![]() |
Data dan imejan ini akan membolehkan negara pulau itu dan SPC mengurangkan risiko dan meningkatkan daya tahan bencana.
PORT VILA, Vanuatu, 23 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Woolpert telah diberikan kontrak oleh Komuniti Pasifik (SPC) untuk memperoleh, memproses dan menghantar data lidar topografi dan batimetri serta imejan udara untuk Vanuatu, sebuah negara yang terdiri daripada beberapa pulau di Pasifik Selatan. Projek ini yang dibiayai oleh Bank Dunia akan membantu Vanuatu dan SPC meningkatkan daya tahan dan tindak balas bencana, menjalankan perancangan infrastruktur, memantau kesan perubahan iklim serta membangunkan alatan dan sistem untuk menyokong analisis pantai dan hidrologi di seluruh pulau itu.
SPC ialah sebuah organisasi saintifik dan teknikal yang dimiliki dan ditadbir oleh 27 buah negara dan wilayah di Pasifik yang menyokong pendekatan berpusatkan rakyat terhadap pembangunan lestari. Woolpert dan ahli keluarga syarikatnya, termasuklah yang terbaru iaitu AAM dan eTrac, telah menjalankan pelbagai tinjauan data lidar topografi-batimetri beresolusi tinggi dengan ketepatan yang tinggi di peringkat antarabangsa untuk menyokong arahan yang sama ini.
Dengan mengintegrasikan data dan imejan yang lama dan yang semasa daripada pelbagai sumber, Woolpert akan membangunkan model penaikan digital dan produk terbitan lain yang akan menyumbang kepada pembuatan keputusan yang berdasarkan risiko untuk meningkatkan kesediaan dan mengurangkan risiko kepada komuniti yang mudah terdedah dan meningkatkan perancangan pembangunan yang berdaya tahan di seluruh Pasifik.
Pengurus Projek Geospatial Woolpert, Constance Solemani menyatakan bahawa projek ini merupakan sebahagian daripada Program Ketahanan Pasifik yang dilaksanakan oleh SPC dan dibiayai oleh Bank Dunia, dengan matlamatnya adalah untuk mengukuhkan persediaan menghadapi amaran awal dan bencana serta meningkatkan daya ketahanan negara-negara kepulauan ini.
"Vanuatu terletak di 'Lingkaran Api', menjadikannya sangat terdedah kepada letusan gunung berapi, siklon tropika, lonjakan ribut, banjir dan genangan pantai," kata Solemani. "Negara ini melakukan segalanya yang termampu untuk melindungi rakyat dan infrastrukturnya dengan menggunakan data yang tepat dan terkini untuk membuat keputusan termaklum. Kami berbesar hati untuk menyokong usaha hebat negara ini."
Tentang Woolpert
Woolpert ialah sebuah firma perunding ulung dalam seni bina, kejuruteraan, geospatial (AEG) dan strategik dengan visi untuk menjadi salah sebuah syarikat terbaik di dunia. Kami berinovasi di dalam dan di seluruh pasaran untuk memberikan perkhidmatan yang berkesan kepada para pelanggan awam, swasta dan kerajaan di seluruh dunia. Woolpert merupakan sebuah Firma Reka Bentuk Rekod Berita Kejuruteraan (ENR) 150 Terbaik Global yang memperoleh pensijilan Tempat Hebat untuk Bekerja sebanyak enam kali berturut-turut dan secara aktif memupuk budaya pertumbuhan, keterangkuman, kepelbagaian dan rasa hormat. Ditubuhkan pada tahun 1911 di Dayton, Ohio, Woolpert mempunyai 1,900 orang pekerja dan lebih 60 buah pejabat di empat benua. Untuk maklumat lanjut, sila layari woolpert.com.
Hubungan Media: Jill Kelley; 937.531.1258; jill.kelley@woolpert.com
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/463993/Woolpert_Logo.jpg?p=medium600