omniture

EdHeroes: Bagaimana menangani isu sosial membantu perkembangan kanak-kanak

EdHeroes Network
2022-05-24 08:00 69

EdHeroes baru saja menganjurkan acara terbaharu mereka - Forum EdHeroes Australia+Cawangan Indonesia!

JAKARTA, Indonesia, 24 Mei 2022 /PRNewswire/ -- EdHeroes telah menganjurkan forum mereka di Indonesia dan Malaysia sebelum ini dan kini mereka menjelajah ke Australia! EdHeroes Network menyatukan lebih 61,000 penyokong, menganjurkan acara serantau dan global serta berjuang untuk menyediakan akses sejagat terhadap pendidikan berkualiti! Antara rakan kongsi mereka ialah: World Bank Group, UNESCO IITE, Teach For All, Wolfram, Educate Girls, Queen Rania Teacher Academy dan banyak lagi. Semasa forum ini berlangsung, lebih 14,000 orang dari 83 buah negara mengambil bahagian dan 15 orang penceramah dari 5 buah negara membincangkan tentang isu global.

EdHeroes Forum: Australia and Indonesia Chapter
EdHeroes Forum: Australia and Indonesia Chapter

Forum ini menampilkan Airlangga Hartanto, Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi Republik Indonesia, Harold Lucero, Pengasas Lucsan, Teknologi Kewangan, Inovasi DAO/DeFi di Australia, Cecilia Vaca Jones, Pengarah Eksekutif Bernard van Leer Foundation merangkap Ahli Lembaga Penasihat EdHeroes dan Putri Kus Wisnu Wardani, Ahli Majlis Penasihat Presiden Republik Indonesia.

Airlangga Hartanto berucap tentang resolusi kerajaan Indonesia untuk menangani perubahan iklim, yang seterusnya membawa kepada perbincangan Cecilia Jones tentang kesan pencemaran terhadap perkembangan kanak-kanak. Cecilia menekankan kepada para ibu bapa dan pendidik dengan mengatakan: "Kita sedang berusaha mewujudkan permulaan yang baik untuk kanak-kanak" yang dihalang oleh krisis alam sekitar. Kedua-dua penceramah menekankan isu yang sama dan mencadangkan penyelesaian yang boleh dilaksanakan oleh setiap orang untuk menambah baik keadaan dunia kita dan memastikan perkembangan yang sihat untuk kanak-kanak.

Perbincangan ini disambung oleh Putri Kus Wisnu Wardani yang menekankan tentang kepentingan aktivisme sosial dan kesan ketara yang boleh dilakukan oleh setiap orang. Sesi ini ditutup oleh Harold Lucero yang berwacana tentang kecekapan digital. Beliau menghuraikan tentang implikasi metaverse dan potensi tanpa batasan yang ditawarkannya untuk menyampaikan pendidikan berkualiti tinggi yang boleh diakses di seluruh dunia.

Sesi utama forum ini terdiri daripada dua perbincangan yang bertajuk "Pendidikan Keluarga dan Kesihatan Mental" dan "Amalan Demokrasi dan Pengukuhan Aktivisme Sosial". Kedua-dua sesi ini menampilkan para profesional dari segenap pelosok dunia yang berkongsi pemahaman dan pengalaman mereka serta memberikan tip-tip berguna tentang setiap topik.

Saksikan forum lengkap di sini dan ikuti EdHeroes pada platform media sosialnya untuk mengikuti perkembangan tentang acara dan peluang-peluang akan datang! Lihat Instagram, Twitter, Facebook, LinkedIn dan Youtube mereka.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1822872/EdHeroes_Forum.jpg?p=medium600

 

 

Source: EdHeroes Network
Keywords: Banking/Financial Service Education Health Care/Hospital Mental Health Children-related news Economic news, trends, analysis Trade show news