LONDON, 26 Mei 2022 /PRNewswire/ -- 10x Banking (10x), firma teknologi kewangan yang membawa pembaharuan kepada sektor perbankan teras, hari ini mengumumkan bahawa ia akan meningkatkan kerjasamanya dengan Westpac untuk melancarkan sebuah platform perbankan transaksi yang terkemuka di pasaran bagi pelanggan institusi bank.
10x Banking semakin kukuh dengan memiliki pelanggan di tiga benua termasuk kejayaan pelancaran tawaran Perbankan sebagai Perkhidmatan (BaaS) Westpac pada tahun lalu. Langkah untuk menyokong perniagaan perbankan transaksi Westpac tersebut merupakan langkah yang sangat penting dalam rancangan pertumbuhan strategik 10x sambil turut menekankan keyakinan pelanggan kami terhadap keupayaan platform kami dalam menyokong cita-cita mereka.
Antony Jenkins CBE, Pengasas merangkap Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif 10x Banking mengulas, "Industri perbankan sedang mengalami perubahan radikal dan Westpac memainkan peranan utama dalam transformasi yang dilaksanakannya. Menggunakan teknologi kami bagi menyokong platform baharu ini merupakan langkah seterusnya yang logik dalam usahanya untuk menuju teknologi natif awan.
Di 10x, kami telah membangunkan teknologi yang saya sentiasa impikan semasa saya mengendalikan perniagaan dalam sektor perbankan. Kami teruja untuk memperluas kerjasama kami dengan Westpac."
Jeff Byrne, Pengarah Urusan Perkhidmatan Transaksi Global Westpac Institutional Bank mengulas, "Para pelanggan kami sedang menjalankan transformasi digital dan mencari cara untuk menggunakan data bagi meningkatkan modal kerja. Kami ingin memperkasakan mereka dengan memaksimumkan akses kepada data masa nyata merentasi pelbagai struktur pengurusan tunai yang canggih."
Untuk maklumat lanjut:
Gary Webb – Pengurus Perhubungan Awam
10x Banking
E-mel: hello@10xbanking.com