![]() |
OTTAWA, ONTARIO, 1 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Royal Canadian Mint berasa gembira kerana The Ultimate, satu-satunya syiling platinum tulen seberat satu kilogram, dihiasi dengan ratusan berlian merah jambu dari lombong Argyle yang terkenal, dijual pada harga CAD1,261,250.00 (termasuk Premium Insurans pembeli), selepas tawaran hangat ditukar semasa lelongan langsung yang dijalankan oleh Heffel Fine Art Auction House (Heffel). Harga ini melepasi anggaran prajualan sebanyak CAD700,000 hingga CAD900,000. Karya seni numismatik tunggal ini dijual kepada seorang pembida tanpa nama pada 31 Mei 2022 dan menetapkan rekod baharu untuk syiling yang ditawarkan pada sesi lelongan di Kanada. Heffel dan Mint akan memuktamadkan transaksi pembelian dan formaliti dalam masa beberapa hari akan datang.
"The Ultimate merupakan ekspresi tertinggi dalam inovasi, kemahiran dan ketukangan para pekerja yang terus menjadikan Royal Canadian Mint sebagai peneraju global dalam seni dan sains pembuatan syiling," kata Marie Lemay, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Royal Canadian Mint.
"Ia merupakan satu peluang yang luar biasa untuk Heffel bekerjasama dengan Mint dan membantu mencipta sejarah dengan penjualan The Ultimate," kata David Heffel, Presiden Heffel Fine Art Auction House. "Satu-satunya karya agung yang dihasilkan ini merupakan karya seni kaliber tertinggi dan ia merupakan suatu penghormatan untuk meletakkannya dalam koleksi yang luar biasa. Kami berharap dapat mengikuti perjalanan bersejarah selama beberapa dekad yang akan datang."
The Ultimate ialah karya terunggul daripada Opulence Collection yang baru dilancarkan. Ia juga merupakan syiling platinum tulen 99.95% seberat satu kilogram yang pertama oleh Royal Canadian Mint. Digilap dengan sempurna, The Ultimate menampilkan reka bentuk bahagian belakangnya oleh artis Kanada, Derek Wicks yang menghidupkan keindahan bunga sakura pada kanvas bersaiz 101.6 mm. Sejumlah 462 berlian merah jambu Fancy Vivid Pink dan Fancy Intense (jumlah berat 6.5 karat) dari lombong Argyle telah dimasukkan dengan tangan ke dalam barang kemas platinum bersalut emas mawar yang digayakan oleh Beverly Hills Jewellers.
Tentang Royal Canadian Mint
Royal Canadian Mint ialah perbadanan Crown yang bertanggungjawab untuk mencetak dan mengedar syiling edaran Kanada. Mint merupakan salah sebuah pembuat syiling terbesar dan paling serba boleh di dunia, menawarkan pelbagai produk syiling khusus dan berkualiti tinggi serta perkhidmatan berkaitan pada skala antarabangsa. Untuk maklumat lanjut tentang Mint, produk dan perkhidmatannya, sila layari www.mint.ca. Ikuti Royal Canadian Mint di Twitter, Facebook dan Instagram.
Tentang Heffel Fine Art Auction House
Sejak tahun 1978, Heffel telah menghubungkan para pengumpul yang tegar di seluruh dunia melalui karya seni yang luar biasa, dengan hasil jualan berjumlah tiga perempat bilion dolar. Dengan pejabat di Toronto, Vancouver, Montreal, Ottawa dan Calgary, Heffel mempunyai pasukan pakar seni halus yang paling berpengalaman di Kanada dan menyediakan perkhidmatan pelanggan yang terbaik kepada para penjual dan pembeli di peringkat antarabangsa.
HUBUNGAN: Royal Canadian Mint, Alex Reeves, Pengurus Kanan Hal Ehwal Awam, 613-884-6370, reeves@mint.ca; Heffel Fine Art Auction House, Rebecca Rykiss, Pengarah Kebangsaan Jenama dan Komunikasi, 416-961-6505 ext. 323, rebecca@heffel.com