omniture

Modul 5G Quectel mendayakan sambungan generasi seterusnya dikuasakan oleh NVIDIA Jetson AGX Orin

Quectel
2022-05-25 09:06 270

SHANGHAI, 25 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Quectel Wireless Solutions, penyedia penyelesaian IoT global, hari ini mengumumkan bahawa syarikat ini bekerjasama dengan NVIDIA untuk mengintegrasikan modul IoT 5Gnya dengan NVIDIA Jetson AGX Orin, platform pengkomputeran AI yang paling berkuasa, kompak dan cekap tenaga di dunia di pinggiran. Usaha ini bertujuan untuk menyediakan peranti berasaskan platform NVIDIA Jetson global dengan laluan yang mudah dan lancar kepada keupayaan komunikasi 5G yang berkelajuan tinggi, andal dan berkependaman rendah.

Dalam ujian terkini yang berasaskan kepada get laluan AI pinggiran daripada TZTEK, penyepaduan modul 5G Sub-6GHz siri RM500Q Quectel dengan Jetson AGX Orin berjaya, hasil yang akan membolehkan pembangun mengurangkan masa dan kos pembangunan dengan ketara. Di samping itu, kombinasi "modul 5G Quectel + platform Jetson AGX Orin" yang sedia digunakan akan membantu mempermudah pembangunan peranti, meningkatkan kestabilan produk dan mempercepatkan masa dibawa ke pasaran untuk terminal pelanggan.


IoT Kecerdasan Buatan (AIoT) menjadi trend baharu dalam pembangunan IoT dan permintaan terhadap sambungan tanpa wayar yang unggul selain kuasa pengkomputeran yang tinggi terus melonjak dalam banyak sektor ekonomi yang penting. Modul 5G Quectel dan platform Jetson AGX Orin mengupayakan aplikasi AIoT intensif-pengkomputeran seperti robotik termaju, kenderaan darat tanpa pemandu, sistem pemanduan automatik berkelajuan rendah dan pengangkutan pintar bagi mencapai kadar data berbilang-Gbps serta prestasi pengkomputeran pinggir yang belum pernah terjadi sebelum ini iaitu sehingga 275 trilion operasi sesaat.

Sebagai langkah yang seterusnya untuk memperkukuh kolaborasi ini dalam era AIoT, Quectel merancang untuk turut mengintegrasikan modul 5G Release 16 (R16) terkininya dengan platform Jetson AGX Orin, menyediakan ciri-ciri 5G R16 baharu dengan kependaman ultra-rendah, penghirisan rangkaian dan 5G LAN yang mengupayakan prestasi yang malah lebih tinggi. Justeru itu, pembuat peranti OEM yang menerima pakai produk platform 5G Quectel dan NVIDIA Jetson akan mendapat manfaat daripada sambungan komunikasi mudah alih yang lebih terjamin, cekap dan stabil.

Latar Belakang Quectel:
Kesungguhan Quectel terhadap dunia yang lebih pintar mendorong kami untuk mempercepatkan inovasi IoT. Sebuah organisasi yang amat bertumpu pelanggan, kami merupakan penyedia penyelesaian IoT global yang disokong oleh sokongan dan perkhidmatan yang cemerlang. Pasukan global kami yang semakin berkembang dengan lebih 4,000 ahli profesional menjadi peneraju untuk inovasi bagi modul selular, GNSS dan WiFi/BT, antena serta sambungan IoT. Tersenarai di Bursa Saham Shanghai (603236.SS), kepimpinan antarabangsa kami dikhususkan untuk memajukan IoT ke serata dunia.

Untuk maklumat lanjut: http://www.quectel.comLinkedInhttps://www.facebook.com/quectelwireless dan Twitter.

 

Source: Quectel
Related Stocks:
Shanghai:603236
Keywords: Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Wireless Communications