omniture

Mobileum dan Digis Squared Mengumumkan Kerjasama dalam Menyediakan Ujian dan Analisis Rangkaian Pinggir ke Pinggir yang Komprehensif

Mobileum
2022-05-24 21:24 218

Kerjasama baharu itu memperkasakan pengendali untuk menavigasi ekosistem 5G, IoT dan OpenRAN yang berubah dengan pantas untuk memberikan prestasi perkhidmatan yang lebih baik

CUPERTINO, California, 24 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Mobileum Inc. ("Mobileum"), penyedia penyelesaian analitik global terkemuka untuk perkhidmatan perayauan dan rangkaian, keselamatan, pengurusan risiko, ujian dan jaminan perkhidmatan serta kecerdasan pelanggan, dan Digis Squared, peneraju pasaran dalam perkhidmatan rangkaian dan alat yang dibantu AI, hari ini mengumumkan bahawa syarikat mereka telah menjalinkan sebuah kerjasama strategik untuk membawakan satu set ujian rangkaian yang komprehensif dan penyelesaian pengoptimuman kognitif ke dalam pasaran.

Kerjasama ini menyatukan kepakaran mendalam Digis Squared dalam membangunkan alat kognitif untuk mengautomasikan dan menganalisis rangkaian radio dan prestasi pinggir ke pinggir serta mengoptimumkan rangkaian dan pengurusan kapasiti untuk memanfaatkan pengalaman pelanggan, dengan Mobileum yang memiliki portfolio analitik telekomunikasinya yang fleksibel dan boleh diskala dengan begitu luas yang membolehkan pengendali meningkatkan prestasi perniagaan, memantau pengalaman pelanggan dan mengakses peluang pengewangan baharu.

Ron Haberman, Ketua Pegawai Produk Mobileum mengulas:

"Mencari makna dalam data ialah perkara yang kami lakukan. Platform Active Intelligence Mobileum membolehkan Penyedia Perkhidmatan Komunikasi (CSP) menghubungkan rangkaian yang mendalam dan kecerdasan operasi dengan tindakan masa nyata untuk meningkatkan hasil pendapatan, meningkatkan pengalaman pelanggan, mengurangkan kos dan memperkemas operasi. Kerjasama dengan Digis Squared ini dapat memperluas keupayaan pengujian, pengoptimuman, perancangan dan pengurusan rangkaian pinggir ke pinggir yang boleh kami berikan. Di samping itu, kepakaran dan keupayaan dalaman yang dibawa oleh pasukan Digis Squared dalam analisis pembelajaran mesin adalah amat sesuai dengan pendekatan analisis ramalan dan tindakan automatik kami."

Abdel Rahman Fady, Ketua Pegawai Teknologi Digis Squared mengulas:

"Digis Squared berbesar hati dapat bekerjasama dengan Mobileum untuk menyediakan penyelesaian ujian yang lebih komprehensif di seluruh warisan teknologi 2G dan 3G sehingga 4G dan 5G, Rangkaian Persendirian serta OpenRAN. Dengan penggunaan 5G, IoT dan OpenRAN yang sudah pun dijalankan, ekosistem baharu ini akan menyaksikan CSP bekerjasama dengan rantaian nilai teragih pihak berkepentingan dan silo maklumat yang memerlukan pendekatan baharu untuk memantau risiko digital dan menganalisis data. Alat AI yang boleh mengenal pasti isu dengan pantas dan menyelesaikan masalah yang diketahui secara automatik adalah penting untuk memastikan kelancaran operasi berbilang teknologi dan sistem berbilang vendor yang sangat kompleks di mana CSP bergantung kepadanya pada hari ini." 

Platform Active Intelligence Mobileum menyediakan pandangan yang boleh diambil tindakan yang diperlukan oleh penyedia perkhidmatan komunikasi pada hari ini untuk memanfaatkan kuasa rangkaian 5G dan generasi seterusnya. Memperkasakan perkhidmatan perayauan dan rangkaian, pengurusan risiko, pengujian dan pemantauan serta penyelesaian penglibatan dan pengalaman pelanggan Mobileum, platform Active Intelligence menyampaikan analisis yang termaju, Kecerdasan Buatan/Pembelajaran Mesin (AI/ML) dan keupayaan DPI yang diperlukan oleh syarikat pembawa untuk meningkatkan pengalaman pelanggan, meningkatkan hasil pendapatan, mengurangkan kos, mengurangkan kerugian dan memperkemaskan operasi. 

Penyelesaian INOS oleh Digis Squared menyediakan Pengesahan Tapak Tunggal, penanda aras rangkaian dan keupayaan pengoptimuman serta boleh dikonfigurasikan sepenuhnya secara langsung di lapangan. Laporan yang boleh disesuaikan sepenuhnya akan dihantar dalam masa 15 minit setelah penerimaan data selesai, dengan akses kepada 200 KPI rangkaian yang berbeza, Kualiti Perkhidmatan (QoS) rangkaian dan analisis Kualiti Pengalaman (QoE) pelanggan. Selain analisis 5G, terdapat minat yang meluas terhadap keupayaan OpenRAN Digis Squared

oleh kerana pengoptimuman, ujian saling kendali dan penanda aras dengan sistem warisan mula beralih daripada PoC ke arah penggunaan komersial.

Tentang Mobileum 

Mobileum ialah penyedia penyelesaian analitik Telekomunikasi yang terkemuka untuk perayauan, rangkaian teras, keselamatan, pengurusan risiko dan pengujian kesalinghubungan domestik dan antarabangsa serta kecerdasan pelanggan. Lebih 1,000 pelanggan bergantung pada platform Kecerdasan Aktif miliknya yang menyediakan penyelesaian analitik canggih yang membolehkan pelanggan menghubungkan rangkaian mendalam dan kecerdasan operasi dengan tindakan masa nyata yang meningkatkan pendapatan, menambah baik pengalaman pelanggan dan mengurangkan kos.  Beribu pejabat di Silicon Valley, Mobileum mempunyai pejabat global di Australia, Jerman, Greece, India, Portugal, Singapura, UK dan Emiriah Arab Bersatu.

Ketahui lebih lanjut di https://www.mobileum.com/ dan ikuti @MobileumInc di Twitter 

Tentang Digis Squared 

Perkhidmatan Terurus, Integrasi Sistem & Perundingan. Kami mengubah rangkaian telekomunikasi, menggunakan teknologi baharu dan menguruskan vendor untuk pengendali rangkaian, penyedia perkhidmatan dan pengawal selia.

Gunakan kepakaran agnostik vendor, alatan dan proses yang diterajui AI automatik kami untuk mengubah keupayaan teknikal dan komersial anda. Kami bekerja dengan ketangkasan, pengalaman yang mendalam dan alat kognitif dalaman kami untuk mengoptimum dan menguruskan rangkaian berbilang vendor di seluruh bidang teknologi.

Beribu pejabat di UK, Digis Squared turut mempunyai pejabat di Angola, Mesir dan Emiriyah Arab Bersatu.

Digis Squared ◦ Mendayakan rangkaian yang lebih pintar.

Ikuti kami di LinkedIn dan Twitter @DigisSquared serta terokai lebih banyak lagi di Digis2.com

 

 

Source: Mobileum
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Wireless Communications Joint ventures Data Analytics