omniture

Winner Medical Umum Peroleh Kepentingan 55% dalam Zhejiang Longterm Medical bernilai US $108.2 Juta

Winner Medical Co., Ltd.
2022-06-01 05:54 196

SHENZHEN, China, 1 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Pada 10 April, Winner Medical mengumumkan bahawa ia telah menandatangani perjanjian muktamad untuk memperoleh kepentingan 55% dalam Zhejiang Longterm Medical Technology Co., Ltd. pada nilai US $108.2 juta.

Winner Medical percaya bahawa pemerolehan tersebut selaras dengan strategi syarikat untuk menjadi peneraju industri dalam pasaran penjagaan luka lanjutan. Winner Medical dan Longterm Medical akan mendapat faedah daripada skala ekonomi dan penjanaan sinergi dari segi kumpulan pelanggan luar negara dan domestik, saluran pasaran, produk, penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pembuatan.

Winner Medical Announces to Acquire 55% Stake in Zhejiang Longterm Medical for US $108.2 Million
Winner Medical Announces to Acquire 55% Stake in Zhejiang Longterm Medical for US $108.2 Million

Longterm Medical membangunkan, mengeluarkan dan menjual produk penjagaan luka lanjutan dan telah menjadi peneraju pasaran bagi industri penjagaan luka lanjutan di China. Pada tahun 2021, Longterm Medical menjana hasil jualan keseluruhan sebanyak lebih daripada US $52 juta, yang mana hasil daripada produk penjagaan luka lanjutan dan ostomi menyumbang lebih daripada US $41.6 juta.

Sudah 10 tahun lamanya sejak Longterm Medical ditubuhkan, manakala Winner Medical melakar sejarah selama 31 tahun. Melalui integrasi pasca pemerolehan dan penjanaan sinergi, kedua-dua syarikat ini secara keseluruhannya dijangka memperoleh bahagian pasaran yang lebih besar dan menjana pertumbuhan hasil yang lebih tinggi.

Dari segi saluran jualan domestik, Longterm Medical menawarkan perkhidmatan kepada lebih daripada 600 buah hospital manakala Winner Medical meliputi lebih daripada 4,000 buah hospital di China. Kedua-dua syarikat ini akan bekerjasama dengan erat dan menawarkan perkhidmatan sehenti yang komprehensif dan komited untuk menjadi pilihan pertama untuk doktor, jururawat dan pesakit. Di samping itu, Winner Medical akan turut bekerjasama dengan Longterm Medical bagi membangunkan penyelesaian penjagaan kesihatan di rumah untuk pesakit dan juga pengguna.

Penjagaan luka lanjutan global merupakan segmen pasaran yang signifikan dan semakin berkembang, sementara penumpuan industri domestik dijangka meningkat. Menurut BIS Research Report, pasaran penjagaan luka lanjutan global mencecah US $5.85 bilion pada tahun 2020 dan dijangka mencecah US $7.23 bilion pada tahun 2027. Kedua-dua Winner Medical mahupun Longterm Medical merupakan peneraju dalam pasaran pembalut penjagaan luka lanjutan China, pemerolehan ini akan mempromosikan kelebihan pelengkap perniagaan perubatan global kedua-dua pihak, mengukuhkan lagi kedudukan Winner sebagai peneraju bagi penjagaan luka lanjutan, manakala nilai teras memanfaatkan teknologi untuk meningkatkan hasil klinikal dan ekonomi penjagaan kesihatan dan bersama-sama, menyediakan penyelesaian yang lebih komprehensif untuk menambah baik kehidupan pesakit di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://www.winnermedical.com/

Source: Winner Medical Co., Ltd.
Related Stocks:
Shenzhen:300888
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals