omniture

Hivestack dan Yahoo Mengumumkan Kerjasama Strategik DOOH Programatik Global

Hivestack Inc.
2022-05-25 20:40 149

Kerjasama ini menyediakan platform sisi permintaan (DSP) saluran omni Yahoo dengan akses kepada inventori DOOH global premium pada skala yang besar melalui platform sisi bekalan (SSP) Hivestack 

MONTREAL dan NEW YORK, 25 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Yahoo dan Hivestack, iaitu syarikat teknologi pengiklanan digital luar rumah (DOOH) programatik persendirian yang terkemuka di dunia, hari ini telah mengumumkan kerjasama strategik global untuk menghubungkan teknologi peneraju industri mereka serta mendayakan kempen media premium saluran silang DOOH programatik pada skala global.

Melalui kerjasama tersebut, platform sisi permintaan (DSP) saluran omni Yahoo akan disepadukan ke dalam platform sisi bekalan (SSP) Hivestack yang akan membolehkan Yahoo dan para pelanggannya mengakses inventori DOOH global premium Hivestack dengan urus niaga pembidaan masa nyata (RTB) melalui tawaran pertukaran terbuka dan pasaran persendirian (PMP).

"Landskap DOOH programatik yang berkembang pesat ini telah mewujudkan pelbagai peluang untuk jenama, pengiklan dan pemilik media bagi memanfaatkan saluran untuk memacu hubungan bermakna yang boleh diukur bersama-sama dengan khalayak di seluruh dunia. Kami sangat teruja kerana berpeluang untuk berintegrasi dengan DSP Yahoo bagi memudahkan pengalaman yang lancar dan cekap kepada para pemasar saluran omni untuk berurus niaga di seluruh DOOH secara programatik yang menyediakan akses kepada inventori dan data DOOH global premium," kata Bruno Guerrero, Ketua Pegawai Operasi Hivestack.

"DOOH menggabungkan daya kreatif berimpak tinggi dengan kecekapan kos di seluruh strategi kempen saluran omni," kata Iván Markman, Ketua Pegawai Perniagaan Yahoo. "Pada peringkat awal, Yahoo telah membantu para pengiklan memaksimumkan skrin DOOH di sepanjang perjalanan pengguna serta memupuk hubungan bermakna yang tidak dapat dilupakan. Kerjasama ini menguatkan keupayaan tersebut dan menyediakan para pengiklan DSP Yahoo dengan inventori OOH yang pelbagai, global dan premium yang mampu diberikan oleh Hivestack."

"Sektor pengiklanan luar rumah telah menyaksikan kebangkitan semulanya pada tahun lepas, didorong oleh pelaksanaan kreatif yang inovatif, kemudahan digital dan keadaan yang kembali kepada 'normal'," kata Barry Frey, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif DPAA. "Dengan musim panas yang menghampiri Hemisfera Utara, kita dijangka akan dapat melihat jenama terbesar di dunia ini bersinar di seluruh skrin OOH - dari papan iklan tertinggi hingga ke lorong pembayaran. Kami teruja melihat pemain utama dan Ahli Lembaga Pengarah DPAA seperti Yahoo dan Hivestack bergabung untuk memudahkan interaksi ini antara pengguna dan jenama."

Para pengiklan dan agensi boleh mengakses inventori DOOH global Hivestack dengan serta-merta melalui Yahoo DSP.

Tentang Hivestack 

Hivestack ialah sebuah syarikat teknologi pemasaran global terbesar yang bebas dan serba lengkap yang memperkasa sisi jual beli pengiklanan digital luar rumah (DOOH) programatik. Hivestack telah ditubuhkan pada tahun 2017 dengan ibu pejabat di Montreal, Kanada dan beroperasi di lebih 25 buah negara di seluruh dunia.  Untuk maklumat lanjut, sila layari hivestack.com atau ikuti kami di LinkedIn, Twitter dan Facebook @hivestack.

Tentang Yahoo 

Yahoo ialah sebuah syarikat teknologi dan media global yang menjangkau hampir 900 juta orang di seluruh dunia, membawa mereka lebih dekat kepada kewangan, sukan, membeli-belah, permainan dan berita—dengan produk, kandungan dan teknologi yang dipercayai yang mampu menceriakan hari mereka. Bagi rakan kongsi, kami menyediakan platform lengkap untuk perniagaan bagi meningkatkan pertumbuhan dan memacu hubungan yang lebih bermakna di seluruh ruang pengiklanan, carian dan media. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari yahooinc.com.

Christina MacDonald 
Pengarah Komunikasi Yahoo 
Christina.MacDonald@yahooinc.com 

Hubungan Media: Ginny Bourne, Pengarah Pemasaran & Komunikasi Global Hivestack, ginny@hivestack.com

Source: Hivestack Inc.
Keywords: Multimedia/Online/Internet Social Media Joint ventures