omniture

Belon pelepasan ubat (DEB) SELUTION SLR MedAlliance menerima kelulusan pengecualian peranti penyiasatan (IDE) FDA, menjadikannya DEB limus pertama yang tersedia untuk pesakit AS

MedAlliance
2022-05-30 08:00 60

GENEVA, 30 Mei 2022 /PRNewswire/ -- SELUTION SLR (Pelepasan Limus Berterusan) ialah belon pelepasan sirolimus baharu yang menyediakan pelepasan ubat berterusan secara terkawal yang serupa seperti sten pelepasan ubat (DES). SELUTION SLR juga merupakan DEB (Belon Pelepasan Ubat) pertama yang diberikan "Gelaran Peranti Penemuan Ulung" oleh FDA pada 4 Mac 2019 dan seterusnya pada 25 September 2019 untuk tanda-tanda di bawah lutut (BTK) dalam penyakit arteri periferal.

MedAlliance’s SELUTION SLR drug-eluting balloon (DEB) receives FDA investigational device exemption (IDE) approval, making it the first limus DEB to be available to US patients
MedAlliance’s SELUTION SLR drug-eluting balloon (DEB) receives FDA investigational device exemption (IDE) approval, making it the first limus DEB to be available to US patients

Ini merupakan satu pencapaian penting bagi MedAlliance. Kami telah berjaya melengkapkan ujian tanda aras dan praklinikal yang diperlukan oleh FDA dan bersedia untuk memulakan pendaftaran pesakit AS dalam sebuah kajian klinikal untuk menyokong penyerahan bagi kelulusan PMA FDA.  Kami berasa gembira kerana para pesakit AS juga boleh mendapat manfaat daripada "Teknologi Penemuan Ulung" ini, ulas Jeffrey B. Jump, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif MedAlliance.

MedAlliance akan memulakan pendaftaran dalam Ujian Klinikal Rawak (RCT) IDE Bawah Lutut (BTK) SELUTION4BTK (ClinicalTrials.gov Pengecam: NCT0505297) dengan serta-merta di luar AS (OUS) dan pada awal musim panas ini di pusat-pusat AS.  Penyelidik Utama kajian ini ialah Doktor Ehrin Armstrong (AS), Doktor Marianne Brodmann (Austria) dan Doktor Tjun Tang (Singapura).

SELUTION SLR telah dianugerahkan Kelulusan Tanda CE untuk rawatan penyakit arteri periferal pada bulan Februari 2020.  Peranti ini telah menunjukkan keputusan klinikal awal yang menggalakkan dalam rawatan bagi pesakit yang menghidap iskemia yang mengancam anggota badan kronik (CLTI) dan penyakit arteri bawah lutut. Dalam kajian PRESTIGE yang dibentangkan sebagai ujian terkini pada Kongres VIVA 2021 oleh Dr. Tjun Tang, penggunaan SELUTION SLR dalam lesi BTK kompleks telah memberikan hasil keselamatan dan keberkesanan yang berterusan selama 18 bulan. Terdapat 75 orang pesakit tambahan yang menghidap penyakit BTK dan menerima rawatan SELUTION SLR telah dikaji dalam senarai daftar PRISTINE dan hasil keputusannya dijadualkan akan dibentangkan di LINC 2022. Berdasarkan data awal yang memberangsangkan selepas penggunaan SELUTION SLR dalam rawatan penyakit BTK, MedAlliance telah bergerak ke hadapan dengan reka bentuk RCT SELUTION4BTK untuk terus mengkaji keselamatan dan keberkesanan peranti ini dan bersedia untuk kelulusan FDA AS.

Teknologi SELUTION SLR melibatkan MicroReservoirs unik yang diperbuat daripada polimer biodegradasi yang dicampurkan dengan ubat sirolimus antirestenotik. MicroReservoirs ini menyediakan Pelepasan Limus Berterusan (SLR) dan terkawal bagi ubat tersebut. Pelepasan sirolimus yang dilanjutkan daripada sten telah terbukti sangat berkesan pada kedua-dua vaskulatur koronari dan periferal. CAT™ (Cell Adherent Technology) proprietari MedAlliance membolehkan MicroReservoirs disaluti pada belon dan melekat pada lumen saluran apabila dihantar melalui belon angioplasti.

SELUTION SLR tersedia di Eropah dan di semua negara lain yang mengiktiraf Tanda CE.

Hubungan:
Richard Kenyon
rkenyon@medalliance.com
+44 7831 569940

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1827076/MedAlliance_1.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1196864/MedAlliance_Logo.jpg?p=medium600

      

Source: MedAlliance
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries FDA Approval