omniture

Jenama kanak-kanak terkemuka balabala memasuki metaverse, dengan pengumuman duta jenama digital kanak-kanak pertamanya

balabala
2022-05-31 20:00 141

Duta jenama digital kanak-kanak pertama - Rainy

SHANGHAI, 31 Mei 2022 /PRNewswire/ -- balabala mengumumkan penyertaannya dalam metaverse, mencipta duta jenama digital hiper-realistik yang bernama 'Rainy'. Rainy ialah duta jenama kanak-kanak digital pertama balabala, lalu menonjolkan kedudukan utama jenama balabala ini dalam industri pakaian kanak-kanak.

balabala digital brand ambassador
balabala digital brand ambassador

Nama Rainy mengambil inspirasi daripada hujan, air kehidupan, iaitu keperluan penting untuk pemakanan dan pertumbuhan. balabala ialah jenama yang benar-benar memahami bagaimana kanak-kanak membesar. Dengan pemahaman tentang metaverse, balabala mencipta jendela komunikasi yang baharu dengan generasi-Z sekali gus meningkatkan strategi jenama berbilang salurannya.

Dalam satu pengumuman tambahan, balabala turut melaporkan pemeteraian kerjasama yang penting bersama dua pereka terkenal Christine Phung (bekas pengarah kreatif Dior dan Chloe) serta pereka bebas Veeco Zhao untuk siri produk terkininya.

Reka bentuk koleksi baharu ini menggambarkan keindahan pertumbuhan pada kanak-kanak perempuan dengan menggabungkan budaya Eropah dengan konsep reka bentuk Cina, bagi menggalakkan kanak-kanak untuk mengekspresikan diri mereka dan menjadi sebahagian daripada kisah dongeng mereka sendiri.

balabala terus mendorong cita-citanya untuk menyediakan pelanggan globalnya dengan produk terpelbagai yang berkualiti tinggi dalam persekitaran membeli-belah yang meriah dan menarik, menggalakkan kanak-kanak di serata dunia untuk menikmati zaman kanak-kanak yang indah dan menyasarkan untuk "Menjadi jenama fesyen kanak-kanak pilihan pertama."

Maklumat lanjut boleh ditemui di

www.balabala.com.hk/pages/business-opportunities

Source: balabala
Keywords: Computer/Electronics Fashion Household/Consumer/Cosmetics Multimedia/Online/Internet Retail