omniture

Texas Cardiac Arrhythmia Institute di Pusat Perubatan St. David akan menganjurkan persidangan antarabangsa tentang aritmia jantung yang kompleks

Texas Cardiac Arrhythmia Institute at St. David’s Medical Center
2022-05-23 04:21 102

EPLive 2022 ialah sebuah persidangan selama dua hari yang menghimpunkan para pakar elektrofisiologi jantung terbaik di dunia

AUSTIN, Texas, 23 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Pada 2 dan 3 Jun 2022, Texas Cardiac Arrhythmia Institute (TCAI) di Pusat Perubatan St. David akan menganjurkan simposium antarabangsanya yang keenam tentang aritmia kompleks yang dikenali sebagai EPLive 2022. 

EPLive ialah sebuah perhimpunan berunsur pendidikan yang intensif selama dua hari untuk ahli pengamal elektrofisiologi klinikal, felo elektrofisiologi dan ahli kardiologi am yang berminat untuk merawat aritmia jantung yang kompleks, suatu keadaan di mana jantung berdenyut dengan irama yang tidak teratur atau abnormal. Kes langsung akan disiarkan dari Pusat Elektrofisiologi baharu yang canggih di Pusat Perubatan St. David dengan ulasan pakar yang akan berperanan sebagai alat pengajaran utama.

"Kami begitu berbesar hati menganjurkan persidangan pertama kami di Pusat Elektrofisiologi bertaraf dunia yang baharu dengan enam buah makmal elektrofisiologi yang dilengkapi dengan teknologi terkini," kata Andrea Natale, M.D., F.H.R.S., F.A.C.C., F.E.S.C., pakar elektrofisiologi jantung merangkap Pengarah Perubatan Eksekutif TCAI dan Pengarah Kursus EPLive. "Dengan berkongsi kes langsung, kami dapat melangkah maju dengan lebih cekap dari segi prosedur dan teknologi rawatan aritmia yang kompleks ini, sekali gus menambah baik tahap penjagaan pesakit di seluruh dunia."

Aritmia jantung berpunca daripada masalah sistem elektrik jantung. Kebanyakan aritmia jantung dirawat menggunakan prosedur ablasi moden yang melibatkan pembakaran, pembekuan atau peneutralan sebahagian daripada otot jantung di mana denyutan elektrik yang tidak normal menyebabkan degupan jantung menjadi tidak teratur. EPLive direka untuk membantu para peserta lebih memahami tentang teknik yang digunakan untuk merawat aritmia atrium dan ventrikular, mengimplan peranti yang kompleks dan mengeluarkan peranti yang tidak berfungsi.

EPLive terdiri daripada empat bahagian: ablasi Pemfibrilan Atrium (A Fib), ablasi Takikardia Ventrikular (VT), Peranti dan Teknologi Baharu. Sesi ini terdiri daripada gabungan kes langsung dan kes yang direkodkan daripada TCAI dan beberapa buah pusat utama di dunia: Arrhythmia Center CardioInfantil Foundation (Colombia), Bengaluru (India), Cleveland Clinic, Kansas City Heart Rhythm Institute, Mass General Hospital, MedStar Heart & Vascular Institute (Texas), Methodist Hospital (Houston, Texas), Monzino Cardiology Center (Itali), Mt. Sinai Hospital (New York), Northwell Health (New York), Pacific Heart (California), Penn Heart and Vascular Center, UCLA, University of Arkansas Medical Center, University of Chicago Medicine, University of Colorado School of Medicine, University of Pennsylvania, University of Texas Southwestern Medical Center, Vanderbilt University dan Westside Regional Medical Center (Florida).

Kes-kes yang terlibat termasuk prosedur seperti ablasi A Fib dan ablasi aritmia atrium pasca A Fib, ablasi VT (endokardial dan epikardial), sarung belon (krio, Apama dan laser), implan CRT, SQ ICD serta pengekstrakan dedawai dan venoplasti. Selain itu, EPLive akan menampilkan teknologi baharu yang dipelopori oleh pakar perubatan di TCAI termasuk elektroporasi dan penetapan kelajuan jantung dua ruang tanpa dedawai. 

Persidangan ini juga akan memberi tumpuan kepada pelbagai objektif termasuk:

  • Menggariskan dan mengguna pakai teknik yang digunakan untuk memeta dan mengalih keluar aritmia atrium.
  • Mengenal pasti proses untuk mengurangkan komplikasi dan menggalakkan langkah-langkah keselamatan ke atas pesakit semasa ablasi pemfibrilan atrium.
  • Menunjukkan pemahaman tentang bukti dan garis panduan terkini dalam pengurusan dan rawatan aritmia menggunakan teknologi baharu.
  • Menggunakan pendekatan yang memanfaatkan teknologi baharu sebaiknya, yang ditunjukkan dapat mengoptimumkan hasil klinikal.
  • Mengenal pasti proses yang boleh mendapat manfaat daripada penyepaduan teknologi baharu dan menggalakkan prosedur yang lebih selamat ke atas para pesakit.
  • Mengenal pasti proses untuk mengurangkan komplikasi dan menggalakkan langkah-langkah keselamatan ke atas pesakit semasa pengekstrakan dedawai.

Selain demonstrasi yang ditunjukkan oleh Dr. Natale, EPLive akan turut menampilkan pembentangan daripada beberapa orang pakar perubatan TCAI, termasuk pengarah kursus bersama, Amin Al-Ahmad, M.D., serta Shane Bailey, M.D.; Mohamed Bassiouny, M.D.; David Burkhardt, M.D.; David Burkland, M.D.; Robert Canby, M.D.; Joseph Gallinghouse, M.D.; Brian Greet, M.D.; Eric M. Hoenicke, M.D.; Rodney Horton, M.D.; Patrick Hranitzky, M.D.; Javier Sanchez, M.D.; Kamala Tamirisa, M.D.; Senthil Thambidorai, M.D.; David Tschopp, M.D.; dan Jason Zagrodzky, M.D.

Pakar perubatan akan menerima maksimum 14 jam Physician's Recognition Award (PRA) Category 1 Credit™ daripada Persatuan Perubatan Amerika (AMA) di persidangan tersebut.

EPLive 2022 turut merangkumi sebuah program felo khas, EP Finishing School, pada 4 dan 5 Jun. Kursus praktikal secara langsung ini menampilkan kesemua aspek utama program latihan perkumpulan—latihan amali, peluang penyelidikan dan bahan klinikal—ke dalam satu platform dan memberi peluang yang unik kepada para pelajar yang bakal menamatkan pengajian untuk mempelajari cara menyelesaikan senario klinikal. Felo elektrofisiologi akan menyaksikan sehingga 40 kes daripada pakar terkemuka di dunia—dengan ulasan berdasarkan strategi pengurusan berpandukan bukti semasa—dan mengadakan pembentangan dengan membangkitkan sesebuah kes serta mempertahankannya di hadapan panel pakar.

Texas Cardiac Arrhythmia Institute (TCAI) di Pusat Perubatan St. David merupakan salah sebuah pusat perubatan terkemuka di dunia yang dikhususkan untuk memajukan rawatan terkini bagi membetulkan aritmia jantung. Pusat ini diketuai oleh Dr. Natale yang menerajui kemajuan rawatan untuk A Fib, memimpin pelbagai ujian klinikal dan mengambil bahagian dalam pembangunan teknologi serta prosedur baharu.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati EP-Live.com.

Hubungan Media:
Matt Grilli atau Kat Griffith, ECPR 
MGrilli@EChristianPR.com atau KGriffith@EChristianPR.com 
sel 630.800.9533 atau 512.797.4002

 

Source: Texas Cardiac Arrhythmia Institute at St. David’s Medical Center
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Future Events