omniture

Eksekutif Jualan dan Pemasaran Penerbangan yang Berpengalaman Menyertai Aero Design Labs sebagai Ketua Pegawai Komersial

Aero Design Labs
2022-06-01 12:01 67

DALLAS dan FORT WORTH, Texas, 1 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Aero Design Labs (ADL) dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Chris Jones telah menyertai pasukan kepemimpinannya sebagai Ketua Pegawai Komersial, berkuat kuasa pada 1hb Jun. Melapor kepada Jeff Martin, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif, Jones akan bertanggungjawab untuk semua penglibatan pelanggan, memacu perniagaan ke hadapan pada skala global ketika syarikat beralih kepada fasa yang seterusnya yang lebih menarik.

Mengulas tentang menyertai ADL, Jones berkata "Saya menyertai ADL pada waktu yang menarik ketika mana kami membawa produk kami yang telah mendapat kelulusan FAA masuk ke pasaran. Saya tidak sabar untuk mempamerkan peningkatan aerodinamik yang telah dibangunkan oleh ADL untuk pesawat perkhidmatan dalam masa kini, pada masa yang sama harga bahan api tidak menentu dan peningkatan tekanan kepada syarikat penerbangan bagi mengurangkan pelepasan gas rumah hijau. ECO-Kit kami memberi manfaat segera kepada para pengendali yang secara aktifnya cuba untuk mengimbangi kos bahan api yang semakin meningkat dan dalam masa yang sama mengorak langkah awal dalam mengejar keneutralan karbon."

Ketika membuat pengumuman tersebut, Jeff Martin menyatakan, "kami amat berbesar hati apabila Chris menyertai barisan eksekutif kami. Rekod kejayaan jualan beliau yang panjang pada tahap tertinggi, pemikiran terhadap pelanggan dan integriti moral merupakan faktor utama dalam membuat pelantikan tersebut. Dari awal lagi ia jelas kelihatan usaha ini adalah sejajar dengan sempurna dengan nilai-nilai kami dan saya tidak sabar untuk membina kejayaan ADL dengan bantuan dan pengalaman Chris. Chris akan menyertai sebuah pasukan yang terdiri daripada pakar dan pemimpin penerbangan yang cemerlang: Lee Sanders Pengasas merangkap Pengerusi Eksekutif, Mark Power Ketua Pegawai Kewangan, David Campbell Ketua Pegawai Operasi, Doug Bennett Ketua Pembangunan Perniagaan dan Eric Ahlstrom Ketua Pegawai Teknologi." Lee Sanders menyatakan, "Penambahan Chris Jones kepada pasukan pengurusan kami yang terkenal di peringkat antarabangsa merupakan suatu pencapaian yang luar biasa bagi kami. Kami teruja dengan peluang yang sedang menanti kami. Tidak diragui lagi, Chris akan membawakan banyak peluang ini dalam beberapa tahun yang akan datang."

Jones membawa bersama-sama beliau lebih 30 tahun kejayaan dalam Jualan dan Pemasaran Penerbangan, termasuk lebih 20 tahun pengalaman dengan Airbus dalam memainkan peranan berhadapan dengan pelanggan. Yang terkini, beliau memegang jawatan sebagai Naib Presiden Kanan Pelanggan Amerika Utara dan merupakan faktor pemacu kejayaan Jualan Airbus dengan beberapa syarikat penerbangan penumpang terbesar di dunia. Jones juga menghabiskan tiga tahun sebagai Naib Presiden Jualan di Bombardier, di mana beliau memperoleh pengalaman berharga untuk menjual CSeries (A220) dan CRJ. Beliau memainkan peranan penting dalam membawa momentum kepada jualan CSeries sebelum kembali ke Airbus. Dilahirkan di England, Jones datang ke Amerika Syarikat pada tahun 1990 untuk berkhidmat dengan BAE Systems di mana beliau menghabiskan masa lapan tahun dalam Jualan dan Pemasaran sebelum berpindah ke Airbus. Beliau kini menetap di Arlington, Virginia bersama-sama isterinya Heidi dan dua orang anak mereka.

Tentang Aero Design Labs 

Aero Design Labs (ADL) ialah peneraju dalam kecekapan gerakan kejuruteraan. ADL membangunkan produk yang memberi kesan kepada pengurangan seretan, membawa kepada penjimatan kos dan pengurangan pelepasan karbon. Beribu pejabat di kawasan Dallas Fort Worth, ADL sedang menyelesaikan cabaran aerodinamik dalam pengangkutan. Selain mempunyai pasukan jurutera yang kukuh, sistem perisian dinamik bendalir proprietari ADL membolehkan ADL mencipta penyelesaian tersuai untuk para pengendali. Maklumat tambahan boleh didapati di www.aerodesignlabs.com.

Hubungan Media:
Ellen Moussou
Pengarah Pemasaran dan Komunikasi 
editor@aerodesignlabs.com 
+1 (682) 888-2141

 

 

Source: Aero Design Labs
Keywords: Airlines/Aviation Travel Personnel announcements