omniture

Bitget KCGI 2022 Dimulakan Secara Rasmi Bersama Dengan Pelanjutan Tarikh Akhir Pendaftaran

Bitget
2022-05-23 14:49 83

Lebih 3,000 pengguna berdaftar dan peningkatan Jumlah Hadiah Kepada 200 BTC

SINGAPURA, 23 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Bursa derivatif global terkemuka, Bitget, hari ini mengumumkan pertandingan perdagangannya yang diadakan dua kali setahun - King's Cup Global Invitational (KCGI), telah bermula secara rasmi. Disebabkan sambutan yang amat memberangsangkan sejak pelancarannya, tarikh akhir pendaftaran telah dilanjutkan. Walaupun pertandingan sebenar akan tetap bermula pada 20 Mei, 10:00 pagi (UTC+8), peserta boleh terus mendaftar untuk pertandingan ini dari 20 Mei, 10:00 pagi (UTC+8) hingga 24 Mei, 10:00 pagi (UTC+8). KCGI 2022 akan ditutup secara rasmi pada 10 Jun, 10:00 pagi (UTC+8).

Apabila pendaftaran untuk KCGI 2022 dibuka secara rasmi pada 9 Mei, jumlah peserta berdaftar yang direkodkan adalah seramai 500 orang, menandakan sambutan yang positif terhadap kembalinya pertandingan perdagangan yang telah lama dinanti-nantikan oleh komuniti Bitget. Setakat ini, lebih 3,000 pendaftaran telah direkodkan yang menunjukkan peningkatan sebanyak 500% sejak hari pelancaran. Berdasarkan sambutan yang amat memberangsangkan daripada komuniti dan berikutan momentum populariti yang diraihnya pada tahun lalu, tempoh pendaftaran kini dilanjutkan selama empat hari hingga 24 Mei.

Mengulas tentang permulaan rasmi pertandingan tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Bitget, Sandra Lou berkata, "Dengan memanfaatkan pengaruh persaingan perdagangan yang semakin berkembang serta kejayaan KCGI, kami akan meneruskan usaha kami untuk memperkenalkan inisiatif yang lebih bermanfaat dan menarik agar para pengguna kami menyertainya. Yang paling penting, kami berharap dapat memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna kami apabila ingin mempelbagaikan portfolio pelaburan mereka.

Sandra meneruskan, "Kami amat terharu melihat sambutan yang luar biasa daripada para pengguna semasa di peringkat awal pendaftaran. Dengan langkah pelanjutan tarikh akhir yang belum pernah diambil sebelum ini, kami tidak sabar untuk melihat pertandingan ini berlangsung. Mari mulakan pertandingan!"

Untuk maklumat lanjut tentang KCGI, sila layari https://www.bitget.com/en/kcgi/spring/2022

Tentang Bitget 

Ditubuhkan pada tahun 2018, Bitget merupakan salah sebuah bursa mata wang kripto yang terkemuka di dunia. Bitget yang pada masa ini memberikan perkhidmatan kepada lebih dua juta pengguna di lebih 50 buah negara di seluruh dunia, mempercepat misinya untuk menggalakkan kewangan tidak berpusat pada tahun 2021. Platform tersebut kini menjadi salah sebuah bursa derivatif dan perdagangan salinan kripto yang terbesar di dunia dan disenaraikan dalam kalangan lima bursa terbaik di dunia oleh CoinMarketCap dan CoinGecko untuk dagangan derivatif berdasarkan volum.

Source: Bitget
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics New products/services Blockchain