omniture

PENGEMBARA MENYERU PERUBAHAN SETELAH PELANCONGAN PULIH DARIPADA PANDEMIK, BERHADAPAN KETIDAKTENTUAN: MENURUT TINJAUAN PELANCONGAN MASA DEPAN

YouGov
2022-06-03 00:24 260
  • 44% orang awam inginkan peraturan dan teknologi baharu untuk memudahkan perjalanan, hasil daripada undian YouGov yang melibatkan 11 buah negara 
  • 34% inginkan perjalanan yang lebih lestari dan 29% menyeru agar planet dan kesihatan diutamakan berbanding keuntungan 
  • Walaupun berhadapan ketidaktentuan ekonomi, 42% daripada orang ramai tetap merancang percutian antarabangsa dalam masa 6 bulan akan datang 
  • 64% tidak menjangkakan sebarang perjalanan perniagaan, menunjukkan kebimbangan terhadap kemerosotan ekonomi global 

JEDDAH,  Arab Saudi, 2 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Pengembara mahu sektor pelancongan global mengambil pengajaran daripada pandemik dan berubah ke arah yang lebih baik, menurut suatu tinjauan global yang baru dilaksanakan.

Future Tourism Survey: Travellers Demand Change
Future Tourism Survey: Travellers Demand Change

Tinjauan Masa Depan Pelancongan meneroka sikap orang ramai terhadap perjalanan dan jangkaan pengguna di 11 buah negara di seluruh dunia. Tinjauan tersebut mendapati bahawa:

  • 44% daripada responden menyeru keharmonian antara protokol kesihatan dengan penggunaan teknologi yang lebih baik untuk mendayakan perjalanan yang lancar.
  • 34% mahu melihat tahap kelestarian yang lebih tinggi dijadikan sebagai teras pelancongan.
  • 29% ingin melihat kesihatan dan kelestarian diutamakan berbanding keuntungan dalam sektor perjalanan.
  • 33% menyeru kepada perlindungan kewangan para pengembara yang lebih baik – yang mungkin disebabkan oleh tindak balas terhadap pengalaman pandemik.

Responden dari China, India dan Korea Selatan kebanyakannya menyokong keharmonian antara protokol keselamatan dengan penggunaan teknologi yang lebih baik untuk menjadikan perjalanan lebih mudah.

Tinjauan ini dijalankan oleh YouGov dan dilancarkan oleh Kementerian Pelancongan Arab Saudi dengan hampir 14,000 orang responden di China, Amerika Syarikat, United Kingdom, Jerman, India, Jepun, Arab Saudi, Mexico, Korea Selatan, Sepanyol dan Sweden.

Tuan Yang Terutama Ahmed Al Khateeb, Menteri Pelancongan Arab Saudi berkata: "Pandemik telah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap sektor pelancongan global. Ia menunjukkan kepada kita semua – pengembara, pelancong, perniagaan dan kerajaan, bahawa kita boleh melakukan sesuatu secara berbeza.

"Tinjauan masa depan pelancongan menunjukkan bahawa orang ramai mahu kita mempelajari sesuatu daripada pandemik ini dan melakukan perubahan dengan mengutamakan kesihatan, kelestarian dan penggunaan teknologi secara lebih baik dalam sektor pelancongan masa depan."

Tinjauan ini mendapati bahawa sikap pengembara telah berubah selepas dua tahun dilanda pandemik dengan sekatan pergerakan yang menyekat perjalanan. 55% daripada responden kini lebih cenderung untuk melakukan perjalanan dalam negara. Dan 32% daripadanya kini lebih bersedia untuk melakukan perjalanan antarabangsa berbanding sebelum COVID.

Ketidaktentuan ekonomi dan harga yang semakin meningkat telah membantutkan semangat untuk melakukan perjalanan dalam tempoh 6 bulan akan datang. Di peringkat global, 42% daripada orang ramai cenderung atau sangat cenderung untuk melakukan perjalanan antarabangsa untuk tujuan percutian, berbanding dengan 39% yang tidak cenderung atau sangat tidak cenderung untuk berbuat demikian.

Walau bagaimanapun, impak terbesarnya adalah terhadap perjalanan perniagaan. Hanya 18% daripada responden menganggap diri mereka cenderung atau sangat cenderung untuk melakukan perjalanan perniagaan antarabangsa.

Rakyat China, Jepun dan Amerika kurang optimis tentang prospek perjalanan antarabangsa. Sebaliknya rakyat British, India dan Arab Saudi menganggap diri mereka sangat cenderung untuk melakukan perjalanan antarabangsa dalam tempoh 6 bulan akan datang

Tinjauan Masa Depan Pelancongan ini dikeluarkan menjelang mesyuarat ke-116 Majlis Eksekutif Pertubuhan Pelancongan Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWTO) yang akan diadakan di Jeddah, Arab Saudi pada minggu depan dengan Kementerian Pelancongan Arab Saudi bertindak sebagai penganjur acara.

Pengukuhan sektor pelancongan serta penyesuaian terhadap permintaan kelestarian masa depan dan daya ketahanan menjadi agenda utama dalam mesyuarat ini.

Sebelum pandemik, sektor Perjalanan dan Pelancongan (termasuk kesan langsung, tidak langsung dan kesan yang dicetuskan) menyumbang kepada 1 daripada 4 pekerjaan baharu yang wujud di seluruh dunia, 10.3% daripada keseluruhan pekerjaan (333 juta) dan 10.3% daripada KDNK global (USD9.6 trilion).

Tuan Yang Terutama Ahmed Al Khateeb, Menteri Pelancongan Arab Saudi, berkata: "Arab Saudi merupakan sebuah destinasi pelancongan serba baharu. Kami membuka sempadan kami kepada pelancongan antarabangsa sejurus sebelum pandemik dan oleh sebab itu, kami bersedia dan berupaya untuk berfikir serta bertindak dengan cara yang baharu dan berbeza.

"Dengan menyelaraskan visi, kepemimpinan dan sumber, kami telah berjaya mencipta model baharu pelancongan yang lebih berdaya tahan dan lebih lestari dari segi ciri-cirinya. Kami berharap dapat berkongsi pemahaman kami dan bekerjasama dengan rakan kongsi antarabangsa untuk membina masa depan pelancongan yang lebih cerah."

Forum Ekonomi Dunia telah mengeluarkan Indeks Pembangunan Perjalanan dan Pelancongan pada minggu lepas. Arab Saudi telah meningkat 10 anak tangga ke kedudukan ke-33 di dunia secara keseluruhan.  Indeks bebas ini meletakkan tanda aras terhadap 117 buah negara bagi 17 tonggak penting dalam pembangunan dan daya tahan industri perjalanan dan pelancongan.

Arab Saudi meningkat daripada tempat ke-43 pada tahun 2019 kepada tempat ke-33 pada tahun 2021, peningkatan kedua terbesar dari segi kedudukan, hasil peningkatannya dalam hampir semua petunjuk.  Ini merupakan laporan pertama yang dikeluarkan sejak Arab Saudi dibuka untuk pelancongan antarabangsa pada bulan September 2019.

Majlis Eksekutif UNWTO akan bertemu di Jeddah, Arab Saudi pada 7-8 Jun.

NOTA KEPADA EDITOR

Tentang Kementerian Pelancongan Arab Saudi 

Kementerian Pelancongan Arab Saudi mengetuai ekosistem Pelancongan Arab Saudi dengan sokongan daripada Pihak Berkuasa Pelancongan dan Dana Pembangunan Pelancongan Arab Saudi. Kementerian ini menetapkan strategi sektor pelancongan Kerajaan tersebut dan bertanggungjawab ke atas pembangunan dasar dan peraturan, pembinaan modal insan, pengumpulan statistik dan tarikan pelaburan.  Ia bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Pelancongan Arab Saudi yang mempromosikan Arab Saudi sebagai destinasi pelancongan global dan juga Dana Pembangunan Pelancongan yang melaksanakan strategi pelaburan Kementerian dengan menyediakan pembiayaan untuk pembangunan sektor tersebut.

Dipimpin oleh Tuan Yang Terutama Ahmed Al Khateeb, Kementerian tersebut telah ditubuhkan pada bulan Februari 2020, berikutan pembukaan Arab Saudi kepada para pelancong percutian antarabangsa buat kali pertama dalam sejarah pada tahun 2019. Arab Saudi menyasarkan untuk mengalu-alukan 100 juta kunjungan pelancongan menjelang tahun 2030 yang akan meningkatkan sumbangan sektor ini kepada KDNK daripada 3% kepada 10%. Inisiatif digital menyediakan penyelesaian teknikal untuk promosi pelancongan, penyelidikan dan pembangunan bagi menambah baik sektor pelancongan serta inovasi melalui teknologi baharu.

Tentang Pertubuhan Pelancongan Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

Pertubuhan Pelancongan Sedunia (UNWTO) merupakan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang bertanggungjawab terhadap promosi pelancongan yang bertanggungjawab, lestari dan boleh diakses oleh penduduk sejagat.

Sebagai organisasi antarabangsa yang terkemuka dalam bidang pelancongan, UNWTO mempromosikan pelancongan sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi, pembangunan yang inklusif dan kelestarian alam sekitar serta menawarkan kepemimpinan dan sokongan kepada sektor tersebut dalam memajukan dasar pelancongan serta pengetahuan ke seluruh dunia.

Undian YouGov: Metodologi:

  • Temu bual dalam talian melalui panel proprietari + panel rakan kongsi YouGov

Profil Sasaran: 

  • Penduduk pasaran disenaraikan di bawah
  • Lelaki & wanita berusia lebih 18 tahun (sampel populasi umum)

Saiz Sampel: 

Negara                                               

Sampel   

Mewakili 

AS

1,000

Wakil negara

UK 

2,000

Wakil negara

Sepanyol

1,000

Wakil negara

India

1,000

Wakil bandar

China

1,000

Wakil dalam talian

Arab Saudi

1,000

Wakil bandar

Mexico

1,000

Wakil bandar

Jerman

2,000

Wakil negara

Jepun

1,000

Wakil negara

Korea Selatan

1,000

Wakil negara

Sweden

1,000

Wakil negara

JUMLAH 

13,000



Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1830563/YouGov_tourism_survey.jpg?p=medium600
PDF - https://mma.prnewswire.com/media/1830562/Future_tourism_survey.pdf

 

 

Source: YouGov
Keywords: Household/Consumer/Cosmetics Travel Survey, Polls & Research