omniture

Huawei Tampilkan Buat Julung Kalinya Penyelesaian Perbankan Digital di TCF 2022

Huawei
2022-05-23 08:27 210

LONDON, 23 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Di Temenos Community Forum (TCF 2022) yang diadakan mulai 17 hingga 19 Mei, Huawei hadir sebagai penaja perak dan menampilkan buat julung kalinya penyelesaian perbankan digital natif-awan, tangkas, dipercayai dan terbuka.

TCF 2022 ialah salah satu persidangan teknologi perbankan global yang terbesar di dunia. Sebagai rakan kongsi strategik Temenos, teknologi dan penyelesaian inovatif Huawei benar-benar bersedia untuk membantu institusi-institusi kewangan membentuk kewangan yang lebih pintar dan lebih mesra alam. Huawei menyediakan perkakasan dan asas awan yang dipercayai serta penyelesaian perkhidmatan mikro hujung-ke-hujung. Setiap keupayaan dikomponenkan, diseragamkan dan divisualisasikan, lalu membolehkan perkhidmatan dipasang dengan cepat dan mencapai pembangunan yang tangkas berdasarkan kepada keperluan perkhidmatan. Di samping itu, Huawei menyediakan API terbuka untuk membantu rakan kongsi dan bank menyesuaikan perkhidmatan dengan lebih baik.

Perbankan digital mengintegrasikan keupayaan Huawei dan rakan kongsi bagi membina seni bina IT generasi seterusnya yang membawakan prestasi tinggi, kapasiti tinggi, keanjalan tinggi, keandalan tinggi, keterbukaan, penumpuan, keselamatan dan kebolehkawalan. Penyelesaian perbankan digital yang terkini membolehkan institusi-institusi kewangan memperkenalkan perkhidmatan perbankan baharu dengan pantas hanya dalam tempoh tiga bulan. Penyelesaian perbankan digital Huawei mempunyai keupayaan yang berikut:

  1. Pemodenan aplikasi yang komprehensif termasuk pembangunan aplikasi yang lebih tangkas, tadbir urus yang lebih fleksibel dan penyepaduan yang lebih cekap.
  2. Kecerdasan data tindanan penuh untuk menyokong pembuatan keputusan dengan pantas daripada penghasilan, akses dan tadbir urus data kepada penyediaan perkhidmatan data.
  3. Penyelesaian penghijrahan awan yang meliputi seluruh proses perancangan, pembinaan, penghijrahan, pengurusan dan pengoptimuman, menjadikan transformasi awan lebih andal.
  4. Pengurusan keselamatan Hujung ke Hujung terhadap perkhidmatan awan bagi menjamin aliran data yang andal.

"Berdasarkan kepada keupayaan perkhidmatan awan global, Huawei memperkasa keupayaan tangkas yang menyediakan 'Segala-gala sebagai satu Perkhidmatan' untuk institusi-institusi kewangan. Menerusi perkongsian strategik dengan Temenos, syarikat perisian perbankan yang terkemuka di dunia, kami menyediakan penyelesaian natif-awan untuk bank dan melaksanakan penyelesaian kami berasaskan kepada awan awam Huawei di Singapura," kata Jason Cao, Presiden Unit Perniagaan Perkhidmatan Kewangan Global Huawei Enterprise BG, "Huawei akan terus mendalami industri kewangan global, membangunkan ekosistem global untuk bekerjasama dengan rakan kongsi serta berkongsi pengalaman terbaik kami untuk mempercepatkan transformasi kewangan bersama pelanggan global kami."

Menjelang penghujung tahun 2021, Huawei telah menawarkan perkhidmatan kepada lebih 2,000 institusi kewangan dari lebih 60 negara dan wilayah termasuk 48 daripada 100 bank terbaik dunia.

Source: Huawei
Keywords: Banking/Financial Service Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Trade show news Financial Technology