omniture

FII Institute melancarkan Metodologi Penskoran dan Rangka Kerja ESG™ Inklusif baharu & mengumumkan pelaburan strategik dalam firma teknologi hijau terkemuka

FII Institute
2022-05-21 23:18 668

RIYADH, Arab Saudi, 21 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Future Investment Initiative (FII) Institute menganjurkan sidang kemuncak di London tentang ESG di Pasaran Baru Muncul yang melibatkan pemimpin dunia, Ketua Pegawai Eksekutif global, para pelabur antarabangsa, pemimpin pemikiran dan ketua-ketua kelestarian, di mana:

  •   Ia melancarkan Metodologi Penskoran dan Rangka Kerja ESG™ Inklusif baharu untuk memberi maklumat dan memacu pelaburan ESG dalam ekonomi baru muncul;
  •   Ia melancarkan Kertas Putih ESG yang menyeru para pelabur, kerajaan dan syarikat di pasaran baru muncul untuk meningkatkan peranan mereka; dan
  •   Ia mengumumkan pelaburan sebanyak €500,000 dalam Timbeter, sebuah syarikat teknologi hijau terkemuka.

Metodologi Penskoran dan Rangka Kerja ESG™ Inklusif Baharu ini bermatlamat untuk memberi penilaian yang adil kepada syarikat-syarikat di pasaran baru muncul yang pada masa ini menerima kurang daripada 10% aliran ESG walaupun menempatkan hampir 90% daripada populasi dunia dan kira-kira separuh daripada KDNK global. Agensi penarafan ESG merupakan salah satu penghalang utama untuk meningkatkan pelaburan dalam pasaran baru muncul (EM). Pada masa ini, agensi penarafan arus perdana menggunakan KPI yang tiada kaitan dengan pasaran baru muncul. Rangka kerja sedia ada terlalu banyak menumpukan kepada pendedahan dan mengabaikan peningkatan prestasi dari tahun ke tahun. Rangka kerja baharu ini yang dibangunkan dengan sokongan Ernst & Young (EY), menghargai peningkatan prestasi dari semasa ke semasa lebih daripada peningkatan pendedahan, menekankan cabaran peringkat sektor berbanding risiko negara untuk memastikan persaingan yang adil antara syarikat dalam pasaran baru muncul mahupun pasaran maju.

FII Institute menggunakan dananya untuk menyokong inisiatif ini dengan melabur sebanyak €500,000 dalam Timbeter, sebuah syarikat teknologi hijau terkemuka yang mempunyai kepakaran dalam pengukuran kayu balak. Untuk meningkatkan ketelusan, kelestarian dan pensijilan rantaian bekalan yang sejajar dengan proses ESG, Timbeter menyediakan aplikasi optik foto dipacu AI yang menentukan kuantiti kayu balak dalam sesebuah kawasan dengan ukuran panjang dan diameter yang tepat. Teknologi ini penting untuk pengurusan hutan yang lebih proaktif dan bagi mencapai sektor yang lebih lestari.

Kertas Putih ESG direka untuk menggalakkan pelaburan ESG yang lebih tinggi di pasaran baru muncul. Ia menyeru:

  • Pelabur untuk membuat komitmen secara terbuka dalam meningkatkan bahagian modal yang diperuntukkan kepada pasaran baru muncul (EM) daripada kurang 10% hari ini, kepada minimum 30% daripada modal yang diperuntuk dan dilaburkan menjelang tahun 2030.
  • Kerajaan perlu menggalakkan syarikat-syarikat yang beribu pejabat di pasaran baru muncul menjadi lebih proaktif dalam mendedahkan maklumat yang berkaitan melalui saluran pelaporan biasa mereka.
  • Syarikat-syarikat yang beribu pejabat di pasaran baru muncul perlu mengukuhkan penjelasan naratif mereka tentang bagaimana tindakan ESG selari dengan realiti tempatan dan memacu nilai yang dipertingkatkan bagi semua pihak berkepentingan, termasuk pengurusan risiko untuk para pelabur.

Richard Attias, Ketua Pegawai Eksekutif FII Institute berkata, "Teras usaha kami di FII Institute adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang kelemahan dalam standard ESG semasa dan kesannya terhadap prospek kelestarian global serta untuk menyokong penggunaan ESG yang inklusif dan saksama melalui dorongan tindakan sebenar yang dilakukan oleh para peneraju utama di seluruh dunia.

"ESG merupakan salah satu strategi pelaburan yang paling pesat berkembang sejak beberapa tahun lalu yang menyumbang sebanyak satu pertiga daripada kesemua aset di bawah pengurusan. Namun begitu, pertumbuhan ini tidak sekata. Melalui kerjasama dengan rakan kongsi kami di EY, kami telah mengenal pasti dan menghapuskan halangan terhadap pelaburan ESG dalam pasaran baru muncul yang sering kami terlepas pandang. Dengan melancarkan Metodologi Penskoran dan Rangka Kerja ESG™ Inklusif, melabur dalam sebuah syarikat penyelesaian lestari global dan menerbitkan kertas putih ESG kami baru-baru ini – kami mengambil tindakan yang jelas untuk mewujudkan masa depan yang lebih baik bagi umat manusia. Dan kami yakin bahawa rakan kongsi kami di seluruh dunia akan membantu kami untuk memacu tindakan tersebut selanjutnya."

Nota untuk editor 

Sidang kemuncak "ESG dalam Pasaran Baru Muncul" menampilkan lebih 40 orang pemimpin dan pakar antarabangsa yang memberikan pandangan mereka tentang masa depan ESG serta kelestarian. Penceramah jemputan termasuk T.Y.T Yasir Al-Rumayyan, Pengerusi FII Institute, Gabenor Dana Pelaburan Awam merangkap Pengerusi Saudi Aramco; T.Y.T Dr. Yasmine Fouad, Menteri Alam Sekitar Mesir; Larry Fink, Ketua Pegawai Eksekutif Blackrock; Senator Matteo Renzi, Mantan Perdana Menteri Itali; Lord Gerry Grimstone dari Boscobel Kt, Menteri Pelaburan UK; David Schwimmer, Ketua Pegawai Eksekutif London Stock Exchange Group; dan ramai lagi.

FII Institute ialah sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan global yang telah dilancarkan pada tahun 2019 untuk mendorong kemajuan agenda pada masa hadapan – kesan terhadap kemanusiaan. Sejak penubuhannya, Institut ini telah melancarkan beberapa inisiatif untuk mengasaskan prinsip ESG yang inklusif dan meningkatkan prestasi ESG untuk mewujudkan masa depan yang lebih cerah dan lebih lestari bagi umat manusia.

Hubungan:

Reem Alsaud
reem.alsaud@fii-institute.org

Logo- https://mma.prnasia.com/media2/1822531/FII_Institute_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: FII Institute
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Internet Technology Telecommunications New products/services Not for profit Financial Technology