omniture

Huawei Komited untuk Perkasa APAC Karbon-Rendah dengan Teknologi Kuasa Hijau

Huawei
2022-05-23 12:23 249

SINGAPURA, 23 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Bertema "Green Energy, Green Future" ("Tenaga Hijau, Masa Depan Hijau"), Sidang Kemuncak Tenaga Hijau Kuasa Digital APAC Huawei 2022 telahpun diadakan di Singapura pada 19 Mei. Forum berkenaan menghimpunkan penggubal dasar, pakar industri dan pengamal kelestarian dari seluruh rantau ini untuk membincangkan trend pembangunan hijau dan meninjau bagaimana kita dapat memanfaatkan peluang secara kolektif dalam landskap teknologi dan kawal selia yang berubah dengan pantas ini bagi memacu peralihan tenaga.

Rantau Asia Pasifik mempunyai potensi yang besar untuk pembangunan tenaga boleh diperbaharui yang dipacu oleh matlamat keneutralan karbon bercita-cita tinggi, sumber tenaga boleh diperbaharui yang banyak dan belum diterokai serta prospek pertumbuhan ekonomi yang mantap. "Bahagian kapasiti kuasa tenaga boleh diperbaharui pada tahun 2020 meningkat kepada 33.5% dengan jurang 1.5% daripada sasaran 2025 dengan loji janakuasa hidro dan solar menjadi sumbangan yang terbesar kepada penjanaan tenaga hijau," kata Dr. Nuki Agya Utama, Pengarah Eksekutif ASEAN Center for Energy (ACE).

Huawei Digital Power, ditugaskan untuk meningkatkan kecekapan tenaga infrastruktur digital dan meningkatkan bahagian tenaga boleh diperbaharui dalam penjanaan kuasa elektrik, ingin berganding bahu dengan rakan kongsi serantau serta pelanggan bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap tenaga bersih dan kelestarian ICT.

"Perubahan iklim global merupakan salah satu cabaran terbesar yang kami hadapi hari ini dan tenaga hijau menjadi konsensus global serta cara terbaik untuk menangani cabaran ini. Namun begitu, bagi mencapai keneutralan karbon, penghasilan kuasa perlu berkarbon rendah dan penggunaan kuasa perlu dielektrikkan dengan bantuan teknologi digital yang canggih," kata Sun Bohan, Presiden Huawei Digital Power APAC.


Penyelesaian PV Pintar dan Storan Tenaga Semua-Senario

Di Forum berkenaan, Huawei mempersembahkan kepada khalayak dengan penyelesaian PV Pintar dan Storan Tenaga Semua-Senario untuk loji PV berskala utiliti, sistem storan tenaga, aplikasi komersial dan industri, kegunaan kediaman dan mikro-grid pintar. Pelancaran tersebut akan membantu mempercepatkan penerimaan kuasa solar sebagai sumber tenaga utama dan membolehkan industri-industri dan isi rumah mendapat manfaat daripada kuasa elektrik mesra alam.

  • Penyelesaian PV Pintar 6.0+ FusionSolar untuk Hasil Lebih Tinggi: Huawei menawarkan Kos Elektrik Teraras (LCOE) optimum, keupayaan sambungan grid diperingkat dan keselamatan yang lebih baik melalui inovasi yang berterusan dalam reka bentuk rentetan bagi menangani cabaran industri yang utama. Teknologi-teknologi penting Penyelesaian PV Pintarnya termasuk Sistem DC Pintar (SDS), Diagnosis Lengkung I-V Pintar 4.0, Teknologi Pemutus Sambungan Tahap Rentetan Pintar (SSLD-TECH) dan Pembentukan Grid.
  • Sistem Storan Tenaga (ESS) Rentetan Pintar untuk Kos Storan Tenaga Teraras (LCOS) Optimum: Dengan pengalaman penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama lebih sepuluh tahun dalam ESS, Huawei mengintegrasikan teknologi digital, elektronik kuasa dan storan tenaga dalam struktur rentetan pintar yang unik bagi menangani keterbatasan bateri litium. Sesuai untuk penarahan puncak dan pengawalan frekuensi, ESS Rentetan Pintar Huawei menyampaikan penyelesaian yang fleksibel dan berkesan kos dengan potensi keuntungan yang lebih tinggi.
  • Penyelesaian PV Pintar Kediaman 3.0 demi Kehidupan Lebih Baik: Menampilkan pengawal tenaga pintar yang menghubungkan pengawal modul, ESS, pengecas EV dan sistem pengurusan, generasi baharu Penyelesaian PV Pintar Kediaman bersepadu mengupayakan ekosistem penggunaan kuasa pintar. Ini meningkatkan kadar penggunaan kendiri PV kepada 90% daripada 70% dalam generasi terdahulu, membawakan pengalaman tenaga bersih menyeluruh kepada rumah dengan kos elektrik yang lebih rendah, keselamatan yang aktif dan bantuan pintar.
  • Penyelesaian PV Pintar Komersial & Industri (C&I) 2.0 untuk Perniagaan Lestari: Generasi baharu Penyelesaian PV Pintar C&I didatangkan dengan penyongsang tiga-fasa serba baharu (SUN2000-50KTL-M3), ESS Rentetan Pintar (LUNA-200kWj-2H0) yang boleh digandingkan dengan sistem penyaman kuasa (PCS) 100kW dan pengoptimum PV pintar (MERC-1100W/1300W-P). Ia akan membolehkan syarikat-syarikat merentas industri-industri untuk beralih ke era karbon-rendah dengan kos elektrik dioptimum, keselamatan aktif serta O&M pintar untuk pengalaman yang dipertingkat.
  • Penyelesaian Mikro-grid Pintar untuk Bekalan Kuasa Bersih dan Andal: Huawei melancarkan Penyelesaian Mikro-grid Pintar untuk menyokong peralihan dalam talian yang lancar bagi penukar luar/di-grid voltan-sederhana. Berbanding dengan penjanaan kuasa tradisional daripada minyak, penyelesaian Huawei dapat mengurangkan LCOE sebanyak lebih daripada 50%. Ia mengurangkan kehilangan bocoran kuasa dengan berkesan bagi membantu mencapai penjanaan karbon-sifar dan menghapuskan jurang tenaga.

Menerima APAC Karbon-rendah 

Kini, Huawei berganding bahu dengan beberapa pelanggan di rantau ini untuk memajukan pertumbuhan dan penerimaan tenaga solar, menyumbang kepada APAC karbon-rendah. Sebagai contoh, penyongsang rentetan Huawei dipasang pada ladang solar terapung Sunseap Group. Dengan 13,312 panel solar, 40 penyongsang dan lebih daripada 30,000 apungan, ia menjangkakan untuk menghasilkan sehingga 6,022,500 kWj tenaga setahun, membekalkan kuasa yang mencukupi untuk 1250 rumah pangsa perumahan awam empat bilik di pulau ini dan mengimbangi anggaran 4258 tan karbon dioksida.

Pendigitalan memacu pembangunan dan penyahkarbonan memastikan agar pembangunan ini mampan. Ini merupakan dua pemacu pembangunan hijau di rantau ini. "Pendigitalan membantu meningkatkan keselamatan, kebolehcapaian dan kelestarian sistem tenaga yang tertakluk kepada keselamatan dan privasi. Pendigitalan akan memberi impak yang besar ke atas sektor tenaga melalui Kecerdasan Buatan (AI) pada masa akan datang. Hasilnya, sektor tenaga dapat menggunakan alat digital ini untuk meningkatkan operasi dan transformasi pendigitalan yang berpotensi untuk mencipta sistem tenaga yang amat saling hubung," kata T.Y.T. Dr. Ty Norin, Setiausaha Kementerian Perlombongan dan Tenaga Negara Kemboja.

Dalam perbincangan panel, penceramah jemputan berkongsi pandangan mereka tentang trend yang terkini dalam pasaran tenaga boleh diperbaharui dan BESS. Mereka percaya bahawa kuasa solar akan berkembang lebih pantas di rantau ini kerana kuasa bersih akan menjadi lebih berkesan kos dan mudah digunakan serta BESS yang memainkan peranan yang penting dalam campuran tenaga.


Komited untuk menawarkan produk dan perkhidmatan yang terbaik dalam kelas, Huawei akan mencipta lebih nilai untuk pelanggan dengan mengukuhkan lagi teknologi utamanya dalam penjanaan dan storan tenaga hijau, membantu membina masa depan karbon-rendah yang lestari untuk rantau Asia Pasifik.

Source: Huawei
Keywords: Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities