Diperkenalkan di Simposium Rangkaian Bekalan Gartner, penyelesaian baharu ini menggabungkan kuasa algoritma canggih dan automasi intuitif untuk memperkemas kerumitan logistik, menambah baik pengalaman pelanggan dan menjadikan Destinasi Terakhir sebagai fungsi perniagaan yang menguntungkan
SAN FRANCISCO dan ORLANDO, Florida, 6 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Locus, sebuah syarikat teknologi termaju yang menyelesaikan cabaran logistik Destinasi Terakhir, hari ini mengumumkan pelancaran platform pengurusan penghantaran pesanan-ke-penghantaran miliknya semasa berlangsungnya Simposium/Xpo™ Rantaian Bekalan Gartner 2022 di Orlando, Florida.
Penyelesaian pengurusan penghantaran dunia nyata Locus membantu perusahaan menguruskan semua peringkat pemenuhan Destinasi Terakhir dengan lancar pada sebuah platform tunggal bersepadu dan mengubah operasi ini menjadi pusat pertumbuhan strategik perniagaan mereka. Algoritma pengoptimuman canggih dan automasi aliran kerja intuitif yang dipelajari daripada hasil terdahulu untuk memacu perancangan penghantaran, penjadualan dan penghalaan yang lebih cekap serta peningkatan kebolehlihatan, kapasiti dan pengurusan pembawa di bawah satu penyelesaian API siap guna bersepadu, dapat membantu memperkemas kerumitan logistik, memaksimumkan kecekapan operasi dan meningkatkan pengalaman pengguna akhir. Sebagai ganjaran, ini membantu mengukuhkan reputasi jenama, mengekalkan kesetiaan pelanggan dan mengubah operasi Destinasi Terakhir menjadi pusat pertumbuhan strategik perniagaan.
Menurut Gartner, "Peningkatan operasi e-dagang memerlukan pengusaha perniagaan untuk menyesuaikan diri dengan permintaan pelanggan yang berubah dengan pantas agar terus berdaya saing. Kebanyakan vendor telah menyelaraskan penggunaan mereka untuk menyokong operasi B2C dan destinasi terakhir dengan menyediakan penglibatan pelanggan dan keupayaan lain yang khusus untuk operasi destinasi terakhir seperti penggunaan armada pengangkutan pihak ketiga."
Locus diiktiraf sebagai Wakil Vendor dalam Panduan Pasaran Gartner® 2022 untuk Penghalaan dan Penjadualan Kenderaan serta Teknologi Destinasi Terakhir1.
"Dalam landskap yang kompetitif pada hari ini, penghantaran yang pantas dan tepat pada masanya adalah sesuatu yang tidak dapat dirunding demi memastikan kepuasan pelanggan, pengekalan dan pertumbuhan," kata Nishith Rastogi, Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Locus. "Namun begitu, walaupun banyak syarikat mungkin melihat logistik Destinasi Terakhir hanya sebagai suatu strategi, mereka mungkin tidak menyedari bahawa mengoptimumkan usaha ini sebenarnya boleh menyumbang kepada keputusan perniagaan. Daripada penerimaan pesanan hingga kepada pasca pemenuhan, jenama yang memanfaatkan teknologi dan proses yang tepat secara strategik di semua peringkat akan dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan mereka serta dapat memastikan mereka terus kembali untuk mendapatkan lebih banyak perkhidmatan. Ketika kami berusaha untuk berkembang dan menyesuaikan penyelesaian bersama-sama dengan pelanggan kami, platform pengoptimuman Destinasi Terakhir global kami akan menjadi sesuatu yang sangat penting dalam memanfaatkan potensi demi membina sebuah perniagaan yang lebih baik daripada sebelum ini."
Jika anda berminat untuk berhubung dengan Locus semasa berada di Simposium Gartner, sila lawati Reruai #236 atau hubungi wakil perhubungan media syarikat. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari: https://locus.sh/
Penafian Gartner
Gartner tidak menyokong mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang digambarkan dalam penerbitan penyelidikan kami dan tidak mencadangkan para pengguna teknologi untuk hanya memilih vendor dengan penilaian tertinggi atau anugerah lain. Penerbitan penyelidikan Gartner terdiri daripada pendapat organisasi penyelidikan Gartner dan tidak boleh dianggap sebagai pernyataan fakta. Gartner menafikan semua jaminan yang tersurat atau tersirat, berkenaan dengan penyelidikan ini, termasuk sebarang jaminan kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu.
Tentang Locus
Locus ialah sebuah syarikat teknologi termaju yang menyelesaikan salah satu masalah rantaian bekalan global yang paling mencabar: logistik Destinasi Terakhir. Platform pengurusan penghantaran pesanan-ke-penghantaran Locus membantu perusahaan mengubah operasi logistik Destinasi Terakhir mereka menjadi pusat pertumbuhan melalui algoritma pengoptimuman canggih dan automasi aliran kerja intuitif yang melengkapkan perniagaan dengan alatan yang diperlukan untuk memaksimumkan kecekapan sambil memuaskan hati para pelanggan.
Ditubuhkan pada tahun 2015 dan dibiayai oleh GIC Singapura, Tiger Global, Qualcomm Ventures dan Falcon Edge, Locus telah membantu pelbagai pelanggan industri di seluruh dunia – termasuk Unilever, Nestle, Bukalapak, The Tata Group, BlueDart dan banyak lagi – melaksanakan 650 juta penghantaran di lebih 30 buah negara di seluruh Amerika Utara, Eropah, Asia Tenggara, Timur Tengah, Australia dan New Zealand (ANZ) serta benua kecil India. Teknologinya juga telah membantu menjimatkan kos transit sebanyak $200 juta, mengimbangi 70 juta kilogram pelepasan CO2 sambil mengekalkan nisbah pematuhan SLA sebanyak 99.5%.
Hubungan Media
Karthika Anand
pr@locus.sh
Lauren Parrish
locus@gregoryfca.com
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1832388/Locus_Logo.jpg?p=medium600