omniture

Kemin Food Technologies - Asia, Memperkenalkan Larutan Pembasmi Kuman Antimikrob, KEEPER™ dan OXINE™

Kemin Industries
2022-06-01 22:40 152

Barisan produk terkini ini menekankan keselamatan dari awal dengan merawat makanan, air dan ruang penyediaan makanan

SINGAPURA, 1 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Kemin Industries, pengeluar bahan makanan global yang berusaha untuk mengubah kualiti kehidupan harian 80 peratus daripada penduduk dunia secara lestari melalui produk dan perkhidmatannya, hari ini melancarkan KEEPER dan OXINE, dua larutan antimikrob dan pembasmian kuman baharu daripada Kemin Food Technologies – Asia yang menggunakan teknologi berasaskan klorin-dioksida untuk merawat makanan, air dan permukaan sentuh makanan, seperti peralatan dan persekitaran penyediaan makanan.

Larutan KEEPER dan OXINE dilengkapi dengan sistem pengaktifan dan penggunaan yang dipatenkan oleh Kemin yang direkayasa dengan canggih untuk memenuhi permintaan pengeluaran dan pembasmian kuman. Kemin Food Technologies – Asia melancarkan produk baharu ini pada bulan Jun bersempena dengan hari Keselamatan Makanan Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 7 Jun. Selama lebih dua dekad, Kemin telah bekerjasama rapat dengan Program Makanan Sedunia PBB, rakan komuniti global Kemin yang terbesar.

Keselamatan makanan merupakan sebuah bidang yang menjadi tumpuan para pengguna dan industri makanan. Sebagai bertindak balas, badan-badan berkuasa telah mengenakan kawalan rapi yang lebih ketat dan memberikan tekanan yang lebih hebat kepada pengeluar makanan bagi produk makanan guna habis yang selamat dan bersih. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pilihan produk makanan berbungkus yang merangkumi daging berasaskan tumbuhan hingga makanan sedia dimakan, turut berkembang. Pertumbuhan variasi ini meningkatkan pilihan yang tersedia bagi memenuhi keperluan gaya hidup tertentu, namun tawaran yang diperluas ini boleh menyebabkan risiko baharu.

Di seluruh rantaian bekalan dari ladang ke pengguna, terdapat banyak pemangkin yang berpotensi menjadi punca pencemaran makanan, sumber bagi kebanyakan makanan ditarik balik dan merupakan ancaman terbesar terhadap keuntungan; purata kos tarik balik bagi pengilang makanan dianggarkan bernilai USD10 juta menurut kajian oleh Institut Pemasaran Makanan dan Persatuan Pengeluar Barangan Runcit1.

Memastikan keselamatan makanan pada produk siap bermula daripada bahan-bahannya. KEEPER dan OXINE berkesan menentang pelbagai patogen bawaan makanan dan membantu pengeluar makanan mengurangkan cabaran terhadap keselamatan makanan tanpa sisa—agar rasa dan tekstur kekal tidak terjejas. KEEPER dan OXINE menyokong industri makanan dengan penyelesaian yang berkualiti tinggi dan berkesan dalam membantu menyampaikan makanan yang selamat kepada para pengguna.

"Sebagai pejuang keselamatan makanan yang juga sebahagian daripada rantaian bekalan makanan, memenuhi keperluan pasaran dan menyumbang kepada keselamatan makanan merupakan matlamat terpenting bagi Kemin dan merupakan sebab mengapa kami ingin menjadi sebahagian daripada perjalanan pelanggan kami dalam menyampaikan makanan berkualiti tinggi dan selamat kepada pengguna," kata Joanne Tan, Pengurus Pemasaran Kanan Serantau, Kemin Food Technologies – Asia.

KEEPER dan OXINE telah diiktiraf oleh Jabatan Pertanian A.S., Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan A.S. serta Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan telah disahkan sebagai organik oleh Institut Kajian Bahan Organik. Siri OXINE juga telah diiktiraf oleh Agensi Perlindungan Alam Sekitar A.S. sebagai bahan yang berkesan terhadap SARS-CoV-2 (COVID-19).

Untuk maklumat lanjut tentang siri KEEPER dan OXINE, sila klik di sini. 

Tentang Kemin Industries 

Kemin Industries (www.kemin.com) ialah pengeluar bahan makanan global yang berusaha untuk mengubah kualiti kehidupan harian 80 peratus daripada penduduk dunia secara lestari melalui produk dan perkhidmatannya. Syarikat ini membekalkan lebih 500 bahan khusus untuk kesihatan dan pemakanan manusia serta haiwan, makanan haiwan peliharaan, akuakultur, nutraseutikal, teknologi makanan, teknologi tanaman, tekstil, biobahan api dan industri vaksin haiwan.

Selama lebih setengah abad, Kemin telah dikhususkan untuk mengguna pakai sains gunaan bagi menangani cabaran industri dan menawarkan penyelesaian produk kepada para pelanggan di lebih 120 buah negara. Kemin menyediakan bahan makanan untuk dibekalkan kepada populasi yang semakin meningkat dengan komitmennya terhadap kualiti, keselamatan dan keberkesanan makanan, makanan ternakan serta produk berkaitan kesihatan.

Ditubuhkan pada tahun 1961, Kemin ialah sebuah syarikat persendirian berasaskan pemilikan dan kendalian keluarga dengan lebih 3,000 orang pekerja di seluruh dunia dan beroperasi di 90 buah negara, termasuklah kemudahan pembuatan di Belgium, Brazil, China, Mesir, India, Itali, Rusia, San Marino, Singapura, Afrika Selatan dan Amerika Syarikat. 

Hubungan Media: 
Joanne Tan, Pengurus Pemasaran Kanan Serantau Kemin Food Technologies – Asia | joanne.tan@kemin.com, +65 6264 1839 

RUJUKAN: 

1  Ostroff, S. (20 Jun 2018). The Costs of Foodborne Illness, Product Recalls Make the Case for Food Safety Investments. Majalah Food Safety. Diperoleh pada 24 Mei 2022, dari https://www.food-safety.com/articles/5847-the-costs-of-foodborne-illness-product-recalls-make-the-case-for-food-safety-investments

© Kemin Industries, Inc. dan kumpulan syarikatnya pada tahun 2022. Hak cipta terpelihara. ® TM Tanda Dagangan Kemin Industries, Inc., U.S.A
Pernyataan, pelabelan produk dan tuntutan tertentu mungkin berbeza mengikut lokasi geografi atau sebagaimana yang ditetapkan oleh peraturan kerajaan.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/901853/New_Kemin_Logo.jpg?p=medium600 

Source: Kemin Industries
Keywords: Agriculture Computer/Electronics Food/Beverages Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical/Pharmaceuticals Transportation New products/services