omniture

Tata Communications melancarkan DIGO - platform bersepadu untuk perbualan kontekstual dan tertumpu

Tata Communications
2022-05-22 00:43 632

Untuk mengubah penglibatan pelanggan dengan interaksi pintar Manusia kepada Segala Benda (H2X) di semua platform pengalaman pelanggan (CX) bagi perniagaan yang mengutamakan digital 

MUMBAI, India, 21 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Tata Communications, sebuah syarikat pendaya ekosistem digital global, hari ini melancarkan DIGO, sebuah platform komunikasi awan dalam rangkaian untuk memperkasakan penglibatan pelanggan bagi perniagaan yang mengutamakan digital. Platform ini menawarkan satu rangkaian lengkap alat komunikasi agnostik peranti untuk bersepadu dengan lancar ke dalam aplikasi semasa perusahaan yang membolehkan ia membawa interaksi pintar manusia kepada segala benda (H2X) secara 360 darjah untuk para penggunanya.

DIGO yang dikuasakan oleh Tata Communications, membolehkan aliran kerja tersuai secara lancar dengan menyepadu dan menghubungkan saluran komunikasi, platform Kecerdasan Buatan (AI) dan penyambung (SaaS dan IoT) yang terpisah-pisah ke dalam sebuah platform yang direka untuk penskalaan tanpa had. Ini mengurangkan kerumitan untuk membawa penyelesaian ke pasaran secara dramatik, sambil memberi tumpuan untuk memberikan pengalaman pengguna akhir yang unggul.

DIGO yang baru dilancarkan dan dikuasakan oleh Tata Communications ini menawarkan perniagaan dengan pelbagai alat penglibatan pelanggan yang canggih, yang disampaikan pada liputan rangkaian yang paling terhubung. Ini merangkumi platform penglibatan pelanggan yang disepadukan dengan blok binaan yang boleh diprogram antaranya termasuk suara, SMS, e-mel, pemesejan sosial, video, teks kepada pertuturan, IVR, bot sembang dan alat analitik. Platform ini akan turut meningkatkan aplikasi perusahaan sedia ada dengan pustaka penghubung yang luas. Penyelesaian lengkap ini disempurnakan dengan perkhidmatan gred perusahaan yang diperibadikan, memastikan perniagaan mendapat hasil penglibatan pelanggan yang boleh diskala, boleh saling dikendali, selamat dan mematuhi kawal selia.

"DIGO akan merintis New World of Communications™ untuk perniagaan. Ia direka untuk menawarkan pengalaman pengguna saluran omni yang pantas dan intuitif dalam dunia digital yang berkembang pesat yang memerlukan ketangkasan, pecutan dan saling hubungan hiper," kata Mysore Madhusudhan, Naib Presiden Eksekutif, Kerjasama dan Penyelesaian Terhubung Tata Communications. "Kami telah menerima sambutan yang luar biasa daripada perusahaan di seluruh platform atas permintaan, automotif, BFSI, sektor penjagaan kesihatan dan pelbagai lagi sektor. Kami teruja untuk memperkasakan perjalanan pengalaman pelanggan perniagaan dengan interaksi pengguna yang pintar dan dipertingkatkan."

Tentang Tata Communications 

Merupakan sebahagian daripada Tata Group, Tata Communications (NSE: TATACOMM) (BSE: 500483) ialah sebuah syarikat pendaya ekosistem digital global yang memperkasakan perkembangan pesat ekonomi digital pada hari ini di lebih 190 buah negara dan wilayah. Dengan kepimpinan melalui kepercayaan, ia mendayakan transformasi digital perusahaan di seluruh dunia melalui kolaborasi dan penyelesaian terhubung, kesalinghubungan teras dan generasi seterusnya, penyelesaian pengehosan awan serta keselamatan dan perkhidmatan media. 300 daripada syarikat Fortune 500 ialah pelanggannya dan syarikat ini menghubungkan perniagaan ke 80% daripada syarikat awan gergasi di dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.tatacommunications.com

Pernyataan berpandangan ke hadapan dan amaran

Perkataan dan pernyataan tertentu dalam siaran ini berkenaan Tata Communications dan prospeknya serta pernyataan lain, termasuk yang berkaitan dengan jangkaan kedudukan kewangan Tata Communications, strategi perniagaan, pembangunan masa depan operasi Tata Communications dan ekonomi umum di India, merupakan pernyataan berpandangan ke hadapan. Pernyataan sedemikian melibatkan risiko yang diketahui dan tidak diketahui, ketidakpastian dan faktor-faktor lain termasuk kewangan, kawal selia dan alam sekitar, serta faktor yang berkaitan dengan pertumbuhan industri dan unjuran trend yang boleh menyebabkan keputusan, prestasi atau pencapaian sebenar Tata Communications atau hasil industri berbeza secara material daripada yang dinyatakan atau yang tersirat dalam pernyataan berpandangan ke hadapan ini. Faktor-faktor penting yang boleh menyebabkan keputusan, prestasi atau pencapaian sebenar berbeza secara material daripada pernyataan berpandangan ke hadapan ini antaranya termasuk kegagalan meningkatkan volum trafik pada rangkaian Tata Communications; kegagalan membangunkan produk dan perkhidmatan baharu yang memenuhi permintaan pelanggan dan menjana margin yang boleh diterima; kegagalan melengkapkan ujian komersial teknologi dan sistem maklumat baharu bagi menyokong produk dan perkhidmatan baharu termasuk perkhidmatan penghantaran suara; kegagalan menstabilkan atau mengurangkan kadar pemampatan harga pada perkhidmatan komunikasi syarikat yang tertentu; kegagalan menyepadukan pengambilalihan strategik dan perubahan dasar kerajaan atau peraturan di India, khususnya perubahan yang berkaitan dengan pentadbiran industri Tata Communications; dan secara amnya, suasana ekonomi, perniagaan dan kredit di India. Faktor tambahan yang boleh menyebabkan hasil, prestasi atau pencapaian sebenar berbeza secara material daripada pernyataan berpandangan ke hadapan ini yang kebanyakannya di luar kawalan Tata Communications termasuk, tetapi tidak terhad kepada faktor risiko yang dibincangkan dalam Laporan Tahunan Tata Communications Limited.

Laporan Tahunan Tata Communications Limited boleh didapati di www.tatacommunications.com. Tata Communications tidak bertanggungjawab terhadap dan secara jelas menafikan sebarang tanggungjawab untuk mengemas kini atau meminda pernyataan berpandangan ke hadapan ini.

© 2022 Tata Communications Ltd. Hak cipta terpelihara.

TATA COMMUNICATIONS dan TATA merupakan tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar Tata Sons Private Limited di India dan di negara-negara tertentu.

 

 

Source: Tata Communications
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Telecommunications Wireless Communications New products/services