![]() |
Kumpulan syarikat farmaseutikal yang beroperasi di 140 buah negara di dunia ini bermatlamat untuk meningkatkan standard penjagaan kesihatan pesakit di seluruh rantau Timur Tengah dan Afrika (MEA) dengan produk yang inovatif dan penyelidikan rintis
DUBAI, UAE, 27 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Menarini, sebuah kumpulan syarikat farmaseutikal Itali terkemuka yang ditubuhkan pada tahun 1886, hari ini membuka ibu pejabat serantaunya di Dubai Science Park sebagai sebahagian daripada matlamatnya untuk memperluas kehadiran ke rantau Timur Tengah dan Afrika (MEA). Dengan pengkhususan dalam bidang penyelidikan dan pengeluaran farmaseutikal, penjagaan kesihatan pengguna, onkologi dan diagnostik, Kumpulan ini membuka pejabat serantau baharunya, Menarini Timur Tengah dan Afrika di Dubai kerana ia berfungsi sebagai lokasi hab yang ideal untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan pesakit di rantau ini serta menjalinkan hubungan penting dengan pihak berkepentingan utama dalam industri.
Perasmian ini menyaksikan penyertaan individu berpengaruh dan ternama dalam penjagaan kesihatan khususnya, T.Y.T Dr. Amin Hussain Al Amiri, Pembantu Setiausaha Rendah Pelesenan dan Dasar Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan dan Pencegahan UAE; T.Y.T Nicola Lener, Duta Itali ke UAE, serta eksekutif tertinggi daripada pasukan global Menarini iaitu Dr. Luca Lastrucci, Pengurus Besar Kumpulan, Dr. Ugur Bingol, Presiden META dan Dr. Basel Thaher, Ketua Serantau Timur Tengah merangkap Pengurus Besar MEA.
Elcin Barker Ergun, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Ahli Lembaga Pengarah Menarini Group berkata: "Hari ini menandakan detik bersejarah bagi kami apabila kami membuka pejabat serantau kami di Dubai ini yang menjadi titik perubahan penting yang akan meningkatkan kehadiran dan portfolio kami secara signifikan di Timur Tengah. Sebagai sebuah syarikat milik keluarga yang berusia 135 tahun, kami berharap dapat memberikan perkhidmatan kepada lebih ramai pesakit di Timur Tengah pada tahun-tahun akan datang dengan komitmen kami yang teguh terhadap Kualiti."
Luca Lastrucci, Pengurus Besar Kumpulan Menarini mengulas: "Pelancaran ibu pejabat MEA kami di Dubai hari ini merupakan satu pencapaian penting bagi syarikat kami ketika kami mengembangkan pelaburan kami di rantau MEA. Kehadiran kami di dalam hab farmaseutikal terkemuka seperti Dubai akan mengukuhkan keupayaan Menarini dan meningkatkan akses pasaran dalam menyampaikan produk rintis bagi sektor penyakit kardiovaskular, gastrousus dan keradangan." Lastrucci menambah: "Kerajaan UAE telah menunjukkan sokongan yang tidak berbelah bagi terhadap pelaburan farmaseutikal ekonomi melalui infrastruktur komersialnya yang kukuh dan kemudahan yang mengagumkan. Kami melihat ini sebagai suatu langkah penting menuju ke arah yang betul bagi Menarini dan akan terus bekerjasama dengan kerajaan UAE untuk meningkatkan standard penjagaan kesihatan serta menyokong kesejahteraan komuniti di seluruh UAE dan wilayah lain.
Mengulas tentang pelancaran pejabat serantau baharu Menarini yang sejajar dengan Strategi Perindustrian Dubai 2030, Dr. Ali Al Sayed, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Farmaseutikal, Pihak Berkuasa Kesihatan Dubaiberkata: "Objektif strategi 2030 Dubai yang jelas ialah untuk menjadi sebuah hab global bagi perniagaan yang berfokuskan inovasi, kelestarian dan berdasarkan pengetahuan. Memandangkan Menarini merupakan sebuah syarikat berasaskan penyelidikan perubatan dengan sejarah yang panjang, ia akan menjadi penyumbang yang kuat kepada strategi berwawasan ini. Kami sama-sama berkongsi visi penjagaan kesihatan Dubai yang tinggi untuk menjadikan Dubai sebagai destinasi utama bagi pengetahuan, pendidikan dan latihan penjagaan kesihatan ."
Beroperasi di 140 buah negara dengan lebih 17,000 orang pekerja, ibu pejabat serantau Menarini yang baharu di Dubai ini akan dibimbing oleh nilai-nilai Menarini yang telah berakar-umbi dengan tumpuan terhadap pesakit, berpaksikan insan serta komited terhadap kualiti, integriti dan tanggungjawab. Pencapaian penting ini menjadi bukti misi Menarini yang berterusan dalam mengubati penyakit pada skala global serta mengutamakan kesihatan pesakit melebihi segala-galanya.
Tentang Menarini
Menarini Group ialah sebuah syarikat farmaseutikal dan diagnostik antarabangsa terkemuka, dengan perolehan bernilai lebih $4 bilion dan mempunyai lebih 17,000 orang pekerja. Menarini memberi tumpuan kepada bidang terapeutik berkeperluan tinggi yang belum dipenuhi dengan produk untuk kardiologi, onkologi, pneumologi, gastroenterologi, penyakit berjangkit, diabetologi, keradangan dan analgesia. Dengan 18 buah tapak pengeluaran serta 9 buah pusat Penyelidikan dan Pembangunan, produk Menarini boleh didapati di 140 buah negara di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.menarini.com.
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1826819/Menarini_1.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1826820/Menarini_2.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/652491/MENARINI_Group_Logo.jpg?p=medium600