![]() |
Subex disenaraikan sebagai Wakil Vendor dalam laporan tersebut
BENGALURU, India, 26 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Subex, sebuah syarikat perintis dalam bidang Kepercayaan Digital telah disenaraikan dalam Panduan Pasaran untuk Platform Pembelajaran Mesin dan Sains Data Pelbagai Personaliti (DSML) Gartner® 2022. Melalui HyperSense, Subex telah disenaraikan sebagai Wakil Vendor dalam laporan tersebut.
Menurut Panduan Pasaran untuk Platform Pembelajaran Mesin dan Sains Data Pelbagai Personaliti ini, "Sains data dan pembelajaran mesin berkembang pesat dengan trend utama seperti pembesaran dan pendemokrasian. Bagi menyokong kepelbagaian keperluan kumpulan teknikal dan bukan teknikal, pemimpin data dan analitik mesti menggunakan platform DSML pelbagai personaliti.
"Kami percaya bahawa ia adalah menggalakkan apabila diiktiraf oleh Gartner dalam Panduan Pasaran untuk Platform Pembelajaran Mesin dan Sains Data Pelbagai Personaliti ini. AI HyperSense telah dikonsepsikan dengan sebuah objektif untuk mendemokrasikan penggunaan Kecerdasan Buatan dalam perusahaan yang bermula dengan ekosistem telekomunikasi. Ia membantu perusahaan memanfaatkan AI di seluruh rantaian nilai data mereka melalui gabungan MLOps, AutoML dan AI tanpa kod," ujar Rohit Maheshwari, Ketua Strategi dan Produk Subex.
Pengiktirafan daripada laporan ini diberikan selepas Subex dinobatkan sebagai wakil vendor dalam Panduan Pasaran tentang AI dalam Operasi Perniagaan dan Pelanggan CSP Gartner 2022 yang diperoleh melalui HyperSense.
Sumber: Gartner, Market Guide for Multipersona Data Science and Machine Learning Platforms, Pieter den Hamer, Carlie Idoine, Erick Brethenoux, Peter Krensky, Afraz Jaffri, Shubhangi Vashisth, Farhan Choudhary, Sumit Agarwal, Alexander Linden, 2 Mei 2022 Gartner, "Market Guide for AI in CSP Customer and Business Operations", Pulkit Pandey, Amresh Nandan, 25 April 2022
GARTNER ialah tanda dagangan dan tanda perkhidmatan berdaftar bagi Gartner Inc. dan/atau sekutunya di A.S. dan di peringkat antarabangsa serta digunakan dalam siaran ini dengan kebenaran. Hak cipta terpelihara.
Gartner tidak mengesahkan mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang digambarkan dalam penerbitan penyelidikannya dan tidak mencadangkan pengguna teknologi untuk memilih hanya vendor dengan penilaian tertinggi atau anugerah lain. Penerbitan penyelidikan Gartner terdiri daripada pendapat organisasi penyelidikan Gartner dan tidak boleh dianggap sebagai pernyataan fakta. Gartner menafikan semua jaminan yang tersurat atau tersirat, berkenaan dengan penyelidikan ini, termasuk sebarang jaminan kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu.
Tentang Subex
Subex ialah sebuah syarikat perintis yang mendayakan Kepercayaan Digital untuk perniagaan di seluruh dunia.
Ditubuhkan pada tahun 1994, Subex membantu pelanggannya memaksimumkan pendapatan dan keuntungan mereka. Dengan legasi perkhidmatan di pasaran yang menyediakan penyelesaian bertaraf dunia bagi mengoptimumkan dan menganalisis perniagaan, Subex kini menerajui bidang ini dengan mendayakan Kepercayaan Digital serba boleh dalam ekosistem perniagaan para pelanggannya. Melalui tumpuan terhadap pengurangan risiko, keselamatan, kebolehramalan dan kecerdasan, Subex membantu perniagaan menerapkan perubahan dan berjaya dalam mewujudkan dunia digital yang selamat untuk para pelanggan mereka dengan keyakinan.
Melalui HyperSense iaitu sebuah platform Penyepaduan AI yang serba lengkap, Subex memperkasakan penyedia perkhidmatan komunikasi dan pelanggan perusahaan untuk membuat keputusan yang lebih pantas dan lebih baik dengan memanfaatkan analisis Kecerdasan Buatan (AI) di seluruh rantaian nilai data. Penyelesaian ini membolehkan pengguna yang tidak mempunyai pengetahuan pengekodan untuk mengagregat data dengan mudah daripada sumber yang terpisah, mengubah data kepada pemahaman dengan membina, mentafsir dan menalakan model AI dan berkongsi penemuan ke seluruh organisasi secara mudah, semuanya pada platform tanpa kod.
Subex juga menawarkan Perkhidmatan Terurus dan Rundingan Perniagaan boleh diskala. Subex mempunyai lebih 300 pemasangan di lebih 90 buah negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.subex.com.
Hubungan:
Sandeep Banga
+91 080 6659 4157
Sandeep.banga@subex.com
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1822606/Subex_Logo.jpg?p=medium600