omniture

Pro Music Rights, Inc., salah sebuah syarikat pelesenan muzik terbesar di dunia, mengumumkan perjanjian pelesenan dengan TikTok

Pro Music Rights
2022-05-23 15:00 83

NAPLES, Florida, 23 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Pro Music Rights ("PMR"), salah sebuah syarikat pelesenan muzik terbesar di dunia, dengan sukacitanya mengumumkan bahawa ia telah memberikan lesen kepada perkhidmatan video TikTok yang terkemuka, yang akan membolehkan para penggunanya mencipta video dengan menggunakan muzik daripada himpunan muzik yang luas milik Pro Music Rights. Perjanjian ini akan membolehkan TikTok menawarkan lebih 2,500,000 karya PMR kepada para penggunanya. Jake P. Noch, Ketua Pegawai Eksekutif Pro Music Rights, mengatakan bahawa beliau amat gembira dapat menjalin kerjasama dengan TikTok. "Saya berpendapat bahawa TikTok ialah sebuah platform yang hebat dan akan menjadi destinasi dalam talian yang luar biasa untuk mengembangkan khalayak muzik kami, memandangkan ia digunakan secara rutin oleh berjuta-juta pengguna di seluruh dunia," kata Encik Noch.

Tentang Pro Music Rights, Inc. (ProMusicRights.com)

Pro Music Rights ialah organisasi pengurusan hak persembahan awam (PRO) ke-5 yang pernah ditubuhkan di Amerika Syarikat. Pemegang lesennya termasuk syarikat yang terkenal seperti TikTok, iHeart Media, Triller, Napster, 7Digital, Vevo & beratus-ratus lagi syarikat. Pro Music Rights menguasai bahagian pasaran sebanyak 7.4% di Amerika Syarikat dan ini mewakili lebih 2,500,000 karya yang menampilkan seniman terkenal seperti A$AP Rocky, Wiz Khalifa, Pharrell, Young Jeezy, Juelz Santana, Lil Yachty, MoneyBaggYo, Larry June, Trae Pound, Sause Walka, Trae Tha Truth, Sosamann, Soulja Boy, Lex Luger, Lud Foe, SlowBucks, Gunplay, OG Maco, Rich The Kid, Fat Trel, Young Scooter, Nipsey Hussle, Famous Dex, Boosie Badazz, Shy Glizzy, 2 Chainz, Migos, Gucci Mane, Rich The Kid, Young Dolph, Trinidad James, Fall Out Boy & ramai lagi yang tidak terkira bilangannya. Untuk maklumat lanjut, sila layari promusicrights.com.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/728013/Pro_Music_Rights_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Pro Music Rights
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Music Publishing/Information Service Social Media Licensing/marketing agreements