omniture

DAMAC Properties yang berpangkalan di Dubai memasuki pasaran hartanah AS dengan kondominium Miami berjenama CAVALLI yang sangat mewah

DAMAC Properties
2022-05-28 23:48 526

 

  • DAMAC percaya Miami merupakan satu tempat semula jadi yang bersesuaian dengan kemewahan dan tarikan fesyennya
  • Pengumuman tersebut dibuat pada waktu pengembangan global yang pesat bagi pemaju yang berpangkalan di Dubai tersebut

DUBAI, UAE dan MIAMI, 28 Mei 2022 /PRNewswire/ -- DAMAC Properties yang berpangkalan di UAE telah mengumumkan bahawa ia telah memenangi bidaan bernilai USD120 juta untuk memperoleh tanah di kawasan kejiranan Miami yang mewah di Surfside. Pemaju yang berpangkalan di Dubai tersebut merancang untuk membina sebuah projek kondominium berjenama CAVALLI yang sangat mewah.

Mr. Hussain Sajwani
DAMAC_1

Hartanah di Collins Avenue tersebut menawarkan penduduk dengan jarak 200 kaki terus ke hadapan pantai dan akses ke South Beach dan Bal Harbour. Tanah seluas 1.8 ekar itu telah dijual kepada DAMAC dengan harga $120 juta melalui proses mahkamah.

Mengulas tentang pembelian tersebut, Pengerusi merangkap Pengasas DAMAC, Hussain Sajwani berkata: "DAMAC Properties sudah lama mengintai peluang pembangunan di Miami. Kami melihat bandar yang terkenal sebagai pusat kemewahan dan fesyen tersebut sebagai satu tempat semula jadi yang sesuai untuk Syarikat kami yang mempunyai reputasi kukuh bagi tawaran mewah berjenamanya."

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Surfside telah menjadi tempat tumpuan untuk pembangunan kondominium yang sangat mewah, termasuk Four Seasons Private Residences, Fendi Chateau Residences dan bangunan Arte Surfside.

Bandar tersebut juga mempunyai koleksi hotel mewah, termasuk Four Seasons, St. Regis Bal Harbour serta Ritz-Carlton Bal Harbour dan kawasan beli-belah utamanya, Bal Harbour Shops, yang terkenal di seluruh Miami sebagai sebuah destinasi membeli-belah mewah.

DAMAC Properties yang terkenal dengan tawaran hartanah mewahnya di peringkat serantau dan global sedang mengembangkan jejak globalnya dengan pantas, contohnya seperti projek utamanya di Eropah — DAMAC Towers Nine Elms di daerah Zon 1 yang berprestij di London dengan hiasan dalaman Versace.

Projek Surfside ini akan menjadi projek pertama DAMAC di Amerika Syarikat.

Kejayaan Syarikat yang konsisten selama bertahun-tahun serta faktor yang melibatkan prestasi dan ramalan ekonomi yang cemerlang di Dubai baru-baru ini telah mendorongnya untuk mengintai pelbagai peluang global bagi pembangunan dan pertumbuhan. 

Ia sedang membangunkan sebuah resort mewah di Maldives yang akan dikendalikan oleh jenama hotel global Mandarin International dan telah pun menjalankan projek di Kanada, UK dan di seluruh Timur Tengah.

Pada tahun 2021, DAMAC Properties telah melancarkan dua projek di Dubai iaitu DAMAC Lagoons, projek komuniti induk ketiga pemaju tersebut di Dubai dan Cavalli Tower, sebuah menara 70 tingkat ultra mewah yang menghadap Palm Jumeirah, dengan hiasan dalaman berjenama Cavalli. Kedua-dua projek ini telah menarik minat dan permintaan pelanggan yang amat memberangsangkan.

"Pengembangan global kami ke Amerika Syarikat menandakan satu pencapaian penting serta menunjukkan bahawa DAMAC merupakan sebuah entiti yang kukuh dan tidak boleh dipandang remeh. Ini adalah waktu yang mengujakan dan kami masih mempunyai banyak lagi perancangan," kata Sajwani.

"Kami sedang berkembang pesat bukan sahaja dalam usaha hartanah kami malah dalam pelbagai sektor seperti fesyen, hospitaliti dan juga industri baru muncul seperti Metaverse, NFT dan pusat data. Ini membolehkan kami untuk terus berada di hadapan dengan trend semasa," kata beliau sebagai satu kesimpulan.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1827765/DAMAC_1.jpg?p=medium600
Foto -  https://mma.prnasia.com/media2/1827769/DAMAC_2.jpg?p=medium600

SurfsideSite
DAMAC_2

 

Source: DAMAC Properties
Keywords: Banking/Financial Service Construction/Building Hotels and Resorts Real Estate Retail Travel Corporate Expansion New products/services Real estate transactions