omniture

Pasaran runcit Malaysia menunjukkan peningkatan 100% dalam e-pengambilan pekerja: Monster Employment Index

Monster.com
2022-05-26 10:00 76
  • Pengambilan pekerja secara keseluruhan telah meningkat sebanyak 25 peratus berdasarkan tahun ke tahun 
  • Sektor Runcit diikuti oleh BFSI (meningkat 35 peratus) dan Hospitaliti (meningkat 31 peratus) 

BENGALURU, India, 26 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Malaysia mencatatkan kadar pertumbuhan tahun ke tahun yang kukuh sebanyak 25% dalam aktiviti e-pengambilan pekerja pada bulan April 2022 berbanding bulan yang sama setahun yang lalu apabila negara tersebut melonggarkan sekatan perjalanan dan membuka sempadan, menurut Monster Employment Index (MEI). Walaupun permintaan terhadap pengambilan pekerja kekal terhenti dari bulan ke bulan, namun terdapat peningkatan sebanyak 15% dalam aktiviti pengambilan pekerja sepanjang enam bulan yang lalu.

Sektor peruncitan mencatatkan pertumbuhan 100% yang menakjubkan dalam aktiviti pengambilan pekerja tahun ke tahun berikutan pendigitan yang pesat dalam sektor ini. Kerajaan turut memainkan peranan penting dalam pemulihan semula aktiviti ekonomi dengan memudahkan perjalanan industri logistik dan rantaian bekalan yang lancar. Sektor BFSI turut menunjukkan prestasi yang baik (meningkat 35 peratus) dengan peningkatan penerimagunaan teknologi dan kemasukan beberapa peneraju baharu dalam sektor tersebut. Sektor seperti hospitaliti juga menunjukkan keluk menaik (meningkat 31 peratus) dengan pembukaan sempadan darat dan udara apabila negara tersebut secara perlahan-lahan bebas daripada pandemik Covid-19.

Mengulas tentang trend pekerjaan pada bulan April 2022, Sekhar Garisa, Ketua Pegawai Eksekutif Monster.com - APAC & Negara-negara Teluk berkata"Dengan pembukaan sempadan serta pelancaran vaksin yang pantas, Malaysia sedang menuju ke arah pemulihan ekonomi pasca Covid sepenuhnya. Kerajaan telah menjalankan usaha besar-besaran dalam memastikan pemulihan aktiviti ekonomi di pelbagai sektor dan dengan penerimagunaan yang pesat dalam pendigitan, trend ini dijangka akan berterusan. Malah sesetengah trend menurun sedia ada mungkin berkurangan kerana perniagaan yang dirangsang oleh permintaan pasaran akan mendorong lebih banyak peluang pekerjaan di seluruh negara." 

Sektor-sektor lain yang menunjukkan pertumbuhan menggalakkan pada bulan April adalah IT, Telekomunikasi/ISP, BPO/ITeS (meningkat 27 peratus) diikuti oleh Logistik, Kurier/ Muatan/ Pengangkutan, Perkapalan/ Marin (meningkat 23 peratus), Pengiklanan, Penyelidikan Pasaran, Perhubungan Awam, Media dan Hiburan (meningkat 12 peratus), Kejuruteraan, Pembinaan dan Hartanah (meningkat 10 peratus) serta industri Pengeluaran/Pembuatan, Automotif dan Sampingan (meningkat 5 peratus).

Pertumbuhan pengambilan pekerja di Malaysia bertambah kukuh pada bulan April, apabila 8 daripada 9 profil pekerjaan yang dipantau oleh Indeks ini mencatatkan peningkatan permintaan tahunan dengan sektor Perisian, Perkakasan dan Telekomunikasi (meningkat 69 peratus) menerajui trend ini berikutan peningkatan penembusan pendigitan di seluruh sektor.

Monster Employment Index ialah analisis iklan peluang pekerjaan dalam talian bulanan yang luas yang dijalankan oleh Monster India. Berdasarkan semakan masa nyata ke atas berjuta-juta peluang pekerjaan majikan yang didapati daripada pilihan saluran kerjaya dalam talian yang besar dan terkenal, Monster Employment Index membentangkan gambaran aktiviti pengambilan kerja dalam talian oleh majikan di seluruh negara. 

Tempoh laporan  

Tempoh yang dipertimbangkan untuk data MEI ialah dari 1 hingga 30 April 2022. 

Tentang Monster APAC & Timur Tengah

Monster (sebuah Syarikat Quess), sumber kerjaya dan pengambilan kerja dalam talian yang terkemuka berserta teknologinya yang canggih, menyediakan profil yang berkaitan kepada majikan di samping menyediakan pekerjaan kepada pencari kerja di pelbagai vertikal industri, tahap pengalaman dan lokasi geografi. Lebih 200 juta orang telah mendaftar pada rangkaian Monster Worldwide di seluruh dunia. Hari ini, dengan operasi di lebih 40 buah negara, Monster menyediakan keupayaan pencarian pekerjaan, pengurusan kerjaya, pengambilan dan pengurusan bakat yang paling luas dan canggih di seluruh dunia. 

Monster meneruskan usaha rintisnya dalam mengubah industri pengambilan pekerja dengan teknologi canggih menggunakan penyelesaian digital, sosial dan mudah alih serta pelbagai produk dan perkhidmatan pintar. 

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Monster di APAC & Negara-negara Teluk, sila layari: www.monsterindia.com | www.monstergulf.com | www.monster.com.sg | www.monster.com.my | www.monster.com.ph | www.monster.com.hk 

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1820044/Monster_Logo.jpg?p=medium600

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1820045/Quess_Logo.jpg?p=medium600

Source: Monster.com
Keywords: Workforce Management/Human Resources Economic news, trends, analysis Survey, Polls & Research