omniture

Sejarah tercipta dalam Cabaran Sub7 Sub8 Pho3nix

Mana Sports and Entertainment Group
2022-06-06 14:40 81
  • Kristian Blummenfelt melengkapkan triatlon kategori jarak besi dengan masa terpantas kategori lelaki dengan masa 06:44:25
  • Kat Matthews melengkapkan jarak tersebut dengan masa terpantas kategori wanita dengan masa 07:31:54
  • Cabaran Sub7 Sub7 Pho3nix yang dikuasakan oleh Zwift ini bertujuan untuk menggalak dan memberi inspirasi kepada penyertaan sukan yang lebih besar dalam kalangan kanak-kanak di seluruh dunia

SINGAPURA, 6 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Sejarah telah tercipta dalam Cabaran Sub7 Sub8 Pho3nix apabila Kristian Blummenfelt menjadi lelaki pertama yang mencatatkan masa di bawah 7 jam, manakala Matthews menjadi wanita pertama yang mencatatkan masa di bawah 8 jam dalam acara triatlon kategori jarak besi. Dengan acara tersebut yang merangkumi aktiviti berenang sejauh 3.8km, berbasikal sejauh 180km dan berlari sejauh 42.2km secara terus menerus, Blummenfelt menamatkan saingan dalam masa yang menakjubkan iaitu 06:44:25 manakala Matthews menamatkan saingan dalam masa yang mengejutkan iaitu 07:31:54. Dengan pencapaian tersebut, Kristian dan Kat telah mengukir nama mereka dalam sejarah pencapaian sukan tersebut.

The image is from the Pho3nix Sub7 Sub8 Challenge, which aims to promote the work of the Pho3nix Foundation, a not-for-profit organisation focused on promoting physical activity among children. Photo Credit: Mana
The image is from the Pho3nix Sub7 Sub8 Challenge, which aims to promote the work of the Pho3nix Foundation, a not-for-profit organisation focused on promoting physical activity among children. Photo Credit: Mana

Acara bersejarah tersebut telah dianjurkan di Dekra Lausitzring di Jerman, dengan acara berenang berlangsung di Tasik Seftenberg berdekatan, yang mana ia dipilih selepas pencarian global secara menyeluruh bagi litar terpantas yang mengambil kira pelbagai faktor termasuk zon masa, iklim, angin, altitud, permukaan trek dan susun atur.

Mengulas tentang pencapaian beliau yang luar biasa itu, Kristian Blummenfelt berkata:
"Hari ini adalah tentang mencipta sejarah, namun ia juga tentang membuktikan bahawa semua matlamat – sama ada besar dan kecil – adalah berbaloi untuk dikejar. Ini merupakan matlamat saya sejak dari awal lagi dan saya tidak akan dapat melakukannya tanpa sokongan pasukan saya yang luar biasa – terima kasih."

Selepas pencapaian cemerlang beliau, Kat Matthews berkata:
"Perjalanan untuk melengkapkan cabaran ini adalah sukar dan saya tidak akan berada di sini jika bukan kerana adanya pasukan hebat yang sentiasa menyokong saya. Tetapi hari ini adalah lebih daripada sekadar mengatasi cabaran Sub8. Ia adalah tentang menunjukkan kepada dunia bahawa tidak ada perkara yang 'mustahil'."

Penganjur acara tersebut iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Mana, Chris McCormack berkata:
"Saya benar-benar terkejut. Cabaran Sub7 Sub8 Pho3nix ini adalah tentang memberi inspirasi kepada orang ramai, di mana melihat Kristian dan Kat mengatasi cabaran Sub7 dan Sub8 adalah seperti melihat mereka mengatasi apa yang dikatakan oleh ramai orang sebagai 'mustahil'. Saya berharap semua orang yang menonton pada hari ini mendapat inspirasi daripada atlet luar biasa ini dan mencabar diri mereka sendiri untuk mengatasi cabaran yang dianggap mustahil bagi diri mereka. Terima kasih kepada semua yang terlibat. Para atlet. Pelari jarak jauh. Pasukan yang membuatkan apa yang baru sahaja kita saksikan menjadi kenyataan. Hari ini sememangnya luar biasa."

Aset boleh didapati di sini.

Siaran berita video (VNR) perlumbaan penuh boleh didapati di sini.

Maklumat lanjut tentang Pho3nix Foundation tersedia di www.pho3nixfoundation.com.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1832868/Pho3nix_Sub7_8_Challenge_Kat.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1832869/Pho3nix_Sub7_8_Challenge_Kristian.jpg?p=medium600

Sila Hubungi: james.foster@hkstrategies.com 

 

The image is from the Pho3nix Sub7 Sub8 Challenge, which aims to promote the work of the Pho3nix Foundation, a not-for-profit organisation focused on promoting physical activity among children. Photo Credit: Mana
The image is from the Pho3nix Sub7 Sub8 Challenge, which aims to promote the work of the Pho3nix Foundation, a not-for-profit organisation focused on promoting physical activity among children. Photo Credit: Mana

 

 

Source: Mana Sports and Entertainment Group
Keywords: Entertainment Household/Consumer/Cosmetics Retail Sporting Events Sports