omniture

AETOS Capital Group Menyambut Ulang Tahun Pencapaian Ke-15 Dengan Pertumbuhan Hasil yang Kukuh

AETOS Capital Group
2022-06-06 11:56 90

SYDNEY, 6 Jun 2022 /PRNewswire/ -- AETOS Capital Group ("AETOS"), sebuah syarikat broker dagangan forex dan CFD dalam talian yang terkemuka di dunia, hari ini mengumumkan bahawa syarikat tersebut telah mencapai ulang tahun pencapaiannya ke-15 dengan pertumbuhan hasil yang kukuh pada S1 tahun 2022. Bagi meraikan pencapaian ini di seluruh dunia, AETOS akan melancarkan pelbagai acara dan aktiviti di seluruh entiti operasi antarabangsanya.

 

Sambutan 15 Tahun dengan Pertumbuhan Hasil yang Kukuh

Pada tahun 2007, di Sydney, Australia iaitu tempat AETOS memulakan perjalanannya dari permulaan yang sederhana hingga menjadi sebuah jenama terkemuka dunia, syarikat tersebut telah mengenal pasti keperluan pasaran terhadap dagangan pasaran kewangan dengan pendekatan yang diperkemas yang memberi tumpuan kepada akses pasaran yang meluas, kos pelaburan yang lebih rendah dan pelaksanaan dagangan yang lebih dipertingkatkan. Dengan kekal berpegang pada komitmen visi ini selama 15 tahun, AETOS pada hari ini telah berjaya mentakrifkan semula industri dengan memberikan cara baharu kepada para pelabur untuk membuat pelaburan. Kami bersyukur kerana mendapat penghormatan dalam memberikan perkhidmatan kepada ribuan pelabur di seluruh dunia sebagai rakan kongsi pilihan mereka di peringkat global yang telah membuatkan syarikat kami berbeza daripada pesaing dalam bidang dagangan dalam talian yang berkembang pesat ini.

Pengerusi AETOS Capital Group mengulas, "Pelaburan AETOS yang signifikan selama bertahun-tahun dalam pembangunan teknologi dagangan, penambahbaikan perkhidmatan profesional dan program pendidikan pelaburan telah menyumbang kepada pertumbuhan perniagaan yang pesat dan pangkalan pelanggan syarikat ini yang semakin berkembang di seluruh dunia. Kami berbesar hati kerana dapat berkongsi detik kejayaan ini dengan para pelanggan kami dan berterima kasih atas sokongan mereka di sepanjang perjalanan yang membawa syarikat ini ke kedudukan yang dicapai pada hari ini. Berita hebatnya ialah AETOS bergerak ke tahun 2022 iaitu tahun ke-15 pencapaiannya dengan hasil suku tahunan yang kukuh yang meningkat sebanyak 37.8% pada suku pertama tahun ini yang menyaksikan jumlah hasil suku tahunan meningkat sebanyak 50.3% berbanding tempoh yang sama tahun lalu.  Antara sorotan pendapatan utama ialah penambahan kasar pelanggan sebanyak 18,365 sepanjang satu suku tahunan. Kami telah hampir mengembangkan sebuah perniagaan yang sangat kukuh dalam suatu kitaran yang memberangsangkan di sepanjang dekad yang lalu yang meletakkan AETOS dalam kedudukan yang lebih baik berbanding sebelum ini bagi mengekalkan kedudukan sebagai peneraju pasaran dan meneruskan coretan kisah kejayaan syarikat ini selama 15 tahun yang akan datang."

Dengan sekatan perjalanan yang semakin dilonggarkan di seluruh dunia, AETOS akan meneruskan aktiviti luar taliannya untuk meraikan ulang tahun ke-15 dan bertemu pelanggan tempatannya secara peribadi. Sehingga akhir tahun ini, satu siri jerayawara, pameran dagangan di seluruh dunia dan majlis gala tahunan akan dianjurkan di seluruh pejabat globalnya. Bagi mengucapkan terima kasih kepada rakan perniagaan dan penyokongnya, rakan kongsi utama AETOS dan wakil pelanggan terpilih akan dijemput untuk menyertai acara sambutan ini bersama-sama dengan pasukan AETOS. 

Ketahui lebih lanjut tentang AETOS Capital Group dari laman web rasminya www.aetoscg.com.

Source: AETOS Capital Group
Keywords: Banking/Financial Service Personnel announcements Financial Technology