MUMBAI, India, 8 Oktober 2013 /PRNewswire/ --
Pasaran nutrisi perubatan di India dijangka bertumbuh pesat dalam masa lima tahun seterusnya. Pasaran global untuk Nutrisi Perubatan, dijangka bernilai US$27.2 bilion pada tahun 2012 dan diramal bakal bernilai US$28.8 bilion pada tahun 2013, diunjurkan lagi untuk mencapai nilai US$40.1 bilion menjelang tahun 2018, lalu menghasilkan Kadar Pertumbuhan Tahunan Kompaun untuk tahun 2008-2018 sebanyak 5.8%. Hasil pasaran makanan perubatan India dijangka mencapai kira-kira USD 4.2 bilion pada tahun 2017. Peningkatan populasi berusia ditambah dengan semakin banyak kejadian penyakit dan keadaan yang memerlukan produk nutrisi perubatan telah menyebabkan pertumbuhan pasaran untuk produk nutrisi perubatan. Satu lagi faktor penting yang memacu pasaran ini ialah kelahiran bayi pramatang kerana bekalan nutrisi yang tidak mencukupi untuk para ibu, terutamanya di Asia, dalam negara dengan penduduk paling padat seperti China dan India. Produk nutrisi perubatan menyaksikan jumlah permintaan yang tidak pernah terjadi sebelum ini berbanding produk nutrisi perubatan tradisional, lalu membuka jalan untuk pasaran baharu yang dikuasai beberapa pihak sahaja. Namun begitu, industri ini masih baru mula bertumbuh dan mempunyai banyak peluang untuk maju di masa hadapan. Terdapat keperluan yang kuat untuk ketelusan kawal selia, membangunkan produk tersuai khusus, harga yang berpatutan dan strategi pengedaran.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131007/643726 )
Berdasarkan penyelidikan kami sebelum ini dan maklumat berharga yang dikongsi oleh 50 orang lama pakar industri yang bekerja dalam industri Farmaseutikal serta Makanan & Minuman, Fi India telah membangunkan satu seminar strategik selama sehari tentang makanan perubatan. Ini bakal menjadi seminar pertama di India yang merangkumi peraturan, bahan serta Penyelidikan & Pembangunan inovatif, strategi pemasaran dan aspek penting lain tentang makanan perubatan semuanya di bawah satu bumbung.
Seminar Satu Hari Power Pack menumpukan terhadap:
Seminar strategik satu hari yang unik ini akan mengumpulkan lebih 60 orang Naib Presiden, Pengarah, Ketua dan para profesional jabatan Kawal Selia, Penyelidikan & Pembangunan, Inovasi Produk dan Pembangunan Penghasilan daripada industri Farmaseutikal, Nutraseutikal dan industri Makanan & Minuman semuanya di bawah satu bumbung. Untuk maklumat lanjut, lawati http://medicalfoods.fnbconfex.com/pr
Tentang UBM India
UBM India ialah syarikat subsidiari UBM plc yang merupakan penganjur pameran bebas kedua terbesar di dunia. Ia merupakan penganjur pameran perdagangan terbesar di India, bertanggungjawab merancang 26 pameran di lokasi berbeza di serata negara itu. Syarikat itu juga terlibat dalam penganjuran program persidangan di seluruh India dan dalam penerbitan jurnal serta majalah perdagangan. http://www.ubm.com
Tentang Fi India:
Dilancarkan pada tahun 2006, Fi India terkemuka kerana telah menjadi kuasa pemacu dalam sektor makanan diproses India dan mempunyai peranan asas yang penting sebagai satu-satunya tempat pertemuan dalam industri itu. Para profesional makanan serantau dan global menggunakan peluang ini untuk belajar tentang pembangunan industri terkini, bertemu prospek perniagaan baharu dan melancarkan produk baharu untuk mendapat kelebihan pesaing dalam pasaran Makanan yang paling pesat berkembang di dunia.
Dengan menyatukan industri ini, Fi India membolehkan anda mempamerkan produk anda kepada ribuan profesional makanan sekaligus, dan mengendalikan urusan perniagaan dalam cara yang cekap dan berkesan.
- Lihat lebih lagi di: http://www.foodingredientsglobal.com/india/about/about-fi-india#sthash.ed5wtqjp.dpuf
Hubungi: Suvidha Shetty, conferences-india@ubm.com, +91-(0)22-61727001
Sumber: UBM India