![]() |
Era Baharu Penyepaduan dan Kebolehskalaan Laser yang Memberikan Prestasi, Kecekapan Kuasa dan Kebolehpercayaan yang Tiada Tandingan
MOUNTAIN VIEW, California, 6 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Bagi menangani keperluan pasaran fotonik silikon yang semakin meningkat terhadap prestasi, kecekapan kuasa dan kebolehpercayaan yang lebih baik, OpenLight, sebuah syarikat yang baru dilancarkan, hari ini memperkenalkan platform fotonik silikon terbuka dengan laser bersepadu yang pertama di dunia.
Platform OpenLight ini memberikan satu tahap penyepaduan dan kebolehskalaan laser yang baharu untuk mempercepat pembangunan litar bersepadu fotonik (PIC) berprestasi tinggi dalam penggunaan seperti komunikasi data, telekomunikasi, LiDAR, penjagaan kesihatan, pengkomputeran berprestasi tinggi (HPC), kecerdasan buatan (AI) dan pengkomputeran optik. Teknologi ini telah lulus ujian kelayakan dan kebolehpercayaan bagi proses pengeluaran PH18DA Tower. OpenLight menjangkakan larian ulang-alik Wafer Berbilang Projek (MPW) terbuka yang pertama melibatkan proses PH18DA serta reka bentuk rujukan 400G dan 800G dengan laser bersepadu akan tersedia pada Musim Panas 2022 ini.
"Kami amat percaya bahawa teknologi OpenLight akan mengubah industri fotonik silikon," kata Dr. Marco Racanelli, Naib Presiden Kanan merangkap Pengurus Besar Unit Perniagaan Analog Tower Semiconductor. "Menyediakan sebuah platform fotonik silikon terbuka dengan laser bersepadu yang telah memenuhi syarat proses Tower akan membantu para pelanggan bersama untuk berinovasi dan memacu reka bentuk fotonik silikon generasi seterusnya pada skala besar. Kami teruja dapat bekerjasama dengan OpenLight dalam kembara ini."
Apabila industri optik semakin maju, cabaran utama untuk fotonik silikon ialah penyepaduan laser dan kos yang tinggi yang dikaitkan dengan penambahan laser diskret, termasuk pembuatan, pemasangan dan penyelarasan laser tersebut. Hal ini menjadi lebih penting apabila bilangan saluran laser dan lebar jalur keseluruhan semakin meningkat. Dengan memproses bahan Indium Fosfida (InP) secara terus pada wafer fotonik silikon, platform PH18DA dapat mengurangkan kos dan masa penambahan laser, membolehkan kebolehskalaan volum dan kecekapan kuasa yang dipertingkatkan. Selain itu, laser bersepadu secara monolitik meningkatkan kebolehpercayaan keseluruhan dan memudahkan pembungkusan.
"OpenLight membuka laluan untuk generasi baharu fotonik silikon dengan membolehkan penyepaduan laser yang boleh diskala dalam bidang optik yang boleh palam dan dipakej bersama," kata Aveek Sarkar, Naib Presiden Kejuruteraan Synopsys. "Gabungan penyelesaian reka bentuk elektronik dan fotonik bersepadu Synopsys dan platform fotonik silikon yang inovatif milik OpenLight akan mempercepat pembangunan litar bersepadu (IC) fotonik dengan ketara."
OpenLight beroperasi di bawah slogan, "Terbuka. Bersepadu. Boleh diskala." Platform terbuka ini merangkumi laser bersepadu, penguat optik, pemodulat, fotopengesan dan komponen fotonik utama yang lain bagi membentuk sebuah penyelesaian lengkap untuk IC fotonik berkuasa rendah yang berprestasi tinggi. Selain itu, OpenLight menawarkan reka bentuk PIC terpilih dan perkhidmatan reka bentuk untuk mempercepatkan masa ke pasaran.
Pasukan Eksekutif OpenLight membawa bersama berdekad-dekad pengalaman reka bentuk fotonik secara amali dan diterajui oleh Dr. Thomas Mader, Ketua Pegawai Operasi, Dr. Daniel Sparacin, Naib Presiden Pembangunan dan Strategi Perniagaan dan Dr. Volan Kaman, Naib Presiden Kejuruteraan.
"Pasaran fotonik silikon yang berkembang pesat ini didorong oleh permintaan tanpa henti untuk lebar jalur yang lebih tinggi yang diperlukan untuk menganalisis, menyimpan dan memindahkan data yang kompleks," kata Dr. Thomas Mader, Ketua Pegawai Operasi OpenLight. "Platform fotonik silikon terbuka OpenLight dengan laser bersepadu membolehkan penskalaan daripada satu laser hingga ratusan atau malah ribuan laser bagi setiap PIC, kesemuanya disepadukan secara monolitik di peringkat wafer. Dengan adanya platform kami, setiap syarikat boleh memasuki pasaran baru muncul dengan lebih pantas, mempercepat penggunaan baharu dan mengubah sepenuhnya cara pasukan mereka membina sistem fotonik pada masa hadapan."
Tentang OpenLight
OpenLight mempunyai pengalaman selama berdekad-dekad dalam reka bentuk fotonik. Pasukan eksekutif dan kejuruteraan kami menyampaikan platform fotonik silikon terbuka yang pertama di dunia dengan laser bersepadu untuk meningkatkan prestasi, kecekapan kuasa dan kebolehpercayaan reka bentuk untuk penggunaan telekomunikasi, komunikasi data, LiDAR, penjagaan kesihatan, pengkomputeran berprestasi tinggi (HPC), kecerdasan buatan (AI) dan pengkomputeran optik. Dengan memiliki lebih 200 paten, OpenLight membawakan penyelesaian optik ke tempat yang belum pernah ia sampai sebelum ini dan membolehkan teknologi dan inovasi yang belum pernah ada sebelum ini tercapai. Beribu pejabat di Santa Barbara, California serta mempunyai pejabat di Silicon Valley, syarikat ini mempunyai kira-kira 40 orang pekerja. Baca dengan lebih lanjut di www.openlightphotonics.com
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1832614/OpenLight_Logo.jpg?p=medium600