![]() |
Balaji ialah seorang profesional yang mahir dengan pengalaman tadbir urus, operasi dan strategik yang luas dalam semua aspek Pengurusan Sumber Manusia
BANGALORE, India, 2 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Sonata Software, sebuah syarikat penyelesaian teknologi dan perkhidmatan IT global, mengumumkan bahawa Balaji Kumar telah menyertai Syarikat sebagai Ketua Pegawai Sumber Manusia yang akan bertanggungjawab untuk fungsi Sumber Manusia syarikat di seluruh dunia. Balaji akan berpangkalan di luar Pejabat Korporat Syarikat yang terletak di Bangalore, India.
Dalam jawatan terakhirnya sebelum ini, Balaji merupakan Ketua Pegawai Sumber Manusia Global L&T Infotech. Sebelum itu, beliau telah memegang pelbagai jawatan kanan Sumber Manusia di syarikat-syarikat terkemuka seperti Larsen & Toubro Ltd., Microsoft, Citibank dan Unilever. Balaji merupakan Graduan bidang Pengurusan daripada Tata Institute of Social Sciences (TISS) dan mempunyai pelbagai pengalaman di seluruh fungsi Sumber Manusia termasuk penglibatan pekerja, pengurusan bakat, pembangunan organisasi dan Rakan Perniagaan Sumber Manusia. Beliau juga memiliki ijazah sarjana dalam bidang undang-undang dan telah mengamalkan bidang perundangan sebelum ini.
Sebagai sebahagian daripada strategi pertumbuhannya yang agresif, Sonata Software telah melabur secara besar-besaran dalam bakat kepemimpinan untuk memenuhi keperluan para pelanggan, pekerja dan objektif sosial syarikat. Penyertaan Balaji merupakan satu lagi langkah ke arah strategi tersebut. Kepakaran dan pengalaman beliau akan membantu organisasi ini meningkat bagi menangani cabaran pertumbuhan pesat dalam persekitaran yang sangat kompetitif.
Samir Dhir, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengarah Sepanjang Masa Sonata Software berkata, "Saya teruja mengalu-alukan kedatangan Balaji ke Sonata Software. Dengan pengalaman beliau yang luas, Balaji akan dapat memacu strategi dan visi kakitangan kami, membina keupayaan terbaik bagi mencipta kejayaan para pekerja kami, menarik bakat terbaik serta terus memacu syarikat ke arah nilai-nilai teras kami. Sewaktu Sonata memasuki fasa pertumbuhan seterusnya, kami telah melabur dalam mewujudkan pengalaman warga Sonata yang membolehkan para pekerja terus mencapai kecemerlangan, berinovasi serta membuahkan hasil yang berkualiti tinggi kepada para pelanggan kami."
"Saya gembira dapat menyertai Sonata Software, sebuah organisasi didorong pelanggan dan berpusatkan pekerja sepenuhnya. Saya tidak sabar untuk bekerjasama dengan pasukan ini bagi membantu menyampaikan pengalaman bertaraf dunia kepada warga Sonata serta menyelaraskan agenda budaya dan bakat Sonata untuk mempercepat perjalanan kejayaan syarikat dalam menyediakan perkhidmatan transformasi digital kepada para pelanggan menggunakan rangka kerja 'Platformation™' proprietari kami untuk menghasilkan penyelesaian perniagaan berasaskan platform yang inovatif," kata Balaji.
Untuk maklumat lanjut:
Nandita Venkatesh
Sonata Software Limited
CIN- L72200MH1994PLC082110
A.P.S. Trust Building,
Bull Temple Road, N.R. Colony
Bangalore 560004, India
Tel: +91 80 67781999
Nandita.v@sonata-software.com
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/689012/Sonata_Software_Logo.jpg?p=medium600