omniture

iValue Infosolutions dilantik sebagai Pengedar GitHub untuk Rantau India dan Asia Tenggara

iValue Infosolutions
2022-06-06 19:10 53

Kerjasama ini akan memperluas jangkauan GitHub, membolehkan kerjasama pembangun dan memperoleh kod sedia awan yang selamat dengan GitHub Enterprise

BENGALURU, India, 6 Jun 2022 /PRNewswire/ -- iValue InfoSolutions hari ini mengumumkan bahawa ia telah dilantik sebagai Pengedar GitHub. Kerjasama ini akan memperluas jangkauan GitHub Enterprise – sebuah platform pembangunan dengan keselamatan serba lengkap, automasi yang terkini dan alatan untuk membantu pasukan pembangun melakukan kerja mereka dengan terbaik – di India dan Asia Tenggara.

iValue Infosolutions dilantik sebagai Pengedar GitHub untuk Rantau India dan Asia Tenggara
iValue Infosolutions dilantik sebagai Pengedar GitHub untuk Rantau India dan Asia Tenggara

iValue InfoSolutions, dengan pengalaman dan kepakarannya yang kaya dalam bidang pengurusan & perlindungan Data, Rangkaian & Aplikasi, berusaha untuk membina hubungan penasihat pelanggan yang dipercayai dengan menyampaikan penyelesaian & perkhidmatan "Terbaik dalam Kelas" yang disesuaikan dan dioptimumkan bagi menangani cabaran perniagaan dan IT dengan berkesan.

Dengan menggunakan platform GitHub Enterprise, iValue akan membolehkan organisasi meningkatkan halaju pembangun, menjamin perisian pada setiap langkah, mengautomasikan keseluruhan aliran kerja dan mentakrifkan semula kerjasama dengan semuanya pada satu platform.

"Pembanguan, Keselamatan dan Operasi merupakan tawaran utama daripada iValue kerana perniagaan pada masa kini amat bergantung pada kepantasan. Kerjasama kami dengan GitHub bertujuan untuk memberikan kemahiran dan alatan terbaik bagi membolehkan kitaran hayat produk yang lebih pantas, automatik dan selamat. Bagi perusahaan, perjalanan transformasi digital yang dirancang dan direka dengan baik memerlukan pelaburan keselamatan siber sebagai asasnya dan pasukan iValue percaya ia boleh dicapai dengan bantuan Platform GitHub Enterprise," kata Amarjeet Singh Manchanda, Naib Presiden - Pusat Data dan Perniagaan Awan iValue Infosolutions.

" Ketika kami memperluas jangkauan GitHub di seluruh India dan Asia Tenggara, adalah penting untuk kami menyokong pertumbuhan ini melalui hubungan kerjasama yang kukuh," ujar Anand Natarajan, Pengurus Saluran GitHub India."Sebagai Pengedar GitHub, iValue akan menyokong organisasi di rantau ini dengan menawarkan alatan dan sumber yang diperlukan untuk meningkatkan kepantasan pembangun, memperkasakan pasukan, menjamin pembangunan dan memacu transformasi perniagaan."

Tentang iValue InfoSolutions:
Sebuah syarikat peneraju pasaran dan pendaya teknologi yang membantu perniagaan mengurus, mengoptimumkan dan melindungi aset digital mereka. iValue berbangga kerana telah memberikan perkhidmatan kepada lebih 6,000 pelanggan di seluruh bidang industri melalui lebih 900 Rakan Kongsi & pakatan langsung dengan lebih 75 OEM bagi Teknologi Terbaik.  iValue mempunyai kehadiran langsung di lebih 18 buah lokasi yang meliputi benua Asia Tenggara & Afrika dengan pasukan yang memberi tumpuan kepada Perundingan; Penyelesaian; Menegak & Mendatar yang menangani pendayaan Teknologi, keperluan Prajualan, Jualan & Pascajualan Pelanggan untuk keperluan awan Swasta, Awam dan Hibrid. iValue ASEAN beroperasi dengan memiliki ibu pejabat di Singapura serta entiti tempatan di Kemboja, Bangladesh, Sri Lanka selain daripada pejabat Nairobi (Kenya) untuk operasi di Afrika.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1832851/iValue_InfoSolutions_GitHub.jpg?p=medium600

Hubungan: Nagesh Belur | nagesh.b@ivalue.co.in

Source: iValue Infosolutions
Keywords: