omniture

Calon IFOY, Locus Robotics meneruskan pengembangan yang berjaya dan memperkenalkan AMR baharu kepada platform pelaksanaan gudang pintarnya untuk pengoptimuman yang menyeluruh

Locus Robotics
2022-05-31 20:19 46

Barisan produk yang diperluas menambah keupayaan muatan yang lebih berat bagi menangani kes penggunaan baharu dengan penyepaduan pelbagai bot yang fleksibel dan terlaras dengan ROI yang pantas. 

AMSTERDAM, 31 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Locus Robotics, peneraju robot mudah alih berautonomi (AMR) untuk gudang pemenuhan, yang juga calon IFOY 2022 mengumumkan barisan gudang AMR yang diperluas. Faktor bentuk baharu ini menyertai robot Locus Origin bagi membentuk sebuah keluarga AMR yang komprehensif yang memenuhi pelbagai kes penggunaan gudang daripada e-dagang, pemilihan kes dan pemilihan palet kepada senario yang memerlukan muatan yang lebih besar dan lebih berat untuk menyokong pelbagai pergerakan produk yang diperlukan di gudang pengedaran dan pemenuhan hari ini.

"LocusBots baharu ini membolehkan kami terus membantu para pelanggan kami mengurangkan cabaran buruh dengan ketara dan mencapai produktiviti optimum dengan menggunakan bot yang tepat untuk pekerjaan ini," kata Rick Faulk, Ketua Pegawai Eksekutif Locus Robotics. "Locus kekal menjadi peneraju yang terbukti dalam membangunkan teknologi AMR yang amat produktif dan inovatif yang menyelesaikan keperluan para pelanggan kami dengan cekap untuk keseluruhan pengoptimuman gudang sambil memberikan nilai dalam masa yang pantas."

LocusBots disepadukan sepenuhnya dalam LocusOne, platform penyepaduan gudang pelbagai bot yang pintar yang memberikan produktiviti yang boleh diramal, cekap dan boleh diskala serta pengoptimuman kos untuk semua pergerakan produk dalam bangunan gudang. Platform ini memusatkan dan menyelaras armada berbilang bot yang dinamik dengan lancar sambil turut menyediakan risikan dan pelaporan perniagaan yang terperinci, berpandangan ke hadapan dan boleh diambil tindakan untuk pengurusan dan perancangan yang berkesan.

Semua LocusBots akan tersedia melalui model harga Robot sebagai Perkhidmatan (RaaS) yang termasuk semua dari syarikat ini serta boleh ditambah kepada aliran kerja sedia ada dan baharu yang membolehkan operasi ditingkatkan dan disesuaikan secara dinamik dengan permintaan pasaran yang berubah-ubah.

"Keluarga produk yang diperluas ini mengukuhkan kedudukan Locus sebagai peneraju AMR dalam industri antarabangsa untuk automasi dan pendigitalan pusat pemenuhan, pengedaran dan gudang," kata Denis Niezgoda, Naib Presiden Eropah. "Oleh kerana pengendali berusaha untuk memenuhi jumlah pesanan yang semakin bertambah, kekurangan buruh dan jangkaan pengguna yang semakin meningkat, AMR Locus mampu memberikan robot yang tepat untuk tugas tersebut bagi memenuhi permintaan pasaran – semasa – dan akan datang."

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.locusrobotics.com.

Tentang Locus Robotics

Penyelesaian berbilang bot Locus Robotics yang revolusioner menggabungkan robot mudah alih berautonomi yang hebat dan pintar yang beroperasi secara kolaboratif dengan tenaga kerja manusia untuk meningkatkan produktiviti pengendalian setiap unit secara dramatik iaitu sebanyak 2 hingga 3 kali ganda dengan tenaga buruh yang kurang berbanding pengendalian setiap unit tradisional. Penyelesaian yang memenangi anugerah ini membantu peruncit, pengendali logistik pihak ketiga (3PL) dan gudang khusus memenuhi dan mengatasi keperluan persekitaran yang semakin kompleks dan mencabar dengan cekap serta disepadukan dengan mudah ke dalam infrastruktur gudang sedia ada dan binaan baharu yang baru dilaksanakan tanpa mengganggu aliran kerja. Locus Robotics yang mempunyai ibu pejabat di Wilmington, MA (USA) dan Amsterdam, merupakan ahli Inc. 500. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.locusrobotics.com.

HUBUNGAN:
Christina Gorini
christina@brandstyle.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1440363/Locus_Robotics_Logo.jpg?p=medium600  

 

Source: Locus Robotics
Keywords: Computer Software Computer/Electronics New products/services