omniture

CellCarta memperluas portfolio proteomik dengan pengambilalihan asai imuno-MRM generasi seterusnya daripada Precision Assays

CellCarta
2022-05-20 21:03 816

Pengambilalihan ini memperkukuhkan kedudukan CellCarta sebagai peneraju dalam perkhidmatan proteomik dengan sebuah gabungan unik set reagen dan asai multipleks yang telah disahkan, termasuk panel tersedia dengan laluan khusus yang membolehkan pengkuantitian protein klinikal meliputi pelbagai sasaran imuno-onkologi yang komprehensif. 

MONTREAL, 20 Mei 2022 /PRNewswire/ -- CellCarta, sebuah syarikat penyedia perkhidmatan makmal perubatan kepersisan global terkemuka, hari ini mengumumkan pengambilalihan hak komersial bagi panel dan asai antibodi daripada Precision Assays, sebuah syarikat peneraju dalam penyelesaian ujian proteomik sasaran generasi seterusnya. Sebuah anak syarikat Pusat Kanser Fred Hutchinson ("Fred Hutch"), Precision Assays membangun dan menggunakan asai berasaskan spektrofotometri jisim multipleks kuantitatif imuno-MRM canggih untuk para pelanggan industri farmaseutikal dan bioteknologinya.

Pengambilalihan daripada Precision Assays bagi spektrum besar asai spektrometri jisim sasaran yang dicirikan mengikut garis panduan Tahap 2 Konsortium Analisis Tumor Proteomik Klinikal (CPTAC) Institut Kanser Kebangsaan ini berjaya meluaskan keupayaan CellCarta dalam penawaran pengkuantitian protein multipleks yang tersedia untuk penggunaan dalam kajian klinikal dan praklinikal imuno-onkologi. "Portfolio besar asai Precision Assays yang teguh serta dicirikan mengikut garis panduan CPTAC dan data pembuktian konsepnya yang kukuh akan membolehkan CellCarta menyokong dengan yakin kajian penerokaan dan strategi pembangunan terapeutik para pelanggannya, menawarkan kepada mereka penyelesaian utama untuk menangani cabaran klinikal yang penting dan menggerakkan program imuno-onkologi mereka ke hadapan. Dengan kepakaran CellCarta dalam pengkuantitian protein, panel imuno-MRM ini dapat disahkan lagi untuk menyokong titik akhir klinikal sekunder dan primer", kata Lorella Di Donato, Ketua Pegawai Operasi Bahagian Imunologi dan Proteomik CellCarta. Pengambilalihan portfolio asai Precision Assays yang telah disahkan mengukuhkan strategi pertumbuhan CellCarta untuk menjadi penyedia perkhidmatan perubatan kepersisan yang terkemuka dan akan membolehkan organisasi tersebut memperluas perkhidmatan proteomik dari persekitaran penyelidikan kepada klinikal.

Berdasarkan teknologi yang dilesenkan daripada Fred Hutch, platform Precision Assays diletakkan pada kedudukan yang unik untuk meraih sepenuhnya kelebihan unik bagi pengkuantitian protein multipleks menggunakan spektrometri jisim sasaran. Pengasasnya Dr. Amanda Paulovich, seorang profesor di Bahagian Penyelidikan Klinikal di Fred Hutch yang memegang anugerah Profesor Yayasan Aven, merupakan perintis yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dalam spektrometri jisim sasaran serta seorang pakar onkologi yang terlatih secara klinikal. Dr. Paulovich telah menetapkan piawaian terbaik untuk menyokong kajian perubatan kepersisan dalam analisis ekspresi protein kanser yang khusus dalam pelbagai matriks daripada biopsi tisu kanser FFPE kepada sampel berasaskan serum klinikal. Precision Assays merupakan salah satu daripada beberapa CRO yang menawarkan panel multipleks tersedia yang besar dan berkaitan dengan imuno-onkologi serta menerajui penyelidikan spektrofotometri jisim sasaran berasaskan proteomik.

"Sebagai CRO global yang mempunyai kepakaran dalam spektrometri jisim sasaran dan mengkhusus dalam ujian biopenanda untuk menyokong perubatan kepersisan, CellCarta merupakan rakan kongsi yang ideal untuk mengguna dan mengindustrikan platform kami bagi menyokong penyelidikan, translasi dan penyelidikan klinikal, terutamanya dalam perubatan kepersisan dan imuno-onkologi", kata Paulovich.

Tentang CellCarta

CellCarta ialah penyedia perkhidmatan makmal perubatan kepersisan khusus untuk industri biofarmaseutikal. Dengan memanfaatkan platform analisis bersepadunya dalam imunologi, histopatologi, proteomik dan genomik serta perkhidmatan pengumpulan spesimen dan logistik yang berkaitan, CellCarta menyokong keseluruhan kitaran pembangunan ubat-ubatan daripada penyelidikan hingga ujian klinikal peringkat akhir. Syarikat ini beroperasi di seluruh dunia dengan 11 kemudahan yang terletak di Kanada, AS, Belgium, Australia dan China.

Untuk maklumat lanjut: cellcarta.com

Tentang Precision Assays

Precision Assays, LLC ialah sebuah syarikat berasaskan teknologi yang dilesenkan daripada Pusat Kanser Fred Hutchinson. Syarikat ini menyediakan asai protein kuantitatif kepada rakan kongsi bioteknologi dan farmaseutikal.

HUBUNGAN : CellCarta, Stephanie Bussières-Marmen, PhD, Pengurus Pemasaran Global, stephanie.marmen@cellcarta.com 

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1821170/CellCarta_CellCarta_expands_it_proteomics_portfolio_with_the_acq.jpg?p=medium600 
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1821171/CellCarta_CellCarta_expands_it_proteomics_portfolio_with_the_acq.jpg?p=medium600

 

 

Source: CellCarta
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals