Gin Hendrick's yang paling luar biasa di dunia telah membuat kejutan dengan cara yang luar biasa melalui NEPTUNIA PUBMARINE, sebuah bar di bawah permukaan air pertama di dunia. Para hadirin menikmati minuman gin-tonik di bawah permukaan air sambil menyaksikan haiwan laut dan duyung yang menakjubkan.
MADRID, 20 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Neptunia Pubmarine, sebuah bar di bawah permukaan air. PUBMARINE lahir daripada keunikan luar biasa yang mencirikan kilang penyulingan Scotland, Hendrick's dan legenda lautan yang memberi inspirasi kepada Neptunia, gin terbaharunya. Dengan bar itu yang direka dalam gaya Victoria paling tulen, ia kelihatan seperti tenggelam dalam salah sebuah akuarium utama Madrid bagi memberi penghormatan kepada Neptunia, minuman edisi terhad baharu Hendrick's yang dikeluarkan pada 18 Mei.
Para hadirin yang berani turun ke dalam laut dan duduk di dalam bar luar biasa yang dibina pada dasar laut ini berpeluang untuk merasai minuman koktel di bawah permukaan air disebabkan oleh tangki skuba generasi terbaharu yang direka khas untuk tujuan ini. Suasana ketika menikmati minuman termasuklah dikelilingi oleh pelbagai jenis spesies marin: jerung, ikan pari, penyu dan juga makhluk mitos duyung…
Secara ringkasnya, ia adalah pengalaman yang benar-benar mengasyikkan dan belum pernah dirasai sebelum ini yang digandingkan dengan minuman NEPTUNIA Hendrick's yang membolehkan para pengunjung menikmati ciptaan hebat terkini daripada koleksi Cik Lesley Gracie, iaitu NEPTUNIA Hendrick's.
Terbaharu daripada Hendrick yang diinspirasikan dari laut
Neptunia, minuman edisi terhad baharu Hendrick merupakan gabungan misteri daripada tumbuh-tumbuhan yang menyegarkan dari pantai Scotland yang berjaya mengungkap keajaiban laut dalam bentuk cecair, mewujudkan pengalaman yang kaya dan membangkitkan deria yang dibotolkan ke dalam gin.
Komitmen terhadap projek Seagrass
Dengan pelancaran NEPTUNIA, Hendrick's akan mengumpul dana untuk menyokong ekosistem marin, salah satu kumpulan organisma yang paling kurang dikenali tetapi paling penting yang hidup di laut. Dana yang diperoleh daripada jualan NEPTUNIA akan disumbangkan kepada Seagrass dan akan menampung kos yang membolehkan badan amal itu meningkatkan operasinya secara lestari untuk memulihkan dan melindungi biodiversiti marin di seluruh dunia.
MUAT TURUN KLIP YANG TIDAK DISUNTING
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1822018/HENDRICKS.jpg?p=medium600
Video - https://mma.prnasia.com/media2/1822024/HENDRICKS_Video.mp4
Hubungan:
Olmo Redondo
Telefon: +34 619 17 81
E-mel: olmo.redondo@truepr.es