omniture

GODAWAN, MALT TUNGGAL INDIA ARTISAN, MELEBARKAN SAYAPNYA KE DUBAI

Diageo India
2022-06-01 21:14 100

Diageo India melancarkan Godawan, wiski malt tunggal artisannya di pasaran antarabangsa

BENGALURU, India, 1 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Susulan kejayaan pelancaran Godawan di Jaipur, India, Diageo India bersedia untuk memperkenalkan tradisi dan budaya Rajasthani kepada dunia melalui pelancaran malt tunggal yang luar biasa ini di seluruh pasaran antarabangsa.

Godawan Artisnal Single Malt
Godawan Artisnal Single Malt

Sejurus selepas memperkenalkan konsep kemewahan bertujuan Godawan di Festival Filem Cannes ke-75, 'Spirit of the Desert' atau 'Minuman Keras Padang Pasir' itu kini sedang menuju ke destinasi padang pasir ikonik yang lain – Dubai.

Godawan dihasilkan dan asal-usulnya diilhamkan serta didedikasikan sepenuh menurut etos Rajasthani tentang 'kecantikan dalam kekurangan' dan kelestarian. Ia memberi penghormatan kepada semangat para pekerjanya yang terkenal dengan kemahiran pemeliharaan dan pemuliharaan mereka serta dalam menghasilkan produk cemerlang yang luar biasa daripada apa sahaja yang disediakan oleh alam semula jadi.

Haba melebihi 100°F yang digabungkan dengan enam baris barli yang memerlukan air yang kurang, membantu mencipta sejenis wiski amat berperisa yang luar biasa serta ciri-ciri yang kaya dan kompleks. Kegersangan bermakna bahagian penyejatan adalah lebih tinggi daripada purata dalam Godawan – yang menjadikannya sejenis wiski amat berperisa yang luar biasa, yang dipertingkatkan lagi dengan kemasan dalam tong khas daripada bahan botani India yang dipilih dengan teliti.

Godawan meletakkan India sebagai lokasi malt tunggal berkualiti pada peta dunia dan menetapkan penanda aras baharu untuk kemewahan India yang lestari dan peka melalui pelancaran ini di Dubai.

"Kami di Diageo India, percaya bahawa para pengguna, budaya dan komuniti menjadi keutamaan inovasi kami. Godawan akan membantu dunia dan para pengguna kami menemui aspek budaya India yang tidak diketahui – kaya dan bermakna. Malt Tunggal ini mewakili penampilan mewah India moden yang lestari, penuh kesedaran dan bertujuan, manakala Dubai merupakan pentas yang tepat untuk membawa kisah ini ke seluruh dunia. Godawan bukan sahaja kaya dengan kisahnya tetapi juga dalam perisanya yang tersendiri. Melalui pelancaran ini, saya amat yakin bahawa Diageo India telah menetapkan sebuah piawaian baharu bagi malt tunggal yang dihasilkan dari India ," ujar Hina Nagarajan, Ketua Pegawai Eksekutif Diageo India.

Godawan merupakan lambang komitmen Diageo India terhadap pemuliharaan sejenis burung "Great Indian Bustard", yang juga merupakan namanya. Dengan hanya beberapa ekor Great Indian Bustard lagi yang ada di dunia ini, setiap botol yang dihasilkan oleh syarikat ini akan menyumbang kepada pemuliharaan burung yang amat cantik ini. Dengan membawa kisah unik ini tentang Godawan ke padang pasir Dubai, matlamatnya ialah untuk menetapkan piawaian baharu terhadap kemewahan yang boleh dicapai dan bertujuan dengan menawarkan minuman keras buatan India pada skala antarabangsa.

Tentang Diageo:

Diageo ialah peneraju global dalam minuman beralkohol dengan koleksi jenama yang terkemuka termasuk Johnnie Walker, Crown Royal, J&B, wiski Buchanan dan Windsor, vodka Smirnoff dan Cîroc, Captain Morgan, Baileys, Don Julio, Tanqueray serta Guinness.

Diageo disenaraikan di Bursa Saham London (DGE) dan Bursa Saham New York (DEO) serta produk kami dijual di lebih 180 buah negara di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut tentang Diageo, para pekerja, jenama dan prestasi kami, sila layari kami di www.diageo.com. Sila layari sumber minuman global Diageo yang bertanggungjawab, www.DRINKiQ.com untuk mendapatkan maklumat, inisiatif dan cara untuk berkongsi amalan terbaik.

Meraikan kehidupan setiap hari, di mana-mana sahaja.

Imej: https://mma.prnasia.com/media2/1829332/Godawan_Artisnal_Single_Malt.jpg?p=medium600

Source: Diageo India
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages New products/services