![]() |
Corona membiayai misi yang diilhamkan oleh alam semula jadi untuk menghubungkan semula orang ramai dengan aktiviti luar
LONDON, 26 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Pada hari ini, Corona yang merupakan sebuah jenama global AB InBev, meraikan musim kedua siri kandungan asalnya yang memenangi anugerah bertajuk Free Range Humans: Nature Is Calling yang kini sedang distrimkan di saluran YouTube Corona.
Dalam tempoh 200 tahun yang lalu, penduduk bandar di seluruh dunia telah meningkat daripada 2 peratus kepada 50 peratus* (Biro Rujukan Penduduk, 2004). Contoh yang paling ketara tentang peralihan ke arah urbanisasi ini ialah bandar raya mega yang menempatkan lebih 10 juta penduduk bandar yang menghabiskan lebih 90 peratus daripada kehidupan mereka di dalam rumah yang mengakibatkan terputusnya hubungan yang mendalam dengan alam semula jadi. Pandemik telah memburukkan lagi masalah tersebut.
"Orang ramai amat mendambakan hubungan dengan alam semula jadi, tetapi kita dihadkan oleh rutin harian dan kehidupan bandar," ujar Felipe Ambra, Naib Presiden Global Corona. "Free Range Humans merupakan suatu sambutan yang menggembirakan bagi orang ramai yang berhubung semula dengan alam semula jadi. Untuk merealisasikannya, kami akan mewujudkan oasis masa terhad untuk penduduk bandar merasai bagaimana hubungan dengan alam semula jadi yang walaupun hanya beberapa minit mampu memberi kesan positif kepada kesejahteraan fizikal dan mental mereka."
Corona Studios, sebuah syarikat kandungan global dinamik yang mengendalikan dan memasarkan Corona secara eksklusif di luar A.S., telah melancarkan Free Range Humans pada tahun 2019. Seperti jenama Corona, siri ini turut menghargai alam semula jadi dan pantai, malah musim pertama telah memperoleh lebih 100 juta tontonan di seluruh dunia.
Musim kedua menonjolkan enam episod baharu yang menampilkan individu dari seluruh dunia yang telah bebas daripada sekatan harian untuk berada lebih dekat dengan alam semula jadi dan telah berikrar untuk memanfaatkan seluruh kehidupan mereka bagi tujuan yang mereka ambil berat.
"Musim pertama adalah berdasarkan pemahaman bahawa orang ramai menghabiskan 90 peratus daripada kehidupan mereka di dalam rumah.** Tetapi hanya sebahagian daripada kita yang mengikut gerak hati untuk meninggalkan pekerjaan atas meja kita demi mencari makna di luar," kata Nick Sonderup daripada rakan kreatif Corona, Pereira O'Dell. "Musim kedua menyusuri perjalanan enam orang individu yang membuat keputusan untuk meneroka aktiviti luar dan mencari matlamat yang lebih bermakna."
Barisan pelakon Free Range Humans musim kedua termasuk:
Bagi meraikan musim kedua Free Range Humans, Corona akan membantu para pengguna berhubung semula dengan alam semula jadi dengan memperkenalkan pemasangan alam semula jadi yang dinamik di kawasan bandar yang padat yang terletak di seluruh dunia. Oasis bandar yang mengasyikkan ini akan menjemput orang ramai untuk menjawab panggilan alam semula jadi dengan mengikuti penanda tapak menuju ke oasis semula jadi yang mempesonakan di mana mereka akan dijemput untuk berhenti sejenak.
Individu yang memperoleh inspirasi daripada kisah barisan pelakon rancangan ini adalah digalakkan untuk memohon Dana Free Range Corona. Dana Free Range akan menganugerahkan tujuh geran bernilai $10,000 untuk dijadikan sebagai wang permulaan kepada para penerimanya untuk memulakan langkah dan menjawab panggilan alam semula jadi yang unik. Dana ini akan menerima permohonan di pasaran terpilih yang bermula di Afrika Selatan pada 25 Mei, dengan seorang pemenang bagi setiap pasaran.
Free Range Humans , pada asalnya telah diilhamkan oleh Wieden+Kennedy Amsterdam dan dibangunkan sebagai sebuah platform hiburan global oleh Pereira O'Dell serta diterbitkan oleh Monsters Children. Sebagai sebahagian daripada sambutan global Corona bagi musim kedua ini, para penonton boleh menonton panel barisan pelakon terpilih secara maya dan langsung pada hari Rabu, 25 Mei 2022 di saluran YouTube Corona.
*Biro Rujukan Penduduk. (23 April 2004). Urbanization: An Environmental Source to be Reckoned With. Diperoleh daripada https://www.prb.org/resources/urbanization-an-environmental-force-to-be-reckoned-with/
Tentang Corona Global
Diasaskan di Mexico, Corona merupakan jenama bir terkemuka di negara ini iaitu bir Mexico yang paling popular di seluruh dunia dan dieksport ke lebih 180 buah negara. Corona Extra pertama kali dibuat pada tahun 1925 di Cervecería Modelo, Bandar Raya Mexico. Corona merupakan perintis dalam industri bir sebagai syarikat pertama yang menggunakan botol lutsinar, memaparkan ketulenan dan kualitinya yang tinggi ke seluruh dunia. Karya seni yang terdapat pada botol ini dicat untuk menyerlahkan komitmen kami terhadap kualiti pembungkusan serta warisan Mexico kami. Corona tidak lengkap tanpa adanya limau. Menambahkan ciri semula jadi, perisa dan kesegaran, limau merupakan ritual yang penting dalam menyampaikan pengalaman yang benar-benar unik bagi Corona. Jenama ini bersinonim dengan pantai dan menghargai detik-detik berada di luar rumah. Ia mengalu-alukan orang ramai untuk berhenti sejenak, berehat dan menikmati keseronokan hidup yang sederhana.
Corona mempunyai komitmen yang berterusan terhadap mengurangkan penggunaan plastik. Sejak kerjasamanya dengan Parley for the Oceans pada tahun 2017, ia telah melangkaui misinya untuk melindungi 100 buah pulau sebelum tahun 2020 dan terus menjalankan usaha pembersihan global secara konsisten. |
Tentang Anheuser-Busch InBev
Anheuser-Busch InBev ialah sebuah syarikat yang didagangkan secara awam (Euronext: ABI) yang berpangkalan di Leuven, Belgium dengan penyenaraian sekunder di Mexico (MEXBOL: ANB) dan Bursa Saham Afrika Selatan (JSE: ANJH) serta dengan Resit Depositari Amerika pada Bursa Saham New York (NYSE: NID). Sebagai sebuah syarikat, kami mempunyai impian yang besar untuk mewujudkan masa depan dengan lebih banyak kegembiraan. Kami sentiasa berusaha untuk mencari cara baharu memenuhi detik-detik kehidupan, memajukan industri kami dan memberi kesan yang bermakna kepada dunia. Kami komited untuk membina jenama yang hebat dan bertahan dalam jangka masa yang panjang serta membuat bir terbaik menggunakan bahan terbaik. Kepelbagaian portfolio kami merangkumi lebih 500 jenama bir termasuk jenama global Budweiser®, Corona® dan Stella Artois®; jenama pelbagai negara Beck's®, Hoegaarden®, Leffe® dan Michelob ULTRA®; dan jenama terkemuka tempatan seperti Aguila®, Antarctica®, Bud Light®, Brahma®, Cass®, Castle®, Castle Lite®, Cristal®, Harbin®, Jupiler®, Modelo Especial®, Quilmes®, Victoria®, Sedrin® dan Skol®. Tradisi pembuatan bir kami bermula sejak lebih 600 tahun dahulu merentasi benua dan generasi. Daripada asal-usul kami di Eropah iaitu kilang pembuatan bir Den Hoorn di Leuven, Belgium. Kepada kilang pembuatan bir rintis Anheuser & Co di St. Louis, A.S. Kepada pembinaan Castle Brewery di Afrika Selatan semasa gerakan pencarian emas besar-besaran di Johannesburg. Kepada Bohemia, kilang pembuatan bir pertama di Brazil. Dengan kepelbagaian geografi serta pendedahan yang seimbang kepada pasaran maju dan membangun, kami memanfaatkan kekuatan kolektif kira-kira 169,000 orang pekerja yang berpangkalan di hampir 50 buah negara di seluruh dunia. Untuk tahun 2021, AB InBev melaporkan pendapatan bernilai USD54.3 bilion (tidak termasuk usaha sama dan ahli bersekutu). |
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1824181/Nature_Is_Calling.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1824180/Corona_Free_Range_Humans_Logo.jpg?p=medium600