![]() |
LAS VEGAS, 2 Jun 2022 /PRNewswire/-- Realty ONE Group, sebuah jenama gaya hidup moden yang dipacu tujuan serta salah SATU francaisor yang paling pesat berkembang di dunia, telah dinobatkan sebagai salah satu daripada tujuh francaisor dalam negara ini dengan pemilikan yang pelbagai yang diletakkan pada kedudukan untuk berjaya dalam mana-mana pasaran.
Eric Stites, Ketua Pegawai Eksekutif Franchise Business Review, telah menyediakan Black Enterprise dengan senarai tujuh francais yang merupakan jenama paling pelbagai daripada senarai 100 Francais Kalis Kemelesetan Teratas 2022 milik firmanya.
"Saya dapat mengesyorkan mana-mana jenama dalam senarai Kalis Kemelesetan kami, dan tujuh jenama ini menunjukkan perwakilan tertinggi bagi pemilik francais Black Enterprise," kata Stites. Realty ONE Group merupakan salah SATU daripada tujuh francaisor yang mempunyai tahap kepuasan francaisi yang tinggi dan lebih tinggi daripada purata perwakilan pemilikan Black Enterprise.
"Keupayaan kami menarik pelbagai kumpulan usahawan yang bersemangat yang menerapkan budaya COOLTURE, tujuan dan nilai kami bukanlah satu kebetulan," kata Kuba Jewgieniew, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengasas Realty ONE Group. "Bukan itu sahaja, kami turut bersyukur kerana kami dapat memberikan mereka sebuah model perniagaan dan sokongan yang mereka perlukan untuk membina warisan bagi generasi mereka yang akan datang."
Menurut Black Enterprise dan Oxford Economics, pemfrancaisan telah menjadi popular dalam kalangan usahawan berkulit hitam selama bertahun-tahun, dengan kira-kira 26 peratus francais dimiliki oleh orang bukan berkulit putih, berbanding 17 peratus perniagaan bebas secara umumnya.
Pada tahun ini, Realty ONE Group telah tersenarai dalam 100 francais Kalis Kemelesetan Teratas oleh Franchise Business Review dan syarikat ini telah menduduki tempat pertama bagi francaisor hartanah dalam Senarai Franchise 500(R) 2022 milik Entrepreneur yang sangat kompetitif.
UNBrokerage, seperti mana yang ia dikenali dalam industri ini, kini mempunyai lebih 18,000 orang profesional hartanah di lebih 400 buah pejabat di 49 buah negeri, Washington D.C. dan Kanada serta akan dibuka di Ecuador, Costa Rica, Itali, Singapura dan Sepanyol, selain wilayah milik A.S. iaitu Puerto Rico.
Ketahui lebih lanjut di www.OwnAOne.com.
Tentang Realty ONE Group
Ditubuhkan pada tahun 2005, Realty ONE ialah sebuah syarikat terkemuka dalam industri yang membawa perubahan kepada perniagaan francais hartanah secara radikal dengan model perniagaan yang unik, 'coolture' yang menyeronokkan, infrastruktur teknologi dan sokongan yang unggul terhadap para profesional hartanahnya. Syarikat ini telah berkembang pesat dengan merangkumi lebih 18,000 orang profesional hartanah di lebih 400 buah pejabat merentasi 49 buah negeri di Amerika Syarikat, Washington D.C, Puerto Rico, Kanada, Itali, Sepanyol, Singapura dan Costa Rica. Realty ONE Group diberi penarafan pada kedudukan satu peratus teratas dalam negara oleh REAL Trends, telah diiktiraf oleh Entrepreneur Magazine sebagai 5 Francais Hartanah Terbaik dan telah berada dalam senarai Inc. 500 sebagai Syarikat yang Paling Pesat Berkembang selama tujuh tahun berturut-turut. Realty ONE Group mara ke hadapan dengan membuka peluang, bukan sahaja kepada para pelanggannya tetapi juga kepada profesional dan pemilik francais hartanah. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.RealtyONEGroup.com.
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/260011/realty_one_group___logo.jpg?p=medium600