omniture

Huawei: Kolaborasi Industri-Dunia-Akademia Kunci "Cabaran Utama" dan Pemupukan Bakat

Huawei
2022-06-02 20:05 256

SHENZHEN, China, 2 Jun 2022 /PRNewswire/ -- William Xu mencadangkan untuk menggalakkan pembangunan bakat dengan mencadangkan cabaran teknologi dan menyokong pertandingan teknologi

Di Sidang Kemuncak Universiti-universiti Asia Times Higher Education semalam, William Xu memperkenalkan pendekatan Huawei terhadap kolaborasi bersama universiti-universiti berhubung inovasi, penyelidikan, pemupukan bakat dan pertandingan teknologi. Xu, Pengarah Lembaga Huawei dan Kursi Jawatankuasa Penasihat Saintis, menggambarkan kejayaan yang telahpun dicapai oleh syarikat ini susulan pendekatan ini menerusi ucapan dalam talian beliau bertajuk "Kolaborasi Industri-Dunia-Akademia untuk Inovasi Bersama dan Pemupukan Bakat."

Xu berkata, "Huawei bekerjasama dengan universiti-universiti untuk membina platform terbuka dan inovatif bagi tujuan penyelidikan bersama dan pemupukan bakat. Melalui dwi pemacu antara visi dan penyelidikan aplikasi, industri dan dunia akademia saling bekerjasama untuk menakrifkan 'cabaran utama' dan menjalankan inovasi. Usaha-usaha ini bertujuan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh industri ini dan melakar pencapaian perintis." Beliau menambah bahawa Huawei telahpun melabur sebanyak US$400 juta ke dalam kolaborasi universiti pada tahun 2021 sahaja dan berhasrat untuk melabur lebih banyak untuk kolaborasi yang lebih mendalam pada masa akan datang.

Apabila melibatkan pendekatan Huawei yang tertentu untuk bekerjasama dengan universiti-universiti, Xi menjelaskan bahawa langkah pertama adalah untuk membina platform terbuka dan inovatif bagi tujuan penyelidikan bersama dan pemupukan bakat. Huawei melihat universiti-universiti sebagai "rumah api" untuk industri ini dan mahukan universiti-universiti tersebut menumpukan perhatian kepada penyelidikan asas dan menangani cabaran jangka panjang melalui ciptaan "0 hingga 1". Ia melihat industri sebagai pemacu kepakaran kejuruteraan yang dapat membantu menangani cabaran pengindustrian yang timbul dalam senario dunia sebenar. Di bawah pendekatan Huawei, universiti, institut penyelidikan dan perniagaan menyelaraskan definisi "cabaran utama" mereka untuk membantu mencapai kata sepakat berhubung visi dan cabaran industri serta meneroka teknologi generasi seterusnya. Dwi pemacu antara visi dan penyelidikan aplikasi ini kemudian memimpin kedua-dua industri dan dunia akademia untuk menjalankan kajian terhadap teori asas dan teknologi canggih serta merentas domain. Pendekatan kolaboratif ini memastikan agar kajian dan bakat dapat menyaingi pembangunan industri yang terkini.

Ketika ini, Huawei bekerjasama dengan lebih 300 universiti dan 900 institut penyelidikan di serata dunia. Pada tahun 2021, ia melabur sebanyak US$400 juta dalam kolaborasi universiti. Syarikat ini turut menyokong input industri ke dalam reka bentuk kursus dan program universiti, latihan bakat bersama dan pertandingan teknologi kerana ia dapat membantu industri mengenal pasti dan memupuk bakat pada pelbagai peringkat. Sebagai wakil bagi pihak industri, Xu mencadangkan lima cara yang membolehkan industri dan dunia akademia bekerjasama untuk memperkukuh kolaborasi mereka:

(1) Terus menyokong penemuan penting dalam penyelidikan asas dan teknologi serta inovasi industri yang berterusan;

(2) Saling bekerjasama untuk mengatur dan menyelesaikan masalah serta membuat penemuan penting bagi menangani cabaran industri utama;

(3) Saling bekerjasama untuk mengoptimumkan reka bentuk program dan kursus akademik serta memacu penjajaran industri-dunia-akademia bagi memupuk bakat yang amat diperlukan;

(4) Saling bekerjasama untuk mendorong inovasi serta mengenal pasti dan memupuk bakat dengan membina platform seperti makmal bersama milik Huawei sendiri, pertandingan teknologi, Chaspark, Seeds for the Future dan program penyelidikan pasca-kedoktoran; dan

(5) Mengukuhkan pertukaran bakat antara universiti dan industri bagi menggalakkan peralihan daripada teori kepada amalan.

Ketika ini, Huawei mengenal pasti dan memupuk bakat utamanya dengan menyokong pertandingan teknologi antarabangsa, baik dari segi teknologi mahupun dengan memberi cabaran teknikal kepada pertandingan ini. Pertandingan ini juga meluaskan pengalaman pelajar yang mengambil bahagian kerana mereka berpeluang untuk mempraktikkan teori. Di samping itu, Huawei bekerjasama erat dengan Kementerian Pendidikan China berhubung reka bentuk kursus dan program, latihan bakat tahap tinggi, latihan jurutera yang cemerlang, pembinaan semula makmal kebangsaan yang utama, pelepasan cabaran industri dan pewujudan kumpulan industri-universiti untuk pemupukan bakat yang kolaboratif serta pintar.

Source: Huawei
Keywords: Computer/Electronics Education Higher Education Internet Technology Telecommunications Trade show news STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)