omniture

Pengimbas Patologi Digital Dilengkapi Kecerdasan Buatan OptraSCAN iaitu OS-SiA Diberikan Paten A.S bagi Pengimbasan, Pengindeksan dan Penganalisaan Kawasan Tisu pada Masa yang Sama

OptraSCAN Inc.
2022-05-24 09:00 87

SAN JOSE, Calif., 24 Mei 2022 /PRNewswire/ -- OptraSCAN®, penyedia penyelesaian patologi digital serba lengkap yang terkemuka, mengumumkan pengimbas patologi digitalnya iaitu OS-SiA telah diberikan paten AS - No. 2020/0334814 A1 oleh Pejabat Paten dan Tanda Dagangan Amerika Syarikat. OS-SiA memiliki kecerdasan terbina dalam untuk mengimbas, mengindeks dan menganalisa sampel patologi secara serentak. Ini akan memberi manfaat kepada pengguna akhir untuk melihat keseluruhan slaid bagi imej yang diimbas bersama-sama dengan hasil yang dianalisa sebagai sisipan semasa proses kajian mereka.

OS-SiA: Digital Pathology Scanner with AI
OS-SiA: Digital Pathology Scanner with AI

Paten ini menggambarkan teknik yang dicipta oleh OptraSCAN iaitu pengimbas patologi digital didayakan AI, OS-SiA yang mengenal pasti spesimen secara automatik untuk mengimbas dan menganalisa kawasan tisu atau sel yang diimbas, secara serentak. OS-SiA ialah pengimbas digital didayakan AI yang pertama dalam industri yang akan menyediakan analisa ramalan masa nyata dan cerapan yang boleh dilaksanakan.

"Pada masa ini, pengimbas slaid patologi digital terhad kepada penangkapan dan pendigitan sebahagian atau keseluruhan imej slaid ke dalam sesebuah imej. Pengimbas OS-SiA generasi seterusnya milik kami mengimbas dan menganalisa secara serentak yang sekali gus menghapuskan keperluan untuk penggunaan pemprosesan tambahan," ujar Abhi Gholap, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif OptraSCAN. "Pemberian paten ini menonjolkan usaha berterusan kami dalam meningkatkan penerimagunaan penyelesaian patologi digital dan menyokong komuniti patologi."

OS-SiA boleh disepadukan dalam rangkaian pengimbas dengan latar belakang cerah yang didayakan awan sedia ada iaitu OS-Lite & OS-Ultra. Algoritma tersuai ini memberikan pengesanan ROI masa nyata semasa mengimbas, pengkuantitian sel untuk penanda IHC/HNE dan pengukuran morfologi yang dibina menggunakan perpustakaan utama. Keseluruhan imej slaid boleh dilihat dalam pemapar imej tempatan / berasaskan web / berasaskan awan. Modul pengkomputeran pembelajaran mendalam disediakan untuk pembelajaran kendiri dalam peranti pengimbasan.

"Ini merupakan kejayaan yang kami perlukan untuk mempercepat penerimagunaan patologi digital, malah pengimbasan dan penganalisaan secara serentak akan membantu ahli patologi membuat keputusan yang lebih pantas dan meningkatkan keadaan pesakit." Dr. Zu-Hua Gao MD, Penasihat Perubatan di OptraSCAN dan Pengerusi - Patologi, University of British Columbia.

Tentang OptraSCAN, Inc: 

OptraSCAN® ialah perintis dalam Sistem Pathology® Digital Atas Permintaan yang fokus untuk menyampaikan penyelesaian bersepadu sepenuhnya dengan harga berpatutan yang akan memaksimumkan pulangan pelaburan serta meningkatkan prestasi perkhidmatan patologi anda. Sebagai sebuah syarikat yang diperakui ISO 13485 dan memperolehi tanda CE untuk keseluruhan pengimbas slaid bagi kegunaan IVD, OptraSCAN sedang berusaha untuk menghapuskan halangan 'Ke Arah Pendigitalan' tanpa mengira saiz, daya pemprosesan atau lokasi global makmal patologi.

Penyelesaian patologi digital OptraSCAN yang serba lengkap menyediakan penangkapan keseluruhan imej slaid, tontonan, penyimpanan, perkongsian masa nyata, pelaporan dan penyelesaian analisa Imej berasaskan AI & ML yang berkesan melalui model Atas Permintaan atau pembelian langsung. Ikuti Kami di LinkedIn dan Twitter.

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1820629/OS_SIA_final.jpg?p=medium600
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1517923/Optra_Scan_Logo.jpg?p=medium600

Source: OptraSCAN Inc.
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Patent Law