan akses kepada penyelesaian pembayaran dan pengeluaran kad di seluruh dunia. Platformnya yang modular memperkasakan perdagangan tanpa geseran, membantu perniagaan membayar dan menerima bayaran di seluruh dunia. Setelah disambungkan ke platform Nium, perniagaan dapat membuat pembayaran dalam lebih 100 mata wang ke lebih 190 buah negara – dengan 100 buah negara dalam masa nyata. Wang boleh diterima di 27 buah pasaran yang meliputi Asia Tenggara, UK, Hong Kong, Singapura, Australia, India dan AS. Perniagaan pengeluaran kad Nium yang semakin berkembang telah tersedia di 34 buah negara termasuk Eropah (SEPA), UK, Australia dan Singapura. Portfolio lesen Nium merangkumi 11 bidang kuasa di dunia yang membolehkan pembayaran global yang lancar dan penyepaduan yang pantas tanpa mengira kedudukan geografi.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.nium.com atau berhubung dengan pakar di sini.

Hubungan Media: 

Tim Black
Nium
tim.black@nium.com

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1678669/Nium_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Nium
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Licensing/marketing agreements Financial Technology