omniture

Juara Wimbledon dua kali Petra Kvitova ialah wajah baru Flashscore - rangkaian No.1 global dalam skor langsung

Flashscore
2022-05-26 11:00 78

Flashscore membawakan skor langsung dari lebih daripada 35 sukan dan lebih daripada 6,200 pertandingan kepada peminat-peminat Malaysia

PRAGUE, 26 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Juara Wimbledon dua kali Petra Kvitova telah menjadi wajah baru kempen dalam talian global Flashscore dan TV yang akan dijalankan dalam puluhan pasaran serata dunia dan akan dilancarkan semasa Roland Garros, di mana Kvitova akan turut berada dalam gelanggang. Salah seorang pemain tenis paling berjaya dalam dekad yang lalu telah mengambil baton sebagai duta FlashScore daripada legenda penjaga gol Chelsea Petr Cech, yang telah mewakili jenama ini sejak 2019.

"Saya telah mengikuti sukan sejak kecil lagi dan ia menarik perhatian saya bahawa sukan yang paling banyak ditonton oleh pengguna Flashscore Malaysia ialah badminton. Tetapi Flashscore menawarkan banyak lagi sukan lain, termasuk tenis. Itu sebabnya saya percaya ia akan menarik lebih ramai peminat sukan tidak lama lagi," kata juara Wimbledon dua kali tersebut Petra Kvitova.

"Flashscore adalah satu-satunya apl dengan skor langsung di dunia di mana anda boleh mengikuti skor langsung dari lebih daripada 35 jenis sukan di satu tempat." kata Jan Hortik, CMO syarikat teknologi Livesport yang berpangkalan di Czech, yang berada di sebalik rangkain Flashscore, dan sambung beliau: "Perlawanan yang paling banyak ditontoni pada 2021 di Flashscore di Malaysia ialah perlawanan beregu badminton Gideon Marcus Fernaldi/Sukamuljo Kevin Sanjaya - Chia Aaron/Soh Wooi Yik. Secara umumnya, rakyat Malaysia paling meminati sukan badminton, bola sepak dan tenis. Kami percaya bahawa Flashscore mampu menimbulkan minat terhadap sukan lain di kalangan peminat Malaysia."

Iklan TV

Lapangan terbang (0:20)
https://youtu.be/o9Vg_go4NwE 
Pertunjukan fesyen (0:20)
https://youtu.be/3Po5kUoqYA8
Video "Disebalik tabir" (2:35) 
https://youtu.be/mY7tz51FbV4 
Galeri foto 
https://flashsco.re/petra_kvitova_flashscore_campaign

Mengenai Flashscore 
Rangkaian Flashscore telah ditubuhkan pada 2006 oleh Livesport, satu syarikat teknologi dari Czech. Pada asalnya ia hanya merupakan satu projek tempatan yang kecil, Flashscore telah berkembang pantas dan akhirnya menjadi peneraju global dalam skor langsung masa nyata, statistik, dan kemas kini segera sukan lain daripada hampir 40 sukan. Flashscore kini meliputi lebih daripada 6,200 pertandingan dari serata dunia, dan membawa semua detik penting dari lebih daripada 700,000 acara sukan setiap tahun. Rangkaian Flashscore telah mencatat rekod pada 2021 apabila jumlah peminat sukan yang melawat laman web serta apl Flashscore mencatat 100 juta sebulan dan muat turun apl turut melebihi 100,000,000. Di Malaysia, laman web dan apl mudah alih Flashscore dikunjungi oleh lebih kurang 250 ribu pengguna sebulan dan puluhan ribu peminat sukan telah memuat turun apl kami di telefon mudah alih mereka.

Source: Flashscore
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Sporting Events Sports Telecommunications