omniture

Rockwell Automation Iktiraf Inovasi dan Penyelesaian Transformasi di Persidangan PartnerNetwork(TM) Asia-Pasifik

Rockwell Automation
2022-05-30 08:05 209

Acara anugerah sulung dipersembahkan kepada pengedar dan rakan kongsi di Asia-Pasifik semasa persidangan secara fizikal, menghimpunkan rakan kongsi ekosistem untuk memacu inovasi, menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan

SINGAPURA, 30 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Rockwell Automation, Inc. (NYSE: ROK), syarikat terbesar di dunia yang mengkhusus dalam automasi industri dan transformasi digital, mengumumkan syarikat-syarikat rakan kongsi yang meraih kemenangan, muncul daripada PartnerNetwork Awards sulung di Persidangan PartnerNetwork Asia-Pasifik 2022 yang diadakan pada 18 dan 19 Mei di Singapura.

Rockwell Automation Iktiraf Inovasi dan Penyelesaian Transformasi di Persidangan PartnerNetwork(TM)  Asia-Pasifik
Rockwell Automation Iktiraf Inovasi dan Penyelesaian Transformasi di Persidangan PartnerNetwork(TM) Asia-Pasifik

Persidangan itu merupakan sebuah acara eksklusif, atas undangan sahaja yang menyaksikan penyertaan daripada hampir 500 rakan kongsi. Ia juga termasuk pengalaman maya yang mana hadirin mendapat akses kepada strim langsung penyampaian ucapan dasar dan kandungan atas permintaan selepas acara tamat.

Mengikuti tema "Bersama-sama Lebih Baik ("Better Together"), persidangan berkenaan memfokuskan kepada penakrifan semula kemungkinan bersama-sama rakan kongsinya melalui kolaborasi sekali gus mengukuhkan nilai komuniti global bagi memajukan kejayaan pelanggan. Bermula dengan sesi perbincangan sehinggalah kepada acara perangkaian industri yang menarik, rakan-rakan kongsi dipaparkan sepenuhnya sepanjang acara tersebut, terutamanya semasa edisi pertama PartnerNetwork Awards.

Persembahan anugerah tersebut memberi penghormatan kepada pencapaian organisasi-organisasi yang telah berjaya merancang dan melaksanakan penyelesaian transformasi yang inovatif. Organisasi-organisasi ini menemui jalan untuk memberi impak kepada satu atau lebih bidang perniagaan mereka melalui aplikasi Rockwell Automation dan teknologi digital serta disruptif rakan kongsi yang lain.

"Kualiti penyerahan penerima anugerah yang kami terima benar-benar mengagumkan," kata Donald Shoemaker, Naib Presiden serantau akses pasaran global, Asia Pasifik, Rockwell Automation. "Rakan-rakan kongsi kami di rantau ini, merentasi banyak industri, saling bekerjasama bukan sahaja untuk membantu pelanggan mereka melakukan transformasi secara digital tetapi juga meningkatkan proses pembuatan dan rantaian bekalan mereka serta membina daya tahan untuk menghadapi gangguan yang tidak dijangkakan."

Rockwell Automation ingin mengucapkan tahniah kepada para pemenang serta kesemua peserta:

Pemenang Anugerah Rakan Kongsi Pengedar

Pemenang Anugerah Rakan Kongsi Penyepadu Sistem Terbaik Tahunan

Winners Automation (Korea)

Greenwave Solutions (India)

Pemenang Anugerah Inovasi OT Pengedar

Pemenang Anugerah Inovasi Penyepadu Sistem Automasi

NHP Electrical Engineering Products (Australia)

ATSYS (Australia)

Pemenang Anugerah Inovasi IoT Pengedar

Pemenang Anugerah Inovasi Penyepadu Sistem Perisian Maklumat

Ningbo Jetron Technology (China)

Birlasoft (India)

Pemenang Anugerah Pengalaman Pelanggan Pengedar 

Pemenang Anugerah Inovasi Penyepadu Sistem  

Anshan Huashi (China)

Airetec (Singapore)

Pemenang Anugerah Inovasi Ekosistem Rakan Kongsi

Kevin Technologies (India)

Selain itu, semasa persidangan berkenaan, SAGE Automation, penyedia automasi dan kawalan industri bebas terkemuka di Australia, diiktiraf sebagai syarikat pertama di seluruh dunia yang dilantik sebagai Rakan Kongsi Penyepadu Sistem Platinum di bawah PartnerNetwork Program. MESNAC, kumpulan perusahaan berteknologi tinggi antarabangsa dari China, turut diumumkan sebagai Rakan Kongsi OEM Platinum pertama dari Asia-Pasifik.

Rockwell Automation telah beroperasi di Asia-Pasifik selama lebih 40 tahun dan terus melabur dalam visinya untuk mengembangkan kemungkinan yang boleh dicapai oleh manusia dan transformasi digital untuk pelanggannya di seluruh rantau ini. Dengan lebih 5,800 pekerja berdedikasi di rantau ini dan ekosistem yang mantap dengan hampir 900 rakan kongsi berkolaborasi ke arah menyampaikan nilai untuk pelanggan kami, Rockwell Automation terus mentransformasikan industri ini, menyerlahkan potensi dan produktiviti melalui inovasi automatik dan terhubung.

Untuk maklumat lanjut tentang PartnerNetwork Program Rockwell Automation atau untuk memohon maklumat lanjut daripada pejabat jualan tempatan anda, sila lihat di sini.

Latar Belakang Rockwell Automation PartnerNetwork

Rockwell Automation percaya bahawa kita menjadi lebih baik apabila bersama-sama—dan kita memainkan peranan kita dengan menyampaikan ekosistem rakan kongsi global yang luas dengan menrajui teknologi dalam pasaran, sokongan dan perkhidmatan yang unggul serta pendekatan yang bersepadu dan diperkemas untuk perniagaan. Meraih kejayaan pada skala antarabangsa dengan memanfaatkan rangkaian teknologi dan perkhidmatan inovatif kami yang tidak dapat disediakan sendiri oleh hanya satu vendor. Untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana PartnerNetwork™ membantu menyampaikan nilai The Connected Enterprise, kunjungi PartnerNetwork Program.

Latar Belakang Rockwell Automation

Rockwell Automation, Inc. (NYSE: ROK), merupakan peneraju global dalam industri automasi dan transformasi digital. Kami menghubungkan imaginasi manusia dengan potensi teknologi bagi mengembangkan apa yang mungkin boleh dilakukan secara insani, seterusnya mewujudkan dunia yang lebih produktif dan mampan. Beribu pejabat di Milwaukee, Wisconsin, Rockwell Automation menggaji kira-kira 25,000 penyelesai masalah khusus untuk pelanggan kami di lebih daripada 100 negara. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana kami menjadikan The Connected Enterprise suatu kenyataan merentas perusahaan industri, kunjungi www.rockwellautomation.com.

Source: Rockwell Automation
Related Stocks:
NYSE:ROK
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Awards Trade show news