omniture

OLON MENGUMUMKAN PEMBENTUKAN PUSAT PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN UTAMA DI ITALI YANG AKAN MENGHASILKAN MODEL R&D GLOBAL YANG INOVATIF

Olon
2022-05-26 19:00 70

MILAN, 26 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Olon, pembekal Bahan Farmaseutikal Aktif (API) Terkemuka mengumumkan penciptaan hab R&D di pusatnya di Milan, tempat terletaknya ibu pejabat Kumpulan itu, dalam usaha membuka laluan untuk pengembangan dan pempelbagaian utama dalam kepakarannya yang diguna pakai untuk pembangunan API bagi pasaran organisasi pembangunan dan pembuatan kontrak (CDMO) dan Generik. Dengan pelaburan bernilai €10 juta, Kumpulan dari Itali itu telah mengumumkan pembentukan sebuah kawasan besar yang dikhususkan sepenuhnya untuk makmal penyelidikan yang akan digunakan untuk membangunkan API (bahan farmaseutikal aktif), proses pembuatan, sekaligus membentuk sebuah hab penyelidikan pusat yang diintegrasikan dengan 7 pusat penyelidikan Olon sedia ada yang akan menghasilkan model rangkaian R&D global yang inovatif dengan melibatkan kepakaran dan pengetahuan di peringkat yang tinggi dalam proses tertentu, disatukan dalam 11 buah kilang Olon di seluruh dunia, yang akan disambungkan dan digunakan secara meluas di seluruh rangkaian pembuatan Kumpulan. Pelaburan utama ini melibatkan pembinaan makmal yang luas, sebahagiannya akan tertumpu kepada memajukan pembangunan teknologi baharu yang sangat lestari, termasuk biokatalisis dan fotokimia. Ia juga akan menyokong pertumbuhan yang signifikan dalam pasukan R&D, melibatkan sehingga 50 orang penyelidik baharu yang diambil bekerja, menjadikan jumlah pekerja yang ditugaskan untuk melakukan aktiviti penyelidikan adalah kira-kira 350 orang.

Hab penyelidikan dan pembangunan antarabangsa ini akan meliputi kawasan yang luas dalam lokasinya di Milan, menjadikannya salah satu yang terbesar dalam rangkaian Kumpulan itu dan telah pun menjadi tempat yang sangat strategik dari segi kepakaran dalam proses pembuatan canggih sebagai teknologi pembendungan yang tinggi.

Hab baharu ini mewakili pertumbuhan dari segi para pekerja, kepakaran dan kemahiran, dengan objektif strategik untuk meningkatkan pengetahuan dalaman. Berdasarkan sistem data bersepadu, pengetahuan ini akan membolehkan syarikat meningkatkan produk dengan lebih cepat dan untuk mencapai pemindahan teknologi yang sangat fleksibel dan boleh dipercayai dari satu tapak ke tapak yang lain. Ia juga akan memudahkan pembangunan molekul baharu dan kaedah sintesis yang inovatif serta membantu syarikat mencapai piawaian keselamatan proses yang lebih kompetitif, sekali gus meningkatkan keselamatan kilang, kualiti produk yang berterusan dan memastikan kesinambungan perniagaan.

Pusat ini akan menempatkan bahagian yang berbeza, setiap satu dikhususkan untuk bidang penggunaan tertentu. Hab ini akan merangkumi sebuah makmal untuk keselamatan proses dan penyelidikan ke dalam proses penskalaan dan pemindahan. Ia juga akan mempunyai bahagian R&D analitik yang akan memperluas kepakaran untuk pembangunan kaedah sintesis baharu dan API baharu dari fasa awal.

www.olonspa.com

 

 

Source: Olon
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Corporate Expansion