omniture

Nobu Hospitality Meneruskan Pengembangan Strategik di Eropah Melalui Pengumuman Hotel Nobu Madrid

Nobu Hospitality
2022-05-25 22:46 165

NEW YORK, 25 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Nobu Hospitality, jenama hotel dan restoran ikonik serta gaya hidup mewah yang terkemuka, hari ini mengumumkan hotel dan restorannya yang kelima di Sepanyol di ibu negaranya, Madrid yang elegan.

Terletak di tengah-tengah Daerah Cortes di ibu negara Sepanyol, Hotel Nobu Madrid akan menyaksikan transformasi bangunan pejabat sedia ada yang berada di 26 Calle Alcalá, antara Plaza de Cibeles dengan Puerta del Sol. Hotel ini akan menawarkan sebuah restoran dan bar Nobu tiga tingkat, sebuah bar atas bumbung yang luas serta sebuah ruang istirahat dengan pemandangan latar langit serta sebuah pusat kecergasan dan spa yang canggih. Restoran ini akan direka semula oleh kumpulan seni bina/reka bentuk dari California yang terkenal iaitu Studio PCH yang diketuai oleh Severine Tatangelo. Studio PCH telah mereka bentuk pelbagai hartanah Nobu termasuk Nobu Malibu yang amat terkenal dan Hotel Nobu San Sebastián yang bakal dibuka pada tahun 2023.

Nobu Hospitality memeterai sebuah perjanjian jangka panjang dengan Millenium Hospitality Real Estate SOCIMI ("MHRE") untuk membangunkan Hotel Nobu Madrid, projek kedua mereka selepas pengumuman baru-baru ini tentang Hotel dan Restoran Nobu San Sebastián. MHRE mempunyai koleksi hotel bertaraf lima bintang yang mengagumkan yang terletak di seluruh Sepanyol dan Portugal.

Trevor Horwell, Ketua Pegawai Eksekutif Nobu Hospitality mengulas, "Kami amat teruja kerana akhirnya berjaya melakukan pelancaran di bandar Madrid yang hebat ini. Sebagai sebuah pusat kesenian, kebudayaan dan masakan yang sibuk, ibu negara Sepanyol ini merupakan sebuah destinasi yang penting kepada kami. Hotel ini akan menjadi hotel kelima kami di Sepanyol dan kami berharap dapat memperluaskan lagi jejak kami di Sepanyol bagi mewujudkan pengalaman hospitaliti yang benar-benar tidak dapat dilupakan oleh penduduk tempatan serta para tetamu antarabangsa hotel Nobu kami."

Javier Illán Plaza, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Millenium Hospitality Real Estate mengulas, "Saya amat gembira mengumumkan projek kedua kami dengan Nobu Hospitality serta pelancaran Hotel Nobu Madrid. Kami amat berbangga dapat meneruskan hubungan kami yang hebat dengan sebuah jenama antarabangsa mewah yang berjaya dan membawa pengalaman Nobu dan restoran yang menarik serta bar atas bumbung ke Bandar Raya Madrid yang kami yakin akan diterima dengan baik oleh penduduk tempatan dan juga para pelancong."

Sebagai tambahan kepada portfolio Nobu Hospitality di Eropah, pelancaran Hotel dan Restoran Nobu Madrid menjadi hotel ke-11 bagi jenama ini di benua Eropah, dengan hartanah di London, Barcelona, Ibiza, Marbella, Warsaw serta yang sedang dibangunkan di Rom, San Sebastián, Santorini dan Hamburg.

Video - https://www.youtube.com/watch?v=ZLno0u_p7us

Source: Nobu Hospitality
Keywords: Hotels and Resorts Restaurants Retail Travel Corporate Expansion