omniture

IDS NEXT MENGAMBIL ALIH SHAWMAN SOFTWARE

IDS Next
2022-05-23 17:00 119

Dengan penggabungan ini, IDS Next menjadi satu-satunya penyedia SaaS perusahaan serba lengkap  untuk rangkaian dan kumpulan hotel

BANGALORE, India, 23 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Penyedia perisian hotel pintar terbesar di Asia, IDS Next, mengumumkan pengambilalihan ShawMan Software yang berpangkalan di India, pakar yang menyediakan penyelesaian awan untuk makanan & minuman serta percutian dan kesejahteraan dalam industri hospitaliti.

Binu Mathews, Chief Executive Officer of IDS Next.
Binu Mathews, Chief Executive Officer of IDS Next.

Melalui pengambilalihan ini, IDS Next akan berupaya mempercepat penghijrahan hotel kepada penyelesaian awan perusahaan serba lengkap yang direka cipta untuk kumpulan perniagaan dan rangkaian hospitaliti. Perisian ShawMan amat melengkapi penyelesaian IDS Next yang memenangi anugerah, yang mengautomasi dan menyelaraskan operasi hotel barisan hadapan dan khidmat sokongan.

Mengulas tentang penggabungan tersebut, Binu Mathews, Ketua Pegawai Eksekutif IDS Next berkata: "Kami sangat teruja mengalu-alukan kedatangan pasukan ShawMan ke IDS Next dan tidak sabar untuk memulakan perjalanan teknologi hospitaliti kami yang hebat ini bersama-sama. Dengan pelbagai sinergi dalam penyelesaian, gabungan kepakaran dan visi bersama kami terhadap industri, kami berupaya menghapuskan keperluan hotel untuk berinteraksi dengan pelbagai vendor serta sistem yang tidak sama. Dengan penambahan Pusat Jualan (POS) berasaskan awan, perisian tempahan meja, pengurusan spa, jualan & katering serta kelab, kami dapat mempercepatkan lagi pertumbuhan kami dan memperluas tawaran dalam model awan dan hibrid kami pada Microsoft Azure."

"Kami teruja dengan penggabungan ini," kata Jimmy Shaw, Pengarah Urusan ShawMan Software. "Peluang sentiasa ada dan kami kini mampu menawarkan penyelesaian bersepadu yang dipertingkatkan kepada pelanggan dan rakan kongsi kami di seluruh dunia."

Dengan matlamat untuk mentakrifkan semula cara hotel beroperasi melalui penyelesaian perisian pintar, IDS Next telah menjadi rakan kongsi teknologi yang dipercayai dan merupakan pembekal pilihan kepada industri hospitaliti antarabangsa yang menguruskan lebih 300,000 daftar masuk, 600,000 pengguna serta transaksi bernilai USD10 juta setiap hari. Daripada proses daftar masuk tanpa sentuhan, kaunter penerimaan tetamu, pengurusan permintaan tetamu dan pembersihan hingga senarai gaji, kewangan, pengurusan inventori dan perolehan, IDS Next memastikan operasi hotel berjalan dengan lancar dan selamat. Dengan pendekatan API terbuka, IDS Next bersepadu dengan lebih 100 rakan kongsi teknologi terbaik dan terkemuka di dunia bagi melengkapkan penyelesaian dan sistem rakan kongsi hotelnya yang sedia ada.

Penyelesaian mudah alih IDS Next menyokong usaha industri terhadap teknologi tanpa sentuhan yang memenuhi harapan pengembara dalam suasana normal baharu serta membolehkan hotel memiliki tetamu mereka, memaksimumkan hasil, mengurus kos, memacu kecekapan dan memberikan pengalaman tetamu yang unggul.

Untuk maklumat lanjut tentang IDS NEXT, sila layari: https://idsnext.com/

Photo - https://mma.prnasia.com/media2/1823258/IDS_Next_Binu_Mathews.jpg?p=medium600
Photo - https://mma.prnasia.com/media2/1823259/IDS_Next_1.jpg?p=medium600

 

IDS NEXT ACQUIRES SHAWMAN SOFTWARE
IDS NEXT ACQUIRES SHAWMAN SOFTWARE

 

 

Source: IDS Next
Keywords: Beverages Computer Software Computer/Electronics Food/Beverages Hotels and Resorts Travel Acquisitions, mergers, takeovers Financial Technology