omniture

Campari meraikan Perkongsian Rasmi dengan Festival de Cannes ke-75

Campari Group
2022-05-22 18:09 315

Bagi menandakan tahun pertama Campari sebagai Rakan Kongsi Rasmi Festival de Cannes, jenama tersebut menganjurkan malam yang menakjubkan yang menghidupkan kisah-kisah hebat di pawagam

CANNES, Perancis, 22 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Pada tahun pertama sebagai rakan kongsi rasmi Festival de Cannes, minuman pembuka selera merah Itali yang ikonik, Campari, terus mendorong batasan kreativiti untuk membawa Semangat Merah ke edisi ke-75 Festival filem yang terkenal di dunia dengan malam yang tidak dapat dilupakan yang dihadiri oleh bintang-bintang seperti pelakon dan penerbit, Édgar Ramírez, yang merupakan salah seorang juri untuk Festival de Cannes pada tahun ini.

Actor and producer, Édgar Ramírez, member of the jury for this year’s Festival de Cannes attends an unforgettable evening to celebrate Campari’s Official Partnership with the festival.
Actor and producer, Édgar Ramírez, member of the jury for this year’s Festival de Cannes attends an unforgettable evening to celebrate Campari’s Official Partnership with the festival.

Meneruskan legasi sedia ada Campari di dunia pawagam dan dihoskan di tengah-tengah Cannes, jenama ini menjemput setiap tetamu untuk menjadi protagonis di dunia Campari. Para tetamu pada malam yang tidak dapat dilepaskan telah dihidangkan dengan satu siri pengalaman yang unik dan acara tersebut dapat dilihat dari seluruh Croisette, dengan lampu merah terang memancar ke langit malam.

Malam ini merupakan contoh terbaru Campari yang melangkaui batasan ke atas apa yang diharapkan dan melangkaui norma penceritaan. Ciri-ciri yang menarik merangkumi kiub hitam yang menarik di mana semasa di pintu masuk, para tetamu jemputan perlu menjawab soalan yang akan mencerminkan keutamaan filem mereka, mengaktifkan persekitaran visual berdasarkan genre kegemaran mereka. Para tetamu kemudiannya diberi koktel khas yang dibancuh oleh pakar bancuhan tersembunyi yang dihantar melalui dinding.

Hubungan jenama tersebut dengan pawagam bermula pada tahun 1920-an sebagai platform untuk menyatakan Semangat Merah dan kreativitinya dengan cara yang menarik dan misteri, termasuk perkongsian yang ketara dengan Federico Fellini melalui iklan TV pada tahun 1984. Sejarah yang kaya ini telah diteruskan pada masa-masa kebelakangan ini dengan Campari Red Diaries, satu siri filem pendek dengan legenda pelakon dan pengarah ikonik seperti Zoe Saldana, Ana De Armas dan ramai lagi.

Sepanjang malam, para tetamu dijemput untuk menikmati koktel Campari yang dicipta sepenuhnya oleh Camparino in Galleria, sebuah bar legenda yang dibuka oleh Davide Campari di Galleria Vittorio Emanuele II di Milan pada tahun 1915 yang kini berada di kedudukan ke-27 dalam senarai 50 Buah Bar Terbaik di dunia bagi tahun 2022.

Untuk meraikan tahun pertama Kerjasama Rasmi ini, Camparino in Galleria telah mencipta koktel yang unik untuk dihidangkan secara eksklusif di Festival de Cannes: Karpet Merah – Edisi Cannes. Koktel merupakan gabungan Campari yang sangat seimbang dengan Espolòn Tequila Blanco, daun laut dibancuh bersama-sama Fino Sherry, Cinzano Vermouth Blanco, Wray & Nephew Overproof Rum dengan sirap garam dan oren pahit, dihiasi dengan kulit oren. Perisa segar dan nota masin koktel menimbulkan suasana Mediterranean yang meriah di karpet merah Festival tersebut, manakala kepelbagaian Campari yang abadi melengkapkan profil dengan rasa pahit dan warna merah yang unik. Campari percaya bahawa setiap koktel merupakan ciptaan kekal yang menceritakan kisah yang unik dan koktel ini menceritakan kisah yang benar-benar melangkaui perkara biasa.  

Ketua Pemasaran Global Campari Group, Julka Villa mengulas: "Di tengah-tengah Festival de Cannes Edisi ke-75 , acara Campari merupakan peluang yang menarik bagi kami untuk menjemput para tetamu utama dari industri pawagam dan peminat filem untuk berkumpul dan menyelami pengalaman Campari yang kreatif dan inovatif sebagai warisan jenama ini di pawagam. Campari percaya bahawa kisah-kisah hebat terletak di luar kebiasaan dan menyediakan pameran kreativiti dan minat yang abadi serta acara kami merupakan peluang yang sempurna untuk membawa Semangat Merah ini ke Festival filem yang terkenal di dunia."

Sila ikuti saluran media sosial Campari untuk maklumat lanjut @campariofficial.

#Campari #Cannes2022 #RedPassion

www.campari.com 
https://www.youtube.com/EnjoyCampari  https://instagram.com/campariofficial

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1823202/Campari_Event_image_1.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1823203/Campari_Event_image_2.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1823204/Campari_Event_image_3.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1823205/Campari_Event_image_4.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1823206/Campari_Event_image_5.jpg?p=medium600

Actor and producer, Édgar Ramírez, member of the jury for this year’s Festival de Cannes toasts to Campari’s first year as an Official Partner of Festival de Cannes at an unforgettable evening that saw each guest become the protagonist of a series of immersive cinema moments.

Actor and producer, Édgar Ramírez, member of the jury for this year’s Festival de Cannes attends an unforgettable evening that saw each guest become the protagonist of a series of immersive cinema moments.

As Official Partner of Festival de Cannes, Campari continues its legacy within the cinema industry by playing host to guests at an unforgettable evening of immersive cinema experiences, marking the brand’s first year as Official Partner the world-renowned film festival.

Official Partner of 75th Festival de Cannes, Campari, served cocktails created by Camparino in Galleria; the legendary bar opened by Davide Campari in 1915 that is positioned as number 27 in the World’s 50 Best Bars list 2022.

Source: Campari Group
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Entertainment Film & Motion Picture Restaurants Retail Travel Licensing/marketing agreements