omniture

Trina Storage dan Power Electronics akan laksanakan secara bersama lebih 1GWj projek BESS menjelang akhir tahun 2023

Trina Solar (Germany) GmbH
2022-05-20 21:35 1297

MUNICH, 20 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Trina Storage, penyedia penyelesaian BESS (sistem storan tenaga bateri) bersepadu secara vertikal, mengumumkan penandatanganan Surat Hasrat (LOI) dengan Power Electronics, peneraju storan dunia dan pengeluar penyongsang solar Tahap-1, semasa Intersolar Europe 2022.

Signing Ceremony: Trina Storage and Power Electronics Strategic Partnership
Signing Ceremony: Trina Storage and Power Electronics Strategic Partnership

Trina Storage dan Power Electronics akan melaksanakan secara bersama lebih 1GWj projek storan bateri menggunakan BESS Elementa yang baru dilancarkan oleh Trina Storage menjelang akhir tahun 2023.

Elementa, BESS yang fleksibel, selamat dan berprestasi tinggi dilancarkan semasa Intersolar Europe 2022 ialah penyelesaian storan modular dan pintar yang mengupayakan sehingga 25% lebih banyak kitaran dan penjimatan kos. Penyelesaian siap guna Trina Storage akan melibatkan penyongsang bateri PCSK yang terkini daripada Power Electronics untuk penyelesaian BESS yang amat berkesan, yang akan dilancarkan dalam pasaran Eropah diikuti oleh pasaran A.S. pada masa akan datang.

"Mengintegrasikan penyongsang berkuasa dengan BESS berprestasi tinggi daripada Trina Storage merupakan langkah seterusnya yang diperlukan untuk membina masa depan storan yang semakin mempunyai harapan yang mana keperluan pelanggan terhadap prestasi sistem yang lebih tinggi dan penyelesaian BESS berisiko lebih rendah dapat dipenuhi. Kolaborasi ini juga akan turut meluaskan peluang untuk pelanggan mempunyai kawalan yang lebih besar ke atas aset mereka dan memaksimumkan keberkesanan kos," kata Terry Chen, Ketua Perniagaan Storan Tenaga Luar Negara.

"Semangat berhubung perkongsian kami dengan Trina Storage, bermula daripada hari pertama kolaborasi yang berterusan antara pasukan-pasukan silang fungsian – bermula daripada definisi penyelesaian teknikal kepada kejayaan pelaksanaan di tapak," tegas Luigi Bariani, Pengurus Pembangunan Perniagaan, Power Electronics.

Latar Belakang Trina Storage 

Trina Storage, unit perniagaan Trina Solar, ialah penyedia sistem storan tenaga global yang mengkhusus untuk mentransformasikan cara kami menyediakan tenaga. Misi kami adalah untuk menerajui peralihan tenaga boleh diperbaharui melalui storan yang menjimatkan kos. Membina berdasarkan pengalaman solar selama lebih 20 tahun, kami menyampaikan penyelesaian yang menjimatkan kos dan fleksibel untuk utiliti dan pemaju di seluruh dunia.

Latar Belakang Power Electronics 

Power Electronics ialah pengeluar yang terkemuka di dunia bagi sistem penukaran kuasa untuk storan tenaga dan juga pengeluar yang terkemuka bagi penyongsang solar untuk loji fotovolta di Eropah, Oceania, Asia dan Amerika. Produk-produknya terdapat hampir di 1,300 loji di 35 negara serata dunia. Syarikat ini mempunyai 60GW kuasa AC terpasang yang telah dapat mencegah pelepasan lebih daripada 70.5 juta tan CO2 ke dalam alam sekitar.

Maklumat lanjut di laman sesawang Trina Storage, Facebook dan LinkedIn.

 

Source: Trina Solar (Germany) GmbH
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Contracts Licensing/marketing agreements