omniture

CAMX Power LLC Mengumumkan Pemindahan Lesen Katod GEMX® daripada Johnson Matthey kepada EV Metals Group

CAMX Power
2022-05-27 13:37 113

LEXINGTON, Massachusetts, 27 Mei 2022 /PRNewswire/ -- CAMX Power LLC (CAMX) mengumumkan bahawa ia telah memberi kebenaran kepada Johnson Matthey Plc (JM) untuk memindahkan lesen katod GEMX® dan CAM-7® miliknya kepada EV Metals Group Plc (EVM). JM sebelum ini telah memperoleh lesen tersebut daripada CAMX dan menggunakannya dalam perniagaan katodnya. JM telah menjadikan lesen itu sebagai sebahagian daripada penjualan perniagaan katodnya kepada EVM.

"Apabila JM mengumumkan pengundurannya daripada sektor ini pada bulan November 2021, CAMX dimaklumkan bahawa keputusan tersebut adalah berdasarkan pertimbangan strategik dan kewangan JM serta tindak balas yang positif telah ditunjukkan oleh pasaran terhadap tawaran katod eLNO®.  Siaran akhbar JM pada hari ini mengesahkan perkara ini yang mana turut disokong oleh berita pengekalan kepentingan ekuiti JM terhadap EV Metals https://www.evmetalsgroup.com dan juga pemautan eLNO kepada platform GEMX dan CAM-7" kata Dr. Kenan Sahin, Pengasas/Presiden CAMX.

Johnson Matthey mengumumkan penjualan Bahan Bateri - matthey.com yang sebahagiannya menyatakan:

"Penjualan ini juga merangkumi teknologi eLNO® Johnson Matthey yang disokong oleh platform katod GEMX® dan CAM-7® yang dilesenkan oleh syarikat tersebut daripada CAMX. EV Metals Group akan terus membangunkan eLNO berdasarkan kepada kejayaan program ujian pelanggan yang telah dijalankan oleh Johnson Matthey."

Beliau menyambung, "Memandangkan katod menelan hampir 50% daripada kos sel ion Litium dengan separuh daripadanya adalah untuk bahan logam serta memandangkan EV Metals sudah menjalankan operasi dan mempunyai akses kepada logam bateri utama termasuk Litium, ia berada pada kedudukan yang ideal untuk menjadi pembekal utama yang kompetitif bagi bahan katod terbaik seperti eLNO di dalam pasaran Eropah yang mana permintaannya sangat tinggi oleh kerana Pengeluar Peralatan Asal (OEM) utama yang kini telah menerima EV sepenuhnya."

CAMX telah memperluas platform katod GEMX miliknya berdasarkan penciptaan kejuruteraan sempadan bijian yang dipatenkan secara global kepada bahan kimia tinggi Nikel yang popular yang meningkatkan prestasi sambil mengurangkan kandungan Kobalt. Pasukan CAMX telah mencipta produk katod khusus yang lengkap dengan formulasi pelopor yang telah dijenamakan dan merangkumi gNMC™, gNMCA™, gNCA™. Dengan lesen GEMX itu, logam EV Metals kini memperoleh akses segera kepada semua keluarga produk ini berdasarkan platform GEMX. 

"Perniagaan pCAM (pelopor untuk Bahan Aktif Katod) EV Metals yang menggerakkan Nikel dan Litium ke hiliran, menyelesaikan ketersediaan pelopor sebagai titik kesesakan dalam rantaian bekalan. Sebagai pembekal logam-ke-pCAM-ke-CAM yang unik dan dengan sumber kewangannya yang kukuh, EV Metals sudah bersedia untuk menyiapkan dan mengembangkan kilang katod yang telah diperoleh daripada JM dengan pantas dan menjadi pengeluar katod utama yang kompetitif dari segi kos dalam masa yang singkat," kata Sahin yang memberi pendapat.

Samsung SDI dan yang terbaharu, LG Energy Solution merupakan pemegang lain bagi lesen platform GEMX dan telah pun memasukkan katod terbitan GEMX dalam beberapa bateri yang mereka hasilkan. Kedua-dua syarikat ini menyumbang kepada 30% daripada jualan LIB global. 

Sahin menyimpulkan, "Adalah dijangkakan bahawa EV Metals dan CAMX akan bekerjasama dengan rapat yang merupakan matlamat CAMX untuk berbuat demikian dengan semua pemegang lesennya sebagai sebahagian daripada model pembangunan dan pemindahan teknologinya. Jangkaan kami ialah ahli utama pasukan pengurusan perniagaan katod JM juga akan beralih ke EV Metals lalu menjadikan peralihan daripada JM kepada EV Metals lebih mudah dan kerjasama dengan CAMX lebih berkesan. Kami telah bekerjasama dengan pasukan JM selama bertahun-tahun dan tidak dapat dinafikan lagi bahawa dengan penambahan mereka kepada pasukan EV Metals, perniagaan katod EV Metals akan menjadi pembekal global utama dengan pantas."

CAMX mengekalkan kemudahan pembangunan dan penskalaan yang setanding di Massachusetts termasuk sebuah kilang rintis katod dan kemudahan pembuatan sel untuk menilai formulasi katod yang berbeza dengan cepat dalam sel bateri yang sebenar bersama-sama dengan komponen lain seperti anod untuk kesesuaian optimum. Semua ini akan melengkapkan aktiviti dan kemudahan EV Metals.

Tentang CAMX Power 
CAMX Power, sebuah syarikat reka bentuk dan bahan bateri ion litium utama di A.S., mematangkan teknologi yang berpotensi dalam domain sasaran untuk dinyahrisiko, dilindungi Protokol Internet (IP) dan diskalakan; kemudian melesenkannya dengan pemindahan teknologi yang mendalam kepada rakan kongsi pembuatan yang besar. Tawaran utamanya yang dibangunkan selama beberapa dekad, merupakan platform katod GEMX® yang dipatenkan secara global yang menambah baik semua katod berasaskan nikel dan mengurangkan kandungan kobalt sekali gus meningkatkan produk storan tenaga mobiliti elektro (emobility™) dan kemudahalihan elektro (eportability™) dengan ketara oleh syarikat pembuat sel dan bahan. Samsung SDI dan LG Energy Solution merupakan antara pemegang lesen GEMX yang lain.

Untuk maklumat lanjut: www.camxpower.com

Tentang Dr. Kenan E. Sahin 
Dr. Kenan E. Sahin merupakan Pengasas/Presiden CAMX serta Pengasas/Pengerusi TIAX LLC, di mana beliau melancarkan CAMX pada tahun 2014. Sebelum ini, beliau telah mengasaskan Kenan Systems yang telah berkembang kepada 1,000 orang kakitangan di enam buah negara dengan tawaran utamanya iaitu Arbor/BP sebagai platform pengebilan telekomunikasi. Pada tahun 1999, beliau telah menjual Kenan Systems kepada Lucent/Bell Labs dan berkhidmat sebagai Naib Presiden Teknologi Bell Labs. Lucent menamakan semula Arbor/BP sebagai Kenan/BP yang kemudiannya dijual. Kenan/BP (yang pada asalnya berasaskan Kecerdasan Buatan dan Data Raya) kini memproses lebih satu bilion pelanggan telekomunikasi di seluruh dunia yang merupakan jumlah terbesar seumpamanya setakat ini. Dr. Sahin telah mengasaskan dan mengembangkan ketiga-tiga syarikat ini dengan dana beliau sendiri.

Beliau merupakan ahli emeritus seumur hidup Ahli Lembaga Pengarah MIT, bekas Ahli Lembaga Pengarah Makmal Kebangsaan Argonne dan berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengarah organisasi bukan berkeuntungan yang lain seperti Boston Symphony Orchestra. Beliau merupakan seorang ahli akademik MIT, Harvard dan Universiti Massachusetts di Amherst. Segala ciptaan, paten, penerbitan dan sumbangan beliau meliputi pelbagai bidang.  Beliau merupakan penerima pingat Ellis Island yang diiktiraf kongres, anugerah Perintis Teknologi Forum Ekonomi Dunia dan anugerah lain. Beliau mempunyai ijazah Sarjana Muda Sains dan Doktor Falsafah dari MIT. https://en.wikipedia.org/wiki/Kenan_Sahin?wprov=sfti1

Pertanyaan media
Terry Lundstrom 
Lundstrom.Terry@camxpower.com 
+1 978 484 5000

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/779998/CAMX_Power_Logo.jpg?p=medium600 

 

Source: CAMX Power
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Mining/Metals Licensing/marketing agreements