omniture

PELANCARAN COVATION BIOMATERIALS: MENYAMPAIKAN BAHAN INOVATIF BERPRESTASI TINGGI YANG BERASASKAN BIO PADA SKALA BESAR

Covation Biomaterials
2022-06-01 22:33 155

NEWARK, Delaware, 1 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Covation Biomaterials, sebuah syarikat global terkemuka yang menawarkan penyelesaian berasaskan bio, dilancarkan hari ini sebagai sebuah perniagaan bebas yang menyusul selepas pengambilalihan DuPont Biomaterials oleh Huafon Group.

Dengan bangganya menggabungkan kepakaran sains dan kejuruteraan bertaraf dunia dengan keupayaan pelaburan dan pembuatan baharu, Covation Biomaterials mewujudkan blok binaan yang lestari untuk para pelanggan menjadikan produk berasaskan bio yang inovatif dan berprestasi tinggi boleh diakses di seluruh dunia.

"Sebagai pembekal penyelesaian bahan berasaskan bio, syarikat kami merupakan pintu utama bagi sebuah ekonomi kitaran yang lebih baik. Rantaian bekalan lestari mesti bermula dengan bahan-bahan lestari, malah sains kami membolehkan para pelanggan kami untuk mengakhiri kebergantungan mereka yang terlalu tinggi terhadap petroleum," kata Michael Saltzberg, Ketua Pegawai Eksekutif - Covation Biomaterials.

"Melalui kerjasama dengan rakan kongsi dan jenama rantaian nilai yang berpandangan ke hadapan di seluruh dunia, kami akan terus mendorong batasan inovasi dan kelestarian untuk menyampaikan biobahan berprestasi tinggi pada skala besar. Kami gembira dapat menyertai Huafon Group, sebuah syarikat bahan yang sangat berjaya yang berada pada kedudukan yang unik untuk memperluas jangkauan produk semasa kami dan membantu kami mempercepat pengenalan tawaran dan teknologi baharu ke pasaran," ujar Michael.

Covation Biomaterials meningkatkan prestasi produk, melindungi alam sekitar dan rakan kongsi untuk mengubah minat menjadi kemajuan. Covation Biomaterials dan para pelanggannya secara bersama-sama mencari kaedah baharu untuk menggunakan sains dan kejuruteraan bagi memenuhi permintaan global yang semakin meningkat terhadap bahan lestari pada hari ini dan di masa hadapan. Syarikat baharu ini dibangunkan berdasarkan warisan selama beberapa dekad dan kejayaan rangkaian produk yang tersedia di pasaran pada masa ini, termasuk:

  • Sorona®, polimer berasaskan bio separa yang menyahut seruan global terhadap karpet dan fabrik yang bersumberkan lestari, merapatkan hubungan peribadi dan masyarakat pada saat penentuan dalam pengawasan ekologi kita. Sorona® sesuai untuk menghasilkan pakaian yang menarik dan berprestasi tinggi serta permaidani yang lembut dan tahan lama;
  • Susterra®, blok binaan berprestasi tinggi yang berasaskan 100% tumbuhan yang mengurangkan keperluan terhadap komponen berasaskan petroleum sambil meningkatkan ciri produk akhir. Penggunaannya meliputi daripada kasut dan pakaian luar kepada cecair salutan, dakwat dan fungsian; dan
  • Zemea®, bahan terbiodegradasikan berasaskan tumbuhan yang membantu jenama mencapai matlamat kelestarian tanpa menjejaskan kualiti atau prestasi. Tersedia dalam pelbagai formulasi, Zemea® memenuhi piawaian yang tepat dalam pelbagai pasaran berjumlah tinggi, daripada penjagaan diri dan penjagaan rumah kepada farmaseutikal serta peningkatan rasa dan makanan.

Covation Biomaterials mempunyai rangkaian produk yang meluas bagi penyelesaian berasaskan bio yang menarik yang akan dibawa ke pasaran.

"Kami telah lama mengagumi usaha yang dilakukan oleh pasukan saintis dan pembangun biobahan ini yang membangunkan bahan lestari yang terkemuka dalam industri dan tersedia pada skala besar," kata Feifeng You, Naib Presiden - Huafon Group merangkap Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah - Covation.

"Penyertaan Covation Biomaterials ke dalam Huafon Group akan membawa bahan berasaskan bio ke pangkalan pelanggan global yang lebih besar dan mendorong sektor bahan ini ke arah masa depan yang lestari. Kami teruja dengan masa depan perniagaan ini yang cerah," ujar Feifeng.

Tentang Covation Biomaterials

Ditubuhkan pada tahun 2022 di Newark, Delaware, Covation Biomaterials merupakan inovator global terkemuka yang menawarkan portfolio produk bagi penyelesaian lestari berprestasi tinggi.  Syarikat ini membina legasi DuPontnya yang kaya dalam inovasi saintifik yang menakjubkan dan terus menyampaikan penyelesaian baharu pada skala besar di pelbagai industri yang merangkumi pakaian, permaidani, kosmetik, makanan dan pembungkusan. Melalui barisan produk seperti Sorona®, Susterra® dan Zemea®, misi Covation Biomaterials ialah untuk menyampaikan blok binaan lestari yang akan membolehkan para pelanggan menyediakan produk berasaskan bio yang boleh diakses oleh semua orang. 

Tentang Huafon Group

Ditubuhkan pada tahun 1991 dan beribu pejabat di Ruian, China, Huafon Group telah berinovasi untuk menyediakan penyelesaian bahan baharu di seluruh dunia dalam pelbagai industri dengan menggalakkan kelestarian, keselamatan, teknologi dan kualiti. Huafon Group merupakan salah sebuah pengeluar bahan poliuretana (PU) yang terbesar di dunia dengan portfolio produk yang luas dalam asid adipik, poliol poliester, filamen spandeks, bahan mikrofiber, TPU, poliamida dan lain-lain. Pada tahun 2021, Huafon Group mempunyai lebih 14,000 orang pekerja dan memiliki pelbagai anak syarikat di seluruh dunia dalam bidang kimia, logam, kewangan, logistik, teknologi maklumat dan perdagangan.

Covation, Covation Biomaterials, Sorona®, Susterra® dan Zemea® ialah tanda dagangan bagi Covation Biomaterials LLC atau sekutunya. Untuk maklumat lanjut tentang Covation Biomaterials, sila layari CovationBio.com dan ikuti kami di LinkedIn 

Huafon ialah tanda dagangan bagi Huafon Group Co., Ltd. atau sekutunya. Untuk maklumat lanjut tentang Huafon Group, sila layari Huafeng.com

Hubungan:
Alexa Raab 
Alexa.raab@covationbio.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1827882/Covation_Biomaterials_Logo.jpg?p=medium600 

Source: Covation Biomaterials
Keywords: Chemical New products/services