omniture

Eksekutif GitHub, Maneesh Sharma, menyertai LambdaTest sebagai Ketua Pegawai Operasi

LambdaTest
2022-05-24 14:08 51

Maneesh akan memimpin kesemua inisiatif ke pasaran LambdaTest pada ketika syarikat ini merancang untuk meningkatkan pertumbuhannya secara besar-besaran

NOIDA, India dan SAN FRANCISCO, 24 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Maneesh Sharma, mantan Pengurus Besar GitHub di India, telah menyertai LambdaTest, sebuah platform pengorkestraan dan pelaksanaan ujian terkemuka, sebagai Ketua Pegawai Operasi. Maneesh akan memimpin kesemua fungsi ke pasaran dalam syarikat tersebut.

Maneesh Sharma, Chief Operating Officer, LambdaTest
Maneesh Sharma, Chief Operating Officer, LambdaTest

Maneesh yang mempunyai pengalaman selama lebih 22 tahun, telah mengetuai pertumbuhan dan operasi GitHub yang menjadi fenomena di India baru-baru ini. Di bawah pucuk pimpinannya, India menjadi pasaran yang paling pesat berkembang bagi GitHub, meningkat kepada lebih 8 juta pembangun dengan pangkalan pelanggan yang kukuh. Beliau juga pernah memegang jawatan kepemimpinan di syarikat teknologi terkemuka termasuk Adobe dan SAP serta merupakan Duta Java di Sun Microsystems, di mana beliau memacu penglibatan pembangun di seluruh APAC. 

"Apabila setiap organisasi kini menjadi sebuah syarikat perisian, pengalaman pelanggan merupakan teras bagi setiap produk dan perkhidmatan digital. Sepertimana keselamatan, sektor pengujian juga semakin berubah arah apabila para pembangun dan penguji membina pengalaman produk yang boleh dipercayai dan konsisten. Kadar kepantasan pembangunan perisian memerlukan infrastruktur ujian yang kukuh dan boleh ditingkatkan oleh organisasi," kata Maneesh Sharma, Ketua Pegawai Operasi LambdaTest. "LambdaTest telah berinovasi dengan platform dan produknya yang membantu para pembangun beralih daripada platform ujian lama. Dengan berlatarbelakangkan sumber terbuka dan dengan fokus terhadap komuniti ujian perisian, saya teruja untuk menyertai pasukan yang hebat ini bagi membantu setiap pembangun membangunkan perisian yang lebih baik."

Maneesh juga aktif dalam ekosistem syarikat pemula sebagai seorang pelabur, penasihat dan yang paling penting, sebagai seorang ahli lembaga pengarah yang sempurna bagi para usahawan. Pada masa ini, beliau merupakan salah seorang daripada Ahli Lembaga Penasihat Latihan All India Management Association (AIMA), Ahli Jawatankuasa Pemandu NASSCOM 10000 Startups Warehouse dan juga merupakan mentor untuk kelab NASSCOM DeepTech.

"Maneesh menyertai syarikat dengan pengalaman bertaraf dunia setelah memimpin pelbagai fungsi serta wilayah dalam syarikat teknologi global dan kami berbesar hati mengalu-alukan penyertaan beliau ke LambdaTest," kata Asad Khan, Ketua Pegawai Eksekutif LambdaTest. "LambdaTest sedang menjalankan misi untuk menjadikan kehidupan para penguji dan pembangun lebih mudah. Kami sedang membangunkan sebuah platform ujian moden yang sesuai dengan keperluan ujian komuniti pada masa ini dan akan datang, dan pengalaman Maneesh akan membantu membawa inovasi kami ke pasaran global dengan pantas." 

LambdaTest memperoleh $45 juta dalam pusingan modal teroka yang diketuai oleh Premji Invest dengan penyertaan daripada para pelabur sedia ada, pada bulan Mac. Syarikat ini baru-baru ini turut melancarkan dua produk inovasi baharu—HyperExecute, sebuah platform pengorkestraan ujian pintar generasi seterusnya untuk membantu para penguji dan pembangun menjalankan ujian automasi serba lengkap pada kelajuan yang terpantas dan Test-at-Scale (TAS), sebuah platform kecerdasan ujian.

Platform LambdaTest digunakan oleh lebih satu juta pembangun dan penguji di seluruh dunia. Syarikat ini telah menjalankan lebih 100 juta ujian sejak penubuhannya dan telah mengembangkan perniagaannya sebanyak 300% pada tahun lepas. Dengan memanfaatkan tawaran daripada syarikat ini, para pelanggannya dapat mencapai masa ke pasaran yang 95% lebih pantas, meningkatkan produktiviti keluaran mereka sebanyak 62% dan mengenal pasti 67% isu sebelum sesuatu pelancaran.

Tentang LambdaTest 

LambdaTest ialah sebuah platform pengorkestraan dan pelaksanaan ujian yang terkemuka. Platform pelaksanaan ujian terasnya membolehkan para pengguna menjalankan ujian manual dan automatik ke atas aplikasi web dan mudah alih yang merentasi lebih 3,000 pelayar, peranti sebenar serta persekitaran sistem pengendalian yang berbeza. Tawaran lain daripada syarikat ini merangkumi HyperExecute, sebuah platform pengorkestraan ujian pintar generasi seterusnya untuk membantu perniagaan menjalankan ujian automasi serba lengkap pada kelajuan yang terpantas dan Test-at-Scale (TAS), sebuah platform kecerdasan ujian.

Lebih 500 perusahaan dan lebih 1 juta pengguna di lebih 130 buah negara bergantung pada LambdaTest untuk keperluan ujian mereka.

LambdaTest telah memperoleh kira-kira $70 juta setakat ini, dengan pembiayaan daripada para pelabur terkemuka yang antaranya seperti Premji Invest, Sequoia Capital India, Telstra Ventures, Blume Ventures dan Leo Capital.

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1823414/Maneesh_Sharma_LT.jpg?p=medium600
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1721228/Lambda_Test_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: LambdaTest
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Electronic Design Automation Utilities Personnel announcements